Jumaat, 15 Jun 2012

♥ Kualiti Udara Tidak Sihat ♥

KUALA LUMPUR: Kualiti udara bagi Shah Alam, Pelabuhan Klang dan Kuala Selangor mencatatkan bacaan tidak sihat apabila Indeks Pencemaran Udara (IPU) dicatat pada 106, 130 dan 131 sehingga jam 11 pagi tadi. 

Kualiti udara di beberapa kawasan lain seperti Cheras, Petaling Jaya dan Batu Muda, Kuala Lumpur adalah sederhana apabila masing-masing mencatatkan IPU pada 91, 85 dan 84.
Sementara itu, pada bacaan jam 7 pagi tadi, kualiti udara di Kuala Selangor dan Pelabuhan Klang adalah tidak sihat dengan IPU dicatat pada 126 dan 125 manakala di Shah Alam mencatat bacaan 100 iaitu kualiti udara sederhana.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Asaalamualaikum...
jangan lupa tinggalkan komen anda yerp:)