Khamis, 23 Mei 2013

ASHABUL KAHFI (PART 6/AKHIR)

Apa yang terjadi selanjutnya pada kumpulan pemuda Ashabul Kahfi itu tidak dijelaskan oleh Allah seterusnya. Mungkin Allah mengisahkan pengalaman ganjil itu semata-mata untuk memberi amaran kepada manusia tentang kekuasaan Allah melakukan apa yang dikehendaki-Nya kepada sesiapa apalagi kepada hamba-hamba-Nya yang sangat dikasihi, walaupun perkara itu tidak terfikir oleh manusia boleh berlaku. 
Bagaimanapun, Allah menyebut tentang perselisihan yang terjadi diantara penduduk negara itu tentang hasrat mereka hendak mendirikan sebuah rumah ibadat sebagai kenangan dari kejadian ganjil itu disitu. 
Menurut ulama tafsir, perselisihan diantara penduduk negara itu berlaku hanya sesudah para penghuni gua itu diwafatkan oleh Allah ( sesetengah pihak percaya mereka itu masih hidup dengan kuasa Allah juga). Perselisihan mereka itu malah berlaku juga tentang jumlah penghuni-penghuni gua itu sebenarnya, dan tentang jumlah masa yang tepat mereka tidur di dalam gua itu. 
Seorang penafsir yang bernama Fakhrur Razi merumuskan bahawa ayat-ayat yang mengisahkan keganjilan Penghuni Gua itu adalah bukti yang jelas adanya Karamah yang diberikan oleh Allah kepada para Aulia yang dikasihi-Nya.Wallahualam.
* Allahuakbar.Sungguh hebat bukan,kisah 7 pemuda ini.Tak terbayangkan oleh kita bagaimana ditidurkan selama 309 tahun.Namun,itu semua boleh berlaku dengan kehendak ALLAH.Kun Fayakun (Jika Allah berkata jadi,maka jadilah ia.).Allah menunjukkan kekuasaanNYA dengan pelbagai cara yang tak kan mampu terjangkau dek akal dangkal lemah kita sebagai manusia.Sekian.

ASHABUL KAHFI (PART 5)

Lihatlah betapa bersihnya hati dan akhlak mereka. Walaupun dalam keadaan yang gawat dan susah serta kelaparan, tetapi mereka masih berpesan kepada sahabat mereka yang ditugaskan ke kota mencari makanan itu supaya mencari dan memilih makanan yang bersih dan halal. Ini menandakan bahawa mereka adalah pemuda-pemuda yang bertakwa kepada Allah. Di dalam al-Quran, Allah memerintahkan kita supaya bertakwa kepadaNya sedaya yang kita mampu, dalam keadaan mana sekalipun, sama ada senang atau susah.
FirmanNya; “Maka bertakwalah kamu kepada Allah menurut kesanggupanmu dan dengarlah serta ta`atlah; dan nafkahkanlah nafkah yang baik untuk dirimu”. (at-Taghabun: 16)
Walaupun Allah menceritakan dalam ayat tadi bahawa pemuda-pemuda amat berhati-hati dan berjaga-jaga agar jangan diketahui orang lain–kerana mereka menyangka raja yang memerintah negeri masih raja yang dulu dan kafir kepada Allah, namun Allah telah mentakdirkan supaya berita tentang mereka diketahui oleh hamba-hambaNya yang lain bagi menunjukan kekuasaan dan kehebatanNya. Kebetulan semasa pemuda-pemuda ashabul kahfi ini dibangkitkan Allah setelah tidur 300 tahun lamanya, suasana negeri telah banyak berubah. Raja dan pemerintah negeri merupakan orang yang beriman kepada Allah. Begitu juga dengan kebanyakan rakyatnya.Namun masih terdapat segelintir rakyat dalam negeri itu yang masih ragu-ragu tentang kebenaran kiamat; mereka masih ragu-ragu; bagaimana Allah boleh menghidupkan orang yang telah mati? Apatah lagi yang telah beribu bahkan berjuta tahun lamanya dimakan tanah. Maka bertepatanlah masanya Allah membangkitkan ashabul kahfi pada zaman tersebut dan menzahirkan kekuasaanNya kepada hamba-hambaNya yang masih ragu-ragu lagi.
“Dan demikianlah Kami dedahkan hal mereka kepada orang ramai supaya mereka mengetahui bahwa janji Allah menghidupkan orang mati adalah benar, dan bahwa kedatangan hari kiamat tidak ada keraguan padanya”. (al-Kahfi: 21)
Allah mendedahkan perihal pemuda-pemuda ashabul kahfi itu semasa wakil mereka itu datang ke kota hendak membeli makanan. Ia merasa hairan melihat keadaan kota dan penduduknya berubah sama sekali. Penduduk kota pula merasa hairan melihat keadaan wakil itu dan mereka semakin syak apabila mereka melihat wang perak yang dibawanya ialah wang zaman dahulu yang sudah tidak laku lagi. Ia dituduh menjumpai harta karun lalu dibawa mengadap raja yang beriman dan mengambil berat hal agama. Setelah mendengar kisahnya, raja dan orang-orangnya berangkat ke gua ashabul kahfi bersama wakil itu, lalu berjumpa dengan pemuda-pemuda itu sekeliannya dan mendengar kisah mereka. 
Sejurus kemudian pemuda-pemuda itu pun dimatikan Allah sesudah memberi ucapan selamat tinggal kepada raja yang beriman itu dan orang-orangnya. Raja mencadangkan supaya sebuah masjid didirikan di sisi gua itu. Sementara itu ada yang mencadangkan supaya mendirikan sebuah bangunan atau tugu sebagai kenangan. 
Hal ini diceritakan Allah dengan firmanNya;
“Setelah itu maka (sebahagian dari mereka) berkata: “Dirikanlah sebuah bangunan di sisi (gua) mereka, Allah jualah yang mengetahui akan hal ehwal mereka”. Orang-orang yang berkuasa atas urusan mereka (yakni pihak raja) pula berkata: “Sesungguhnya kami hendak membina sebuah masjid di sisi gua mereka”. (al-Kahfi: 21)

ASHABUL KAHFI (PART 4)

Walaupun mereka tidur amat lama dan tanpa makan dan minum, tetapi dengan kuasa Allah, badan dan jasad mereka tidak hancur dan musnah. Bahkan Allah menyatakan bahawa; jika kita lihat keadaan mereka di dalam gua itu nescaya kita tidak akan percaya bahawa mereka sedang tidur.
“Dan engkau sangka mereka sedar padahal mereka tidur; dan Kami balik-balikkan mereka dalam tidurnya ke sebelah kanan dan ke sebelah kiri (supaya badan mereka tidak dimakan tanah), sedang anjing mereka mengunjurkan kedua lengannya di muka pintu gua. Dan jika kamu menyaksikan mereka tentulah kamu akan berpaling dari mereka dengan melarikan (diri) dan tentulah (hati) kamu akan dipenuhi dengan ketakutan terhadap mereka”. (al-Kahfi: 18)
Setelah sampai tempoh yang ditetapkan Allah (iaitu 300 tahun atau 309 tahun), mereka dibangunkan. Ketika mereka bangun mereka sendiri tidak menyedari bahawa mereka tidur dalam jangka masa yang amat lama. Mereka menyangka mereka hanya tidur dalam masa sehari atau separuh hari sahaja.“Berkatalah salah seorang di antara mereka: “Sudah berapa lamakah kamu berada (di sini?)”. Mereka menjawab: “Kita berada (di sini) sehari atau setengah hari….”. (al-Kahfi: 19)
Sebaik bangun dari tidur mereka, mereka terasa lapar. Maka sebahagian dari mereka mencadangkan agar dihantar seorang wakil untuk ke Bandar bagi mencari sesuatu untuk di makanan. Akhirnya mereka memilih Tamlikha untuk ke kota Afsus. Kebetulan semasa mereka melarikan diri dulu mereka membawa bersama bekalan wang perak.
Firman Allah menceritakan cadangan sebahagian dari mereka itu;
“Maka suruhlah salah seorang di antara kamu pergi ke kota dengan membawa uang perak kamu ini, dan hendaklah dia lihat manakah makanan yang paling baik (yakni yang bersih dan halal), maka hendaklah dia membawa makanan itu untuk kamu, dan hendaklah dia berlaku lemah lembut dan janganlah sekali-kali menceritakan hal kamu kepada seseorang pun. Sesungguhnya jika mereka dapat mengetahui tempatmu, niscaya mereka akan melempar kamu dengan batu, atau memaksamu kembali kepada agama mereka, dan jika demikian nEscaya kamu tidak akan beruntung selama-lamanya”. (al-Kahfi: 19-20)

ASHABUL KAHFI (PART 3)

Walaupun tidak mampu menjawab hujjah-hujjah yang mantap dari pemuda-pemuda beriman ini, raja yang kufur dan zalim itu tetap berkeras mahu mereka murtad dari agama mereka. Ia memberikan tempoh beberapa hari kepada mereka. Jika selepas tempoh itu pemuda-pemuda ini tetap berkeras, maka mereka akan dimurtadkan secara paksa atau akan dibunuh. Kerana sayangkan aqidah dan agama mereka, pemuda-pemuda ini bermesyuarat sesama mereka untuk mencari keputusan yang muafakat. Apakah tindakan yang sepatutnya diambil untuk mempertahankan diri dan juga agama mereka? Akhirnya mereka memutuskan untuk lari bersembunyi dan berlindung di dalam gua di kawasan pedalaman/kampung.
Firman Allah; “Dan oleh kerana kamu telah mengasingkan diri dari mereka dan dari apa yang mereka sembah selain Allah, maka pergilah kamu berlindung di gua itu, supaya Tuhan kamu melimpahkan dari rahmat-Nya kepada kamu dan menyediakan kemudahan-kemudahan untuk menjayakan urusan kamu dengan memberi bantuan yang berguna”. (al-Kahfi: 16)
Mereka lari ke pedalaman di kawasan pergunungan bernama Nikhayus. Di situ terdapat sebuah gua dan di situlah mereka bersembunyi dan berlindung. Kebetulan semasa perjalanan mereka ke situ mereka telah diekori oleh seekor anjing bernama ar-raqiim. Maka anjing itu turut bersama-sama dengan mereka berlindung dan menetap di gua itu. Di dalam gua itu mereka diberi ketenangan dan ketenteraman oleh Allah.Allah telah menidurkan mereka dengan nyenyak dalam gua tersebut. 
Firman Allah menceritakan tentang mereka di dalam gua;
“Lalu Kami tidurkan mereka dengan nyenyaknya di dalam gua itu bertahun-tahun lamanya”. (al-Kahfi: 11).
Allah ingin menzahirkan bukti-bukti kekuasaanNya kepada hamba-hambaNya melalui peristiwa ini. Maka Allah telah mentakdirkan pemuda-pemuda ini tidur dalam jangka masa yang amat lama iaitu selama 300 tahun (mengikut perkiraan tahun Masihi) atau 309 tahun (mengikut tahun Hijrah).
“Dan mereka telah tinggal tidur dalam gua mereka selama tiga ratus tahun (dengan kiraan ahli Kitab), dan hendaklah kamu tambah sembilan tahun lagi (dengan kiraan kamu) (yakni menjadi 309 tahun)”. (al-Kahfi: 25)

ASHABUL KAHFI (PART2)

Ashabul kahfi (penghuni-penguni gua) yang dimaksudkan dalam ayat di atas, menurut para ulama’- terdiri dari tujuh orang pemuda iaitu;
Maksalmina
Tamlikha
Martunus
Bainunus atau Nainunus
Sarbunus
Dzunuanus
Kasyfitatanunus
Bersama mereka seekor anjing bernama Qitmir mengekori mereka. Pemuda-pemuda ini beriman kepada Allah di tengah kekufuran kaum dan bangsa mereka. Identiti mereka sebagai pemuda yang beriman diakui oleh Allah dengan firmanNya;
“Sesungguhnya mereka itu adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka dan Kami tambahkan kepada mereka petunjuk”. (al-Kahfi: 13)
Menurut ahli sejarah, kisah ini berlaku pada zaman sebelum kedatangan Islam di satu negeri bernama Afsus yang terletak di Turki (ada pendapat menyatakan di Jordan, dan ada juga mengatakan di Syria). Asalnya penduduk negeri itu beriman kepada Allah dan beribadat mengesakanNya. 
Namun keadaan berubah selepas kedatangan seorang raja bernama Diqyanus. Raja ini menganut fahaman kufur/berhala dan dia memaksa rakyat di bawah pemerintahannya supaya murtad dari agama Allah yang dibawa Nabi Isa a.s. dan bertukar kepada agama kufur/berhala yang dianutinya. Rakyat yang takut dengan ancaman dan seksaan raja itu terpaksa akur dengan arahan yang zalim itu. Namun tujuh pemuda beriman tadi tidak mahu tunduk dengan tekanan raja kafir itu. Mereka tetap teguh mempertahankan aqidah mereka walaupun menyedari nyawa dan diri mereka mungkin terancam dengan berbuat demikian. Akhirnya mereka dipanggil mengadap raja itu. 
Di hadapan raja yang zalim itu, mereka dengan penuh berani dan bersemangat berhujjah mempertahankan iman dan prinsip aqidah Ilahi yang mereka yakini. Allah berfirman menceritakan peristiwa mereka berhujjah;
“Dan Kami telah meneguhkan hati mereka di waktu mereka berdiri (di hadapan raja) lalu mereka berkata (membentangkan hujjah kepada raja): ”Tuhan kami adalah Tuhan langit dan bumi; kami sekali-kali tidak menyeru Tuhan selain Dia, sesungguhnya kami kalau demikian telah mengucapkan perkataan yang amat jauh dari kebenaran. Kaum kami ini telah menjadikan selain Dia sebagai tuhan-tuhan (untuk di sembah). Mengapa mereka tidak mengemukakan alasan yang terang (tentang kepercayaan mereka?) Siapakah yang lebih zalim daripada orang-orang yang mengada-adakan kebohongan terhadap Allah?”. (al-Kahfi: 14-15).
Kerana enggan tunduk kepada perintah Dikyanus yang menyembah berhala, tujuh orang pemuda itu pun lari dan bersembunyi di dalam sebuah gua untuk bermalam sementara sebelum meneruskan perjalanan ke tempat yang lebih jauh. Tetapi bila mereka tidur pada malam itu, mereka tidak tahu bahawa Allah telah menidurkan mereka bukan hanya satu malam tetapi 309 tahun. 


ASHABUL KAHFI (PART 1)

Kisah Ashabul Kahfi (Bahasa Arab: أصحاب الكهف‎) merupakan suatu kisah benar mengenai beberapa orang pemuda yang tertidur di dalam sebuah gua, dan cuma bangun 309 tahun kemudian.
Pemuda-pemuda beriman ini hidup pada masa Raja Diqyanus di Rom, beberapa ratus tahun sebelum diutusnya Nabi Isa a.s. Mereka hidup di tengah masyarakat penyembah berhala dengan seorang raja yang zalim. Demi menjaga iman, mereka melarikan diri dari kota, dikejar oleh tentera raja untuk dibunuh. Hingga pada suatu ketika, sampailah mereka di mulut sebuah gua yang kemudian dipakai sebagai tempat persembunyian.
Lokasi Gua Ashabul Kahfi terletak kira-kira 7km dari pusat bandar Amman, Jordan. Kawasan ini suatu ketika dahulu dikenali dengan Ar-Raqim kerana terdapat kesan tapak arkeologi yang bernama Khirbet Ar-Raqim di kawasan tersebut. Perkataan Ar-Raqim juga disebut di dalam Al-Quran dan Ahli Tafsir menafsirkan Ar-Raqim sebagai nama anjing dan ada yang menyatakan ia sebagai batu bersurat.
Kahf Ahlil Kahf merupakan lokasi sejarah yang membuktikan kebenaran kisah di dalam Al-Quran iaitu di dalam Surah Kahfi mulai ayat 9 hingga 26. Ayat di dalam Surah tersebut menceritakan bagaimana 7 orang pemuda yang beriman kepada Allah melarikan diri ke sebuah gua dan Allah menidurkan mereka selama 309 tahun Qamariah (300 tahun Shamsiah) sehingga mereka tidak dapat dibangunkan oleh suara apa sekalipun.
Firman Allah; “Adakah engkau menyangka (wahai Muhammad), bahawa kisah ‘ashabul kahfi’ (penghuni gua) dan ‘ar-raqiim’ (anjing mereka) termasuk antara tanda-tanda-tanda kekuasaan Kami yang menakjubkan? (Ingatlah) tatkala pemuda-pemuda itu mencari tempat berlindung ke dalam gua lalu mereka berdoa: “Wahai Tuhan kami berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami (ini)”. (al-Kahfi: 9)

Rabu, 22 Mei 2013

AMINAH BINTI WAHAB IBU KEKASIH ALLAH (PART 3/AKHIR)


Memang “cahaya” itu telah berpindah dari Abdullah kepada Aminah. Cahaya ini setelah berpindah-pindah dari sulbi-sulbi dan rahim-rahim lalu menetap pada Aminah yang melahirkan Nabi Muhammad SAW. Bagi Muhammad merupakan hasil dari doa Ibrahim bapanya. Kelahirannya sebagai khabar gembira dari Isa saudaranya, dan merupakan hasil mimpi dari Aminah ibunya. Aminah pernah bermimpi seakan-akan sebuah cahaya keluar darinya menyinari istana-istana Syam. Dari suara ghaib ia mendengar, “Engkau sedang mengandung pemimpin ummat.”

Masyarakat di Makkah selalu membicarakan, kedatangan nabi yang ditunggu-tunggu sudah semakin dekat. Para pendita Yahudi dan Nasrani, serta peramal-peramal Arab, selalu membicarakannya. Dan Allah telah mengabulkan doa Ibrahim as. seperti disebutkan dalam Surah al Baqarah ayat 129.

“Ya Tuhan kami. Utuslah bagi mereka seorang rasul dari kalangan mereka.”
Dan terwujudlah khabar gembira dari Isa as. seperti tersebut dalam Surah as Shaff ayat 6. “Dan memberi khabar gembira dengan (datangnya) seorang rasul yang akan datang sesudahku, namanya Ahmad (Muhammad). Benar pulalah tentang ramalan mimpi Aminah tentang cahaya yang keluar dari dirinya serta menerangi istana-istana Syam itu.”

Aminah adalah pemimpin para ibu, kerana ia ibu Nabi Muhammad yang dipilih Allah sebagai rasul pembawa risalah untuk ummat manusia hingga akhir zaman. Muhammadlah penyeru kebenaran dan keadilan serta kebaikan berupa agama Islam.
“Dan barangsiapa memilih agama selain Islam, maka tiadalah diterima (agama itu) darinya. Dan di akhirat termasuk orang-orang yang rugi.” (Ali Imran: 85)

Saat menjelang wafatnya, Aminah berkata: “Setiap yang hidup pasti mati, dan setiap yang baru pasti usang. Setiap orang yang tua akan binasa. Aku pun akan wafat tapi sebutanku akan kekal. Aku telah meninggalkan kebaikan dan melahirkan seorang bayi yang suci.”
Diriwayatkan oleh Aisyah dengan katanya, “Rasulullah SAW memimpin kami dalam melaksanakan haji wada’. Kemudian baginda lalu dekat kubur ibunya sambil menangis sedih. Maka aku pun ikut menangis kerana tangisnya.”

Betapa harumnya nama Aminah, dan betapa kekalnya namanya nan abadi. Seorang ibu yang luhur dan agung sebagai ibu Muhammad manusia paling utama di dunia, paling sempurna di antara para nabi, dan sebagai rasul yang mulia. Aminah binti Wahb adalah ibu kandung rasul yang mulia. Semoga Allah memberkatinya.


*Hebatnya kisah ibu kepada kekasih Allah.Rasul yang meminpim manusia ke jalan yg benar.Allahuakbar.Si

AMINAH BINTI WAHAB IBU KEKASIH ALLAH (PART 2)

Meski tersembunyi, baunya yang harum semerbak keluar dari rumah bani Zuhrah dan menyebar ke segala penjuru Makkah. Bau harumnya membangkitkan harapan mulia dalam jiwa para pemudanya yang menjauhi wanita-wanita lain yang terpandang dan dibicarakan orang.

Allah memilih Aminah “Si Bunga Quraisy” sebagai isteri Abdullah bin Abdul Muthalib di antara gadis lain yang cantik dan suci. Ramai gadis yang meminang Abdullah sebagai suaminya seperti Ruqaiyah binti Naufal, Fatimah binti Murr, Laila al Adawiyah, dan masih ramai wanita lain yang telah meminang Abdullah.
Ibnu Ishaq menuturkan tentang Abdul Muthalib yang membimbing tangan Abdullah anaknya setelah menebusnya dari penyembelihan. Lalu membawanya kepada Wahb bin Abdu Manaf bin Zuhrah – yang waktu itu sebagai pemimpin bani Zuhrah – untuk dikahwinkan dengan Aminah.

Abdullah adalah pemuda paling tampan di Makkah. Paling memukau dan paling terkenal di Makkah. Tak hairan, jika ketika ia meminang Aminah, ramai wanita Makkah yang patah hati.”

Cahaya yang semula memancar di dahi Abdullah kini berpindah ke Aminah, padahal cahaya itulah yang membuat wanita-wanita Quraisy rela menawarkan diri sebagai calon isteri Abdullah. Setelah berhasil mengahwini Aminah, Abdullah pernah bertanya kepada Ruqaiyah mengapa tidak menawarkan diri lagi sebagai suaminya. Apa jawab Ruqayah, “Cahaya yang ada padamu dulu telah meninggalkanmu, dan kini aku tidak memerlukanmu lagi.”

Fatimah binti Murr yang ditanyai juga berkata, “Hai Abdullah, aku bukan seorang wanita jahat, tetapi kulihat aku melihat cahaya di wajahmu, kerana itu aku ingin memilikimu. Namun Allah tak mengizinkan kecuali memberikannya kepada orang yang dikehendakiNya.” Jawapan serupa juga disampaikan oleh Laila al Adawiyah. “Dulu aku melihat cahaya bersinar di antara kedua matamu kerana itu aku mengharapkanmu. Namun engkau menolak. Kini engkau telah mengahwini Aminah, dan cahaya itu telah lenyap darimu.”

AMINAH BINTI WAHAB IBU KEKASIH ALLAH (PART 1)


Seorang wanita berhati mulia, pemimpin para ibu. Seorang ibu yang telah dianugerahkan anak tunggal yang mulia pembawa risalah yang lurus dan kekal, rasul yang bijak pembawa hidayah. Dialah Aminah binti Wahab. Ibu dari Muhammad bin Abdullah yang diutus Allah sebagai rahmat seluruh alam. Cukuplah baginya kemuliaan dan kebanggaan yang tidak dapat dimungkiri, bahawa Allah azza wa jalla memilihnya sebagai ibu seorang rasul mulia dan nabi yang terakhir.

 Berkatalah Muhammad puteranya tentang nasabnya. “Allah telah memilih aku dari Kinanah, dan memilih Kinanah dari suku Quraisy bangsa Arab. Aku berasal dari keturunan orang-orang yang baik, dari orang-orang yang baik, dari orang-orang yang baik.” Dengarlah sabdanya lagi, “Allah memindahkan aku dari sulbi-sulbi yang baik ke rahim-rahim yang suci secara terpilih dan terdidik. Tiadalah bercabang dua, melainkan aku di bahagian yang terbaik.”

Aminah bukan cuma ibu seorang rasul atau nabi, tetapi juga wanita pengukir sejarah. Kerana risalah yang dibawa putera tunggalnya sempurna, benar dan kekal sepanjang zaman. Suatu risalah yang bermaslahat bagi ummat manusia. Berkatalah Ibnu Ishaq tentang Aminah binti Wahb ini. “Pada waktu itu ia merupakan gadis yang termulia nasab dan kedudukannya di kalangan suku Quraisy.”

Menurut penilaian Dr. Bint Syaati tentang Aminah ibu Muhammad iaitu. “Masa kecilnya dimulai dari lingkungan paling mulia, dan asal keturunannya pun paling baik. Ia (Aminah) memiliki kebaikan nasab dan ketinggian asal keturunan yang dibanggakan dalam masyarakat aristokrasi (bangsawan) yang sangat membanggakan kemuliaan nenek moyang dan keturunannya.”

Aminah binti Wahb merupakan bunga yang indah di kalangan Quraisy serta menjadi puteri dari pemimpin bani Zuhrah. Pergaulannya senantiasa dalam penjagaan dan tertutup dari pandangan mata. Terlindung dari pergaulan bebas sehingga sukar untuk dapat mengetahui jelas
penampilannya atau gambaran fizikalnya. Para sejarawan hampir tidak mengetahui kehidupannya kecuali sebagai gadis Quraisy yang paling mulia nasab dan kedudukannya di kalangan Quraisy.

Selasa, 21 Mei 2013

SITI MUTI'AH WANITA PERTAMA MENGHUNI SYURGA.(PART 2/AKHIR)


Pada hari yang ketiga barulah Fatimah diizinkan masuk ke dalam rumah Siti Muti'ah. Pada pandangan Fatimah setelah pertemuannya dengan Siti Muti'ah, tiada apa-apa yang istimewa pada wanita tersebut yang melayakkan beliau menjadi wanita pertama yang masuk ke syurga. Sedang asyik Fatimah berbual dengan Siti Muti'ah, tiba-tiba Siti Muti'ah bangun dari duduknya dan segera bersiap-siap membuatkan Fatimah kehairanan. Rupa-rupanya wanita tersebut menyiapkan dirinya untuk menyambut kepulangan suaminya.

Sewaktu menyambut kepulangan suaminya, Siti Muti'ah menyediakan air dan menghidangkan sedikit makanan untuk suaminya. Beliau juga dilihat menyediakan sebuah tongkat yang akan digunakan oleh suaminya bagi menghukum Siti Muti'ah sekiranya didapati beliau melakukan kesalahan sepanjang pemergian suaminya. Siti Muti'ah juga memakai pakaian yang menarik untuk menghiburkan suaminya.

Setelah melihat adegan itu, Fatimah pulang dengan perasaan yang cukup kagum dan terharu dengan layanan yang sangat istimewa yang diberikan oleh Siti Muti'ah terhadap suaminya. Fatimah terus mendapatkan ayahandanya Rasulullah s.a.w dan menceritakan tentang peristiwa yang dilihatnya di rumah Siti Muti'ah. Dengan penuh rasa rendah diri, Fatimah memberitahu kepada Rasulullah bahawa sememangnya Siti Muti'ah sememangnya layak untuk menjadi wanita pertama yang masuk ke syurga kerana ketaatan yang tidak berbelah bahagi kepada suaminya itu. Wallahu'alam


*Sungguh hebat ketaatan Siti Muti'ah kepada suaminya.Isteri sekrang ,apa lagi?ayuh contohi kisah Siti Muti'ah ini.

SITI MUTI'AH WANITA PERTAMA MENGHUNI SYURGA(PART 1)


Rasulullah s.a.w pernah memberitahu puteri kesayangannya Fatimah, bahawa beliau bukanlah wanita pertama yang akan masuk ke syurga. Hal itu sangat membuatkan Fatimah berasa dukacita dan cemburu lalu beliau pun bertanya kepada Rasulullah apakah amalan wanita tersebut sehingga beliau layak untuk menjadi wanita pertama yang masuk ke syurga. Rasulullah s.a.w memberitahu kepada puterinya itu supaya beliau pergi ke rumah wanita itu dan melihat sendiri amalan wanita tersebut.

Lalu, Fatimah pun bersiap-siap untuk pergi ke rumah wanita yang dimaksudkan oleh Rasulullah itu. Pada kali pertama kedatangannya ke rumah wanita yang bernama Siti Muti'ah itu, Fatimah tidak dibenarkan masuk kerana suami wanita tersebut tiada di rumah dan beliau tidak mendapat keizinan daripada suaminya untuk membenarkan tetamu masuk.

Maka, Fatimah pulang kembali ke rumahnya dan akan datang semula ke rumah tersebut pada keesokan harinya. Pada hari berikutnya, Fatimah datang kembali dengan membawa dua orang puteranya, Hassan dan Hussin. Malang lagi menimpa Fatimah kerana Siti Muti'ah tidak membenarkan Fatimah masuk ke rumahnya kerana beliau hanya meminta izin dari suaminya supaya Fatimah seorang sahaja yang boleh masuk ke rumahnya manakala Hassan dan Hussin tidak boleh masuk tanpa kebenaran suaminya. Sekali lagi Fatimah pulang dengan perasaan hampa kerana tidak dapat melihat amalan wanita tersebut.

Isnin, 20 Mei 2013

NUSAIBAH BINTI KA'AB PEJUANG PERANG.(PART 2/akhir)



Nusaibah di Perang Yamamah

Perang terakhir yang diikuti oleh Nusaibah ialah Perang Yamamah. Perang ini berlaku ketika pemerintahan Khalifah Abu Bakar As-Siddiq bagi memerangi orang-orang murtad yang diketuai oleh Musailamah al-Kazzab.

Nusaibah berperang dengan sesungguh hatinya walaupun ketika itu sebelah tangannya telah putus. Ketika tentera Islam berjaya membunuh Musailamah dan para pengikutnya, dia bersujud kepada Allah sebagai tanda kesyukuran akan berakhirnya fitnah tersebut.


Nusaibah punya karamah.
Nusaibah dikurniakan Allah dengan pelbagai kelebihan yang tiada pada orang lain. Ketika Rasulullah mencukur rambutnya di al-Hudaibiyyah, para sahabat berusaha mendapatkan rambut tersebut. Nusaibah mengambil beberapa helai rambut dan air cucian rambut ini digunakan oleh pesakit untuk mandi dan minum. Dengan izin Allah, pesakit itu sembuh.

Tangannya sebelah telah putus ditetak musuh semasa Perang Yamamah. Apabila ada orang yang sakit datang menemuinya, Nusaibah akan mengusap si pesakit menggunakan tangannya yang kudung itu sambil berdoa supaya sembuh. Dengan izin Allah, pesakit itu sembuh.

*Sekian kisah nusaibah.Kuat dan tabah kan Nusaibah ni?Jom ikut beliau..

NUSAIBAH BINTI KA'AB PEJUANG PERANG.(PART 1)



Nusaibah merupakan salah seorang daripada serikandi Islam dan merupakan pejuang Muslimah Islam yang pertama. Dia turut serta dalam Perang Uhud, Perang Hudaibiyyah, Perang Hunain dan Perang Yamamah serta menyaksikan Bait al-Aqabah.
Nusaibah di Perang Uhud
Ketika Perang Uhud, Nusaibah keluar memberi minum kepada pasukan Muslimin yang kehausan dan merawat mereka yang mendapat luka. Apabila tentera Islam menjadi terdesak dan lari dari medan perang, cuma ada seratus orang sahaja yang tetap bertahan dan Nusaibah adalah salah seorang yang menghunuskan pedang serta memakai perisai bagi melindungi Rasulullah dari dikejar musuh.
Kesungguhan Nusaibah melindungu Rasulullah begitu hebat, inggakan Rasulullah berkata, “Aku tidak menoleh ke kiri dan ke kanan kecuali melihat Ummu Imarah (Nusaibah) berperang dihadapanku.”
Ketika itu, anaknya Abdullah luka parah ditikam musuh. Dia mengikat luka anaknya lalu berkata, “Bangun wahai anakku.” Anaknya itu terus bangun dan melawan tentera musuh.
Rasulullah yang melihat peristiwa itu merasa terharu. “Wahai Ummu Imarah, siapakah yang mampu berbuat seperti mana yang engkau lakukan?” kata Rasulullah kepadanya.
Ketika tentera musuh yang menikam anaknya itu menghampiri, Rasulullah berkata kepadanya, “Ini dia orang yang telah melukakan anakmu.” Nusaibah menghampiri orang itu dan menikam betisnya dengan pedang.
“Ya, Ummu Imarah! Engkau berjaya membalasnya,” kata Rasulullah sambil tersenyum melihat kesungguhan Nusaibah.
Kemudian, Nusaibah dengan bantuan beberapa tentera Muslimin berjaya membunuh orang itu. Melihatkan keadaan ini, Rasulullah berkata, “Segala puji bagi Allah yang telah menenangkanmu dan menggembirakan hatimu daripada musuhmu serta memperlihatkan balas dendammu dihadapanmu.”
Ketika Perang Uhud ini, Nusaibah mengalami luka yang banyak, terutamanya di bahagian bahu. Rasulullah memeriksa lukanya lalu meminta Abdullah, anaknya untuk mengikat luka tersebut sambil berkata, “Semoga Allah sentiasa memberkati dan merahmati kamu semua.”
Nusaibah mendengar kata-kata Rasulullah itu. “Ya Rasulullah! Mohonlah kepada Allah agar kami boleh menemanimu di syurga nanti,” kata Nusaibah.
Maka Rasulullah pun berdoa, “Ya Allah! Jadikalnlah mereka semua ini penemanku di syurga kelak.”
“Aku tidak akan mengeluh setiap musibah yang menimpa diriku di dunia ini,” kata Nusaibah sebagai membalas.

KABSYAH BINTI RAFI : KESYAHIDAN PUTERANYA MENGGONCANG ARASY ALLAH.(PART 5/akhir)


Menghadap Sang Khalik

Setelah menempuh perjalan dan perjuangan yang panjang, Ummu Sa’ad akhirnya menyusul kedua putEranya, menemui Sang Khalik. Semoga Allah meredhainya..

Semoga Allah SWT mengumpulkan mereka di syurga Firdaus.

Tak inginkah kita berkumpul kembali di jannah dengan keluarga yang kita cintai ?

*tepuk dada tanya iman.Sekian.

KABSYAH BINTI RAFI : KESYAHIDAN PUTERANYA MENGGONCANG ARASY ALLAH.(PART 4)


Di masa sakitnya, dia pernah memenuhi panggilan Rasulullah SAW untuk sebuah tugas memutuskan/mem bincankan sebuah perkara untuk bani Quraizhah. Rasulullah SAW menilai keputusan itu sangat adil. Beliau bersabda, "Engkau telah memutuskan hukuman sesuai dengan hukum Allah dan hukum Rasul-Nya."

Setiap perempuan berdusta dengan tangisnya, kecuali Ummu Sa'ad

Bagaimanapun, Ummu Sa'ad / Kabsyah binti Rafi 'sedih dan menangisi kepergian anaknya. Ketika Rasulullah SAW tiba di rumah Sa'ad bin Mu'adz, ia telah menghembuskan nafas terakhirnya. Mendengar tangisan Ummu Sa'ad Rasulullah SAW bersabda, "Setiap perempuan berdusta dengan tangisnya, kecuali Ummu Sa'ad." Kemudian jasad Sa'ad dibawa keluar. Orang-orang yang mengangkatnya berkata, "Wahai Rasulullah kami tidak pernah mengangkat jenazah seringan ini." Rasulullah SAW bersabda, "bagaimana tidak ringan, malaikat telah turun ke bumi . Mereka belum pernah turun dengan cara seperti ini sebelumnya. Dan mereka turut memikul jenazah bersama kalian. "

Rasulullah SAW pernah menemui Sa'ad saat terbaring sakit dan nafasnya tersekat-sekat. Rasulullah SAW bersabda, "Semoga Allah membalas kebaikanmu selama ini sebagai pemimpin kaum yang baik. Engkau telah membuktikan janjimu, maka aku berdo'a semoga Allah membuktikan janji-Nya kepadamu. "

Rasulullah SAW bersabda, "Arasy Allah yang Maha Pengasih bergoncang kerana kematian Sa'ad bin Mu'adz." 

"Arasy Allah yang Maha Pengasih bergoncang kerana kematian Sa'ad bin Mu'adz."

Ibnu Umar ra berkata, Rasulullah SAW bersabda, "Hamba soleh yang (kematiannya) telah menggegarkan 'Arasy, membuat pintu-pintu langit terbuka dan 70.000 malaikat hadir mengiringinya. Padahal mereka belum pernah turun ke bumi seperti ini sebelumnya, merasa kesempitan kemudian Allah memberinya keluasan . Hamba soleh yang dimaksud adalah Sa'ad bin Muadz, "(HR.Bukhari Muslim).

Mendengar kebaikan yang diperoleh puteranya, Ummu Sa'ad sangat terhibur.

70 Ribu Malaikat hadir mengiring jenazah Sa'ad bin Mu'adz dan memikulnya bersama kaum muslimin.

KABSYAH BINTI RAFI : KESYAHIDAN PUTERANYA MENGGONCANG ARASY ALLAH.(PART 3)

Peranan Kabsyah dalam Perang Badar
Ketika Perang Badar , Ummu Sa'ad mendorong dan memberi semangat kedua puteranya Sa'ad bin Mu'adz dan 'Amr bin Mu'adz ra untuk ikut berjihad. Ummu Sa'ad sangat bahagia kedua anaknya menyertai  misi tersebut. Bahkan sang ibu berharap puteranya  syahid di jalan-Nya. Namun takdir berbeza, mereka pulang dengan selamat dan memperoleh kemenangan. 
Peranan Kabsyah dalam Perang Uhud
Usai Perang Uhud, para muslimah termasuk Ummu Sa'ad bergegas keluar rumah, untuk memastikan keselamatan Rasulullah SAW. Sebelumnya, tersebar berita banyak kaum muslimin gugur dalam peperangan itu, termasuk salah seorang putera Ummu Sa'ad yaitu 'Amr bin Mu'adz ra.
Dalam perang itu 'Amr bin Mu'adz perang dengan gagah berani, hingga menjemput syahid.
\Ummu Sa'ad / Kabsyah binti Rafi 'dalam Perang Khandak
Ummu Sa'ad, menyeru anaknya Sa'ad bin Mu'adz untuk bersegera berangkat berperang. Hingga ia tidak memperhatikan bahawa baju besi yang dipakai puteranya tidak sempurna, seluruh sikunya terbuka dan terlihat jelas. Bahkan 'Aisyah ra sempat mengingatkan hal tersebut. Rupanya itulah jalan menuju syahid. Sa'ad bin Muadz akhirnya menemui ajal, setelah urat lengan yang terkena panah menimbulkan luka yang cukup parah dan tidak sembuh.

KABSYAH BINTI RAFI : KESYAHIDAN PUTERANYA MENGGONCANG ARASY ALLAH.(PART 2)



Harapan mulia

Ketika Rasulullah SAW hijrah ke Madinah, Kabsyah / Ummu Sa'ad sangat berharap Baginda SAW mahu tinggal di rumahnya. Namun Allah berkehendak lain, dengan memilihkan tempat tinggal bagi Rasul-Nya di rumah bani Najjar. Tepatnya di rumah Abu Ayyub al-Ansari ra.

Seluruh keluarga dan suku Ansar berlumba-lumba memberi perkhidmatan terbaik bagi Rasulullah SAW dan para sahabatnya dari golongan Muhajirin. Kabsyah berada di barisan paling depan dalam memberikan segala sesuatu keperluan untuk dakwah dan perkhidmatan kepada sang pembawa risalah agung, Nabi Muhammad SAW.

Ummu Sa'ad adalah tokoh yang selalu berusaha menjadi pelopor dalam kebaikan. Dia adalah perempuan pertama yang berba'iah kepada Nabi Muhammad SAW di Madinah.

Kabsyah berada di barisan depan dalam memberikan segala sesuatu keperluan untuk dakwah dan perkhidmatan kepada Rasulullah SAW.

Kabsyah adalah tokoh wanita yang selalu berusaha menjadi pelopor dalam kebaikan.



KABSYAH BINTI RAFI : KESYAHIDAN PUTERANYA MENGGONCANG ARASY ALLAH.(PART 1)


Shahabiyah yang akan kita ikuti kisahnya kali ini, adalah seorang tokoh ibu yang sentiasa mendorong puteranya bersegera terjun ke medan jihad. Dia telah merelakan kedua puteranya syahid demi meninggikan kalimah Allah dan meraih jannah. Dialah Kabsyah binti Rafi 'bin Mu'awiyah bin' Ubaid bin al-Abjar al-Khudriyyah.

Kabsyah binti Rafi 'adalah ibunda Sa'ad bin Mu'adz al-Asyhali pembawa bendera kaum Anshar dan salah seorang anggota majlis syura ketika Perang Badar. Kesyahidannya menggoncang 'Arasy, membuat Allah tersenyum dan diiringi oleh 70 ribu malaikat.

Kabsyah berkata

Hidayatut taufik menembus keimanan Sa'ad bin Mu'adz melalui da'wah yang disampaikan Mush'ab bin 'Umair. Beliau adalah utusan Rasulullah SAW ke Yatsrib / Madinah. Atas izin Allah dengan cahaya Islam yang memancar di wajahnya dan lisan yang terbimbing, dua tokoh besar Madinah taslim, iaitu Sa'ad bin Mu'adz dan Usaid bin Hudhair.

Atas kemurahan-Nya juga keislaman Sa'ad bin Mu'adz diikuti oleh seluruh bani Abdul Asyhal, tidak seorangpun membantah seruannya sebelum matahari terbenam. Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar.

Tidak ketinggalan Ummu Sa'ad bin Mu'adz yaitu Kabsyah binti Rafi ', pada hari itu juga ia memeluk Islam. Kebersihan jiwa dan keikhlasan, mempermudah kemasukan cahaya iman kedadanya. Rasa syukur dan kebahagiaannya menjadi sempurna ketika rumah yang didiaminya menjadi pusat perkembangan da'wah kala itu. Sehingga Kabsyah mempunyai peluang turut memberi impak  yang terbaik dalam menyebarkan kemuliaan Islam ke seluruh pelosok Madinah.

RUFAIDAH BINTI SA’AD DOKTOR WANITA PERTAMA DALAM ISLAM



Nama Rufaidah Binti Sa’ad mungkin tidak semasyhur seumpama tokoh-tokoh Muslim yang lain seperti Al-Razi, Ibnu Sina dan Abul Qassim Az`Zahrawi tetapi Rufaidah sebenarnya memberikan sumbangan yang cukup besar di dalam dunia perubatan Islam.

Rufaidah Binti Sa’ad adalah merupakan jururawat pertama di dalam dunia Islam dan dunia perubatan sebenarnya. 

Sekiranya dunia moden kini menyanjungi Florence Nightingale sebagai jururawat tersohor kerana sumbangannya yang merawat para tentera British, seharusnya kita sebagai muslim menyanjungi dan menjadikan Rufaidah binti Sa’ad sebagai ikon, seorang jururawat hebat yang telah mempelopori dunia perawatan ini 1300 tahun  lebih awal sebelum Florence Nightingale.

Nama penuhnya ialah Rufaidah binti Sa’ad al Aslami, daripada suku Khazraj di Madinah. Beliau telah dilahirkan di Yathrib (Madinah) sebelum tahun hijrah dan merupakan di antara penduduk Madinah yang pertama memeluk Islam.

Apakah keistimewaan Rufaidah?

Beliau merupakan seorang  jururawat cemerlang yang  telah dilatih oleh ayahnya yang merupakan seorang doktor di Madinah pada ketika itu. Rufaidah menjalani latihan secara praktikal dengan menjadi pembantu klinikal kepada ayahnya.

Sejarah mencatatkan bahawa Rufaidah adalah seorang jururawat yang cemerlang yang mempunyai banyak ciri-ciri pengamal perubatan yang sangat istimewa.


Di antaranya ialah :

1-Seorang yang sangat baik, dedikasi dan mempunyai empati yang tinggi.

2-Seorang pengurus dan ketua yang berkebolehan yang mampu menggerakkan pasukannya  untuk menghasilkan tugas yang terbaik.

3-Berkemahiran klinikal tinggi dan tidak kedekut untuk berkongsi ilmu mengajar dengar  jururawat-jururawat lain yang bekerja bersama-samanya.

4-Beliau tidak menghadkan tugasnya di dalam situasi klinikal sahaja, malah turut turun ke padang melihat sendiri keadaan masyarakat untuk menyelesaikan masalah sesuatu penyakit dari akar umbi.

5-Sumbangan Rufaidah tidak terhad kepada merawat orang sakit sahaja. Sifat ‘peduli ummah’ yang dimilikinya membuatkan Rufaidah bukan sekadar jururawat biasa. 

Beliau juga bertindak sebagai seorang aktivis sosial yang gemar ‘ambil peduli’ dan menyelesaikan masalah masyarakat. Tenaganya banyak disalurkan kepada kerja-kerja kebajikan dan tanggungjawab sosial di kalangan masyarakat.

 
6-Pelbagai golongan muslim telah didekati Rufaidah sama ada yatim piatu mahupun orang kurang upaya. Mengajar anak-anak yang buta huruf juga menjadi sebahagian daripada rutin dalam jadual hidup wanita istimewa ini.

Apakah pengiktirafan Rasulullah kepadanya?

Rufaidah telah mewakafkan dirinya untuk membantu barisan pejuang di Rasulullah saw. 

Ketika Kota Madinah menjadi sebuah Negara Islam yang mengalami banyak proses perkembangan kemajuan, Rufaidah telah mengabdikan dirinya untuk merawat orang ramai yang sakit. Sebuah khemah perubatan telah dibina di luar Masjid Nabawi ketika suasana aman.

 
Manakala ketika Perang Badar, Uhud, Khandaq dan Khaibar, Rufaidah sentiasa bersedia di barisan belakang sebagai aktivis perubatan dan merawat tentera Islam yang tercedera. 

Nabi Muhammad s.a.w sendiri memerintahkan perajurit yang cedera dirawat oleh Rufaidah.

Semasa Perang Khandaq, Panglima Sa’ad bin Mu’adz yang cedera telah dihantar ke khemah perubatan yang telah dibina dan kemudiannya Pahlawan yang berani itu kemudiannya telah dirawat oleh Rufaidah. 

Dengan kepakaran yang dimiliki, Rufaidah telah berjaya mencabut anak panah yang terpacak di lengan Sa’ad Bin Mu’adz.

 Rufaidah juga telah melatih sekumpulan sahabiah sebagai jururawat yang sentiasa bersedia untuk menghadapi peperangan. 

Apabila Rasulullah s.a.w sedang sedia menuju ke lokasi Perang Khaibar, Rufaidah dan rakan-rakannya pergi bertemu Rasulullah s.a.w. untuk meminta kebenaran untuk turut serta menyertai rombongan para mujahidin itu ke medan perang.

Rasulullah s.a.w telah memperkenankan permintaan mereka. Dengan penuh semangat dan keazaman yang tinggi, kumpulan perubatan yang diketuai oleh Rufaidah telah menjalankan tugas dengan baik sehinggakan Rasulullah s.a.w mengurniakan sebahagian harta rampasan kepada mereka. 

Bahagian yang diterima oleh Rufaidah sama banyak jumlahnya dengan seorang mujahid yang turun berjihad di barisan depan di medan perang. 

Adakah pandangan anda terhadap kehebatan Rufaidah Binti Sa’ad ini?

Benarlah bahawa Rufaidah adalah seorang ’Ikon Peduli Ummah’ yang wajar diteladani kerana beliau adalah tokoh yang telah memenuhi objektif sabdaan Rasulullah yang bermaksud, ““Sebaik-baik manusia di antaramu adalah yang paling banyak manfaatnya bagi orang lain” (Hadith Riwayat Bukhari)

Peduli Ummah

Sekian kisah Rufaidah.



AINUL MARDIYAH KETUA BIDADARI SYURGA

Ainul Mardhiah merupakan seorang bidadari yang paling cantik dikalangan bidadari-bidadari yang lain .Suatu pagi (dalam bulan puasa) ketika nabi memberi targhib (berita-berita semangat di kalangan sahabat untuk berjihad pada agama Allah) katanya siapa-siapa
yang keluar di jalan Allah tiba-tiba ia shahid, maka dia akan dianugerahkan seorang bidadari yang paling cantik dikalangan bidadari2 syurga. Mendengar berita itu seorang sahabat yang usianya sangat muda teringin sangat nak tahu bagaimana cantiknya bidadari tersebut.... tetapi dia malu nak bertanyakan kepada nabi kerana malu pada sahabat-sahabat yang lain.
Namun dia tetap beri nama sebagai salah sorang yang akan keluar/pergi.Sebelum Zohor sunnah nabi akan tidur sebentar (dipanggil khailulah, maka sahabat yang muda tadi juga turut bersama jemaah tadi... tidur bersama-sama....
Dalam tidur tersebut dia bermimpi berada di satu tempat yang sungguh indah, dia bertemu dengan seorang yang berpakaian yang bersih lagi cantik dan muka yang
berseri2 lalu ditanyanya dimanakah dia... lalu lelaki itu menjawab inilah syurga. Lalu dia menyatakan hasrat untuk berjumpa dengan 'Ainul Mardhiah... lalu ditunjuknya di suatu arah maka berjalan dia... di suatu pepohon beliau mendapati ada seorang wanita yang tak pernah dia lihat kecantikan begitu... tak pernah dilihat didunia ini... lalu diberi salam dan dia bertanya andakah ainul mardhiah... wanita itu menjawab ehh tidakk... saya khadamnya ainul mardhiah
ada di dalam singgahsana sana.
Lalu dia berjalan dan memasuki satu mahligai yang cukup indah dan mendapati ada seorang lagi wanita yang kecantikannya berganda-ganda dari yang pertama tadi sedang mengelap permata-mata perhiasan di dalam mahligai.... lalu diberi salam dan di tanya lagi adakah dia ainul mardiah lalu wanita itu menjawab...eh tidakkk saya hanya khadamnya di dalam mahligai ini...
ainul mardiah ada di atas mahligai sana,..... lalu dinaikinya anak-anak tangga mahligai permata itu kecantikkannya sungguh mengkagumkan... lalu dia sampai ke satu mahligai dan mendapati seorang wanita yang berganda-ganda cantik dari yang pertama dan berganda-ganda catiknya dari yang kedua.... dan tak pernah dia lihat di dunia.... lalu wanita itu berkata...
akulah ainul mardhiah, aku diciptakan untk kamu dan kamu diciptakan untk aku.... bila lelaki itu
mendekatinya wanita itu menjawab... nantiii kamu belum syahid lagiiii......tersentak itu pemuda itu pun terjaga dari tidurnya lalu dia menceritakan segala-galanya kepada satu sahabat lain, namun begitu dia memesan agar jangan menceritakan cerita ini kepada nabi SAW... tapi sekiranya dia shahid barulah ceritakan kepada nabi.
Petang itu pemuda itu bersama-sama dengan jemaah yang terdapat Nabi di dalamnya telah keluar berperang lalu ditakdirkan pemuda tadi telah shahid. Petang tersebut ketika semua jemaah telah pulang ke masjid, di waktu hendak berbuka puasa maka mereka telah menunggu
makanan untuk berbuka (tunggu makanan adalah satu sunnah nabi). Maka kawan sahabat yang shahid tadi telah bangun dan merapati nabi SAW dan menceritakan perihal sahabat nabi yang sahaid tadi... dalam menceritakan itu nabi menjawab benar...benar...benar... dalam sepanjang cerita tersebut.
Akhirnya nabi SAW berkata memang benar cerita sahabat kamu tadi dan sekarang ini dia sedang menunggu untuk berbuka puasa di syurga....
waallahua'alam..Sekian sahaja kisah Ainul Mardiah.
Berjihad pada agama Allah merupakan satu amalan yang
menjadi kesukaan Allah swt dan ini merupakan sunnah
besar nabi SAW dan kalangan sahabat-sahabat. Setiap
manusia yang mati walaupun berapa umurnya maka akan
ditanya dimanakah masa mudanya dihabiskan.


Hayati Lagu ini kerana ia menceritakan tentang Ainul Mardiyah 





Dirimu pembakar semangat perwira
Rela berkorban demi agama
Kau jadi taruhan berjuta pemuda
Yang bakal dinobat sebagai syuhada'
Itulah janji pencipta yang Esa

Engkaulah bidadari dalam syurga
Bersemayam di mahligai bahgia
Anggun gayamu wahai seorang puteri
Indahnya wajah bermandi seri
Menjadi cermin tamsilan kendiri
Untuk melakar satu wacana
Buatmu bernama wanita

Ainul Mardhiah
Kau seharum kuntuman di taman syurga
Menanti hadirnya seorang lelaki
Untuk menjadi bukti cinta sejati

Oh Tuhan
Bisakah dicari di dunia ini
Seorang wanita bak bidadari
Menghulurkan cinta setulus kasih
Di hati lelaki bernama kasih

Lagu : Putra Aiman
Hijjaz Record Sdn. Bhd.
Lirik : ITO Lara
Gurindam Entertainment

ASIAH SI RATU SYAHADAH (PART AKHIR)

Kelebihan Asiah
Pertama, tidak ramai isteri yang mampu menanggung apa yang ditanggung oleh Asiah.
Kedua, Asiah Berjaya membuat kita bingung memikirkan bagaimana beliau boleh bertahan dengan suaminya, bukan manusia yang jahatnya biasa-biasa tetapi manusia ingkar yang mengaku dirinya Tuhan.
Ketiga, Asiah juga kita kagumi ini kerana bagaimana beliau boleh menundukkan nafsunya. Mana tidaknya, harta dan kemewahan di depan mata, yang diidam-idam oleh setiap wanita. Sudah tentu wanita yang cintakan dunia tertunduk dengan semua itu.
 
Keempat, dialah wanita paling bijaksana dan berpandangan jauh. Tidak membuat keputusan untuk melarikan diri daripada suaminya yang mengingkari Tuhan. Namun, memilih untuk bersabar. Beliau menunggu ganjaran Allah dan langsung tidak kisah dengan apa yang menimpa dirinya kerana keyakinannya yang begitu tinggi bahawa tiada sia-sia setiap ketetapan Allah itu walaupun derita yang diperolehnya setiap saat. Ganjaran dan tujuan hidupnya sangat jelas iaitu hidup dan mati kerana Allah.
Kelima, mulianya Asiah walaupun menyedari dirinya tinggal bersama suami yang hakikatnya sangat tidak layak dimiliki oleh mana-mana lelaki apatah lagi si Firaun, sedikitpun tidak gentar kerana Allah terpahat kukuh di hatinya. Bukan kerana nama Allah itu di hati semata tetapi keimanannya dan tiada rasa ragu sedikitpun di hati terhadap apa yang telah direncana oleh Tuhan. Itulah ketetapan Allah untuknya. Allah sahaja yang berhak ke atas diri dan kehidupannya.
Keenam, beliaulah salah seorang daripada empat wanita yang dijamin memasuki Syurga Allah.
Rasuluallah s.a.w bersabda:
“Ada empat wanita mulia yang juga penghulu segala wanita ,mereka itu ialah
Asiah Binti Muzahim (iateri firaun)
Maryam binti imran ( bonda isa)
Khadijah binti Khuwalid ( isteri rasuluallah) dan
Fatimah Binti Mohamad ( puteri kesayangan rasuluallah )
 
Asiah adalah simbol teladan bagi wanita beriman yang tetap mempertahankan keimananya kepada Allah, meskipun hidupnya sebumbung
bersama suaminya ,Firaun yang tidak beriman kepada Allah.
“Wahai Firaun, kau boleh seksa zahir aku, sedangkan batin aku tidak.
Engkau boleh potong badan aku, iman aku tidak.”
Ucapan penuh bernilai dari Asiah tatkala menerima siksaan dari Firaun
yang dilaknat…
Ketabahan Asiah memelihara syahadah mentauhidkan Allah SWT telah
diabadikan di dalam Al-Quran Al-Karim. Firman Allah SWT :
“Dan Allah membuat isteri Fir’aun perumpamaan bagi orang² yang
beriman, ketika ia berkata : “Ya Tuhanku, bangunkanlah untukku sebuah
rumah di sisi-Mu dalam Syurga dan selamatkanlah aku dari Fir’aun dan
perbuatannya dan selamatkanlah aku dari kaum yang zalim.” (At-
Tahrim : 11)
Begitulah keteguhan iman seorang srikandi Ummah. Namanya terus
terpahat di dalam sirah, sebagai qudwah hasanah kepada kita sebagai
umat-Nya. Keberaniannya menjaga aqidahnya seharusnya dicontohi oleh
kita semua, khususnya kepada kaum wanita dan umumnya buat kita
semua…
Semoga kita dikurniakan ketabahan hati seteguh Asiah, mujahidah
sejati…amin…


Hayati lagu ini kerana ia menceritakan kisah asiah.*



Engkaulah permaisuri di mahligai tirani
Teguh imanmu walau tersembunyi
Kasihmu kau buktikan sebagai isteri
Namun cintamu untuk Ilahi

Engkau masih isteri yang sejati
Ketika suami dimurka Allah
Istana bukan penjara nikmat yang alpa
Sinar imanmu tak kelam permata
Kau miliki jiwa hamba
Walau di sisimu singgahsana

Sejarah Asiah telah membuktikan
Iman bukanlah penjara di jiwa
Yang selamanya bersembunyi
Tapi kemerdekaan yang hakiki
Yang punya wajah dan jua rupa
Akhirnya imanmu bersuara
Lantas kau dipenjara dan diseksa
Oleh suamimu yang dihina

Di kejauhan istana keangkuhan
Menggamit mata sayunya di jiwa
Namun hatimu tak sudi ke sana 
Iman dan akidah lebih utama
Ratu syahadah lalu bermadah
Oh Tuhan binakan istana untukku
Walaupun di dunia ku diseksa
Namun tak terbayar nikmat di syurga

Oh Asiah kau merubah rencana
Bila tanganmu menyentuh bayi
Yang hanyut menongkah arus Sungai Nil
Lembutmu mematahkan keangkuhannya
Firaun merancang kau menghalangnya

Musa terbuang jadi terbilang

Ya Allah…Ya Allah…

Senilagu: Putra Aiman (Hijjaz Records Sdn. Bhd.)
Senikata : Pahrol Md. Juoi (Hijjaz Records Sdn. Bhd.)
Hakcipta : Hijjaz Records Sdn. Bhd.

ASIAH SI RATU SYAHADAH (PART 6)


Syahid Seorang Wanita

Selama 40 tahun, Asiah merahsiakan keimanannya daripada Firaun. Pada suatu ketika, Firaun membunuh Mashitah dan anaknya dengan memasukkan mereka ke dalam kawah yang menggelegak airnya. Mashitah adalah isteri kepada seorang pegawai yang begitu dipercayai oleh Firaun yang bernama Hazaqil. Namun begitu, Hazaqil sebelumnya telah dijatuhkan hukuman bunuh oleh Firaun sendiri setelah Hazaqil menyatakan keimanannya atas ajaran Nabi Musa.
Asiah sedaya upaya membela Mashitah di saat Mashitah dibunuh oleh Firaun sehingga akhirnya Firaun mengetahui perihal keimanan Asiah. Menyedari keimanan Asiah kepada Allah, Firaun lantas memerintahkan supaya beliau diseksa dengan segala bentuk seksaan. Namun begitu, Asiah tetap teguh dengan keimanannya.
Firaun yang terkenal dengan kezalimannya itu lalu memerintahkan supaya memaku tubuh Asiah dengan empat buah pasak yang diperbuat daripada besi. Sebagaimana yang dinyatakan dalam Al-Quran, Allah berkata, “Dan Firaun yang mempunyai pasak-pasak (paku-paku) yang sudah berbuat sesuka hati dalam negeri.” Surah Al-Fajr, ayat 10 hingga ayat 11.
Firaun menyeru Asiah supaya murtad, namun Asiah mengatakan yang Firaun hanya dapat menyeksa dirinya sahaja sedangkan dirinya berada dalam jagaan Allah. Biarpun tubuhnya diseksa, namun keimanannya tidak berkurang bahkan kecintaannya kepada Allah semakin bertambah dan mendalam. Asiah pada saat kematiannya berdoa, “Ya Allah, Ya Tuhanku, bangunkanlah untuk aku sebuah rumah di sisi-Mu di dalam syurga.”
Pada saat Asiah hampir dibunuh oleh Firaun, Allah Yang Maha Kuasa sudah pun membukakan hijab-Nya lalu Asiah dapat melihat rumahnya di syurga sebelum beliau dibunuh. Ternyata Asiah tergolong dalam orang yang beruntung sebagaimana janji Allah.

ASIAH SI RATU SYAHADAH (PART 5)



Tanda Kenabian

Pada suatu hari, Firaun mendukung Nabi Musa yang masih kanak-kanak. Tiba-tiba, janggutnya ditarik sehingga dia kesakitan. Lalu dia pun menyatakan kepada Asiah yang berkemungkinan kanak-kanak ini yang bakal menjatuhkan kekuasaannya. Asiah menyuruh Firaun supaya bersabar kerana menurutnya, Musa hanya kanak-kanak kecil yang belum berakal dan tidak tahu apa-apa pun. Firaun kemudiannya meminta Asiah membuktikan kata-katanya, lalu diletakkannya emas dan api di hadapan Nabi Musa. Dengan kuasa Allah, tangan Nabi Musa mencapai api. Firaun yang melihat kejadian itu berasa lega kerana pada hematnya, tidak mungkin kanak-kanak itu yang akan menggugat kekuasannya.
Sejak berusia tiga bulan hingga dewasa, Musa tinggal di istana itu sehinggakan orang memanggilnya dengan nama Musa bin Firaun. Nama Musa sendiri diberi oleh keluarga Firaun iaitu ‘Mu’ bermakna air dan ‘sa’ bermaksud pokok sempena tempat penemuannya di tepi Sungai Nil oleh Asiah.

ASIAH SI RATU SYAHADAH (PART 4)


Kasih Sayang Ibu

Selepas mendapat keizinan daripada Firaun bagi membela Nabi Musa, Asiah pun mendapatkan pengasuh. Namun begitu, tidak ada seorang pengasuh pun dapat mendodoikan dan mententeramkan Nabi Musa dengan baik, malah Nabi Musa tetap menangis tanpa henti dan tidak mahu disusukan.
Akhirnya, Yukabad sendiri tampil bagi memberikan susu kepadanya. Nabi Musa terus sahaja berhenti menangis apabila berada dalam pangkuan ibunya yang sebenar. Oleh itu, Yukabad diterima sebagai pengasuh bagi mengasuh dan membesarkan anaknya sendiri di istana Firaun.

ASIAH SI RATU SYAHADAH (PART 3)



Mendapat Putera Bakal Nabi

SUNGAI NIL

Suatu hari, Firaun bermimpi, Mesir ditimpa bencana kebakaran dan penduduknya mati melainkan bani Israel. Firaun memerintahkan ahli nujumnya supaya menafsirkan mimpi yang dialaminya itu. Mengikut firasat ahli nujum Firaun itu, kuasa negara yang diperintah oleh Firaun akan jatuh ke tangan seorang lelaki  daripada kalangan bani Israel. Menurut ahli nujum itu juga, seorang lelaki daripada bani Israel akan lahir dan lelaki itu akan menjatuhkan kekuasaan Firaun. Firaun berasa sangat takut dengan penafsiran mimpinya itu lantas dia memerintahkan kepada askar-asarnya supaya semua bayi lelaki yang baru lahir dibunuh hidup-hidup.  
Seorang ibu bernama Yukabad berasa gelisah kerana bimbang bayi lelakinya akan dibunuh oleh Firaun. Ibu yang bernama Yukabad ini adalah ibu kepada Nabi Musa. Kelahiran Nabi Musa dirahsiakan kerana beliau begitu bimbang dengan keselamatan Nabi Musa.
Askar-askar Firaun kemudiannya datang menggeledah rumah Yukabad. Nabi Musa diletakkan di dalam tempat pembakar roti bagi mengaburi pandangan mereka.
Ternyata Alah menyelamatkan Nabi Musa daripada terbakar. Namun, oleh sebab risau akan keselamatan anaknya, apabila Nabi Musa mencecah umur tiga bulan, Yukabad menghanyutkan bayinya ke Sungai Nil. Kakak Nabi Musa mengintip ke mana adiknya yang terapung di sungai itu dibawa arus. Kuasa Allah Yang Maha Agung, Nabi Musa yang dihanyutkan itu ditemui oleh Asiah ketika beliau sedang mandi.
Atas sifat keibuannya dan keinginannya untuk memiliki cahaya mata, Asiah membawa bayi itu pulang ke istana. Melihat isterinya membawa seorang bayi lelaki, Firaun dengan tidak teragak-agak menghunuskan pedang bagi membunuh Nabi Musa. Namun, Asiah meminta kepada Firaun supaya tidak membunuh bayi itu kerana dia ingin menjadikan bayi tersebut sebagai anak angkat kerana Asiah sendiri tidak mempunyai anak. Setelah mendengar permintaan daripada Asiah itu, Firaun menjadi tidak sampai hati untuk membunuhnya.

ASIAH SI RATU SYAHADAH (PART 2)



Menjaga Akidah dan Kehormatan Diri

Biarpun bergelar isteri kepada Firaun yang zalim, Asiah tidak gentar dalam melakukan ibadat kepada Allah. Tanpa pengetahuan Firaun, Asiah sentiasa beribadat dengan mengerjakan solat dan memohon pertolongan dari Allah. Beliau sentiasa berdoa supaya kehormatannya tidak disentuh oleh sesiapa termasuk suaminya sendiri.
Allah mendengar doa Asiah yang berada dalam cengkaman manusia yang zalim lalu Allah menciptakan iblis yang menyerupai Asiah. Iblislah yang menggantikan Asiah pada setiap malam dan ketika bergaul dengan Firaun. Oleh sebab itu, perkahwinan Firaun dan Asiah tidak dikurniakan dengan cahaya mata.

ASIAH SI RATU SYAHADAH (PART 1)


Di negeri Mesir pada suatu ketika dahulu, ada sebuah keluarga yang  terkenal sebagai keluarga yang baik-baik iaitu keluarga Imran. Keluarga Imran mempunyai seorang anak gadis yang bernama Asiah. Asiah adalah seorang yang warak dan taat kepada Allah. Selain mempunyai budi pekerti yang baik, Asiah juga memiliki rupa paras yang cantik. Tidak hairanlah sekiranya banyak lelaki yang jatuh hati kepadanya. Personaliti hebat beliau menjadi bualan orang pada ketika itu sehinggalah pada suatu hari, bualan ini juga sampai pada pengetahuan Firaun, raja Mesir yang zalim dan tidak berperikemanusiaan.
Perkhabaran menarik ini membuatkan Firaun mahu memperisterikan Asiah lantas Firaun mengutuskan seorang menterinya, Haman untuk merisik Asiah.
Walaupun keinginan itu disambut baik oleh kedua ibu bapa Asiah, namun Asiah menolak lamaran tersebut. Kenyataan bahawa Firaun mempunyai harta yang sangat banyak langsung tidak dipeduli oleh Asiah kerana beliau tahu, Firaun adalah raja yang angkuh dan zalim.
Penolakan lamaran itu sampai ke pengetahuan Firaun menyebabkan dia menjadi marah sehingga bertindak keras terhadap Asiah. Firaun kemudiannya menyampaikan surat perintah melalui utusannya untuk menangkap kedua-dua ibu bapa Asiah. Ibu bapa Asiah diseksa dan dirantai serta diperlakukan secara kasar dan dikurung dalam penjara. Betapa kejamnya Firaun!
Melihat kepada perlakuan zalim Firaun kepada kedua-dua ibu bapanya, Asiah tidak punyai pilihan lain. Beliau tidak rela melihat kedua ibu bapanya terus diseksa. Asiah terpaksa akur menerima pinangan Firaun tetapi dengan bersyarat iaitu kedua-dua ibu bapanya perlu dibebaskan seterusnya disediakan untuk mereka tempat tinggal yang lengkap dan selesa. Firaun juga diminta supaya memberikan jaminan bagi menjaga kesihatan ibu bapanya di samping makan dan minum mereka.
Selepas Firaun bersetuju dengan semua syarat yang dikehendaki Asiah, akhirnya mereka berkahwin.

Khamis, 16 Mei 2013

BAB WUDHUK


SOALAN 1 :BERWUDUK DALAM KEADAAN TELANJANG

    Soalan :
Apa hukum megambil wudhuk tanpa menutup aurat atau bertelanjang ?
Jawapan:
Sarjana fikah yang muktabar melarang perbuatan bertelanjang ketika mengambil wudhuk.Tetpi dibenarkan bertelanjang semasa mandi wajib.Bagaimanapun,wudhuk yang diambil dalam keadaan telanjang itu adalah sah.

SOALAN 2 : WUDHUK DALAM KEADAAN TANGAN BERSIMEN

Soalan:
Saya keliru dengan ambil air wudhuk dalam keadaan tangan bersimen.Adakah saye perlu berwudhuk seperti biasa(membasuh muka sehingga ke kaki) kemudian bertayamum semula?ataupun,saya perlu bertayamum pada tangan yang bersimen sahaja?
Jawapan:
Sekiranya simen ada pada tangan kanan ,mulakan dengan berwudhuk dahulu,laitu basuh muka.Kemudian,tayamun pada tangan kanan tangan kanan bersimen.Selepas tayamun,sambung semula wudhuk dengan membasuh tangan kiri .Kemudian,sapu kepala,telinga dan basuh kaki seperti biasa.
(rujukan kitab fiqh manhaji doktor mustaffa al-bugha)

SOALAN 3 :UKURAN MATA KAKI DALAM WUDHUK.


Soalan:
Apakah yang dimaksudkan dengan mata kaki dalam bab wudhuk?
Jawapan:
Mata kaki ialah buku lali laitu bulatan tulang yang timbul pada kedua belah kaki.Wajib membasuh dari hujung jari sampai melebihi kedua-dua buku lali itu ketika mengambil wudhuk.

SOALAN 4:MANDI WAJIB TANPA WUDHUK


Soalan :

Apakah sempurna mandi junub (wajib) tanpa berwudhuk.?
Jawapan:
Mandi bererti mengangkat hadas besar yang ada pada seseorang,sedangkan mengambil wudhuk bererti mengangkat hadas kecil.Sesiapa berhadas besar,maka wajib mandi hadas supaya hadas besar itu terangkat daripadanya dan sunat dia mengambil wudhuk.
Hukum mengambil wudhuk baginya tidak wajib kerana aoabila berniat mengangkat hadas besar ketika mandi itu,hadas kecilnya juga terangkat sama.
Hasilnya,seseorang yang melakukan mandi wajib tidak lagi perlu mengambil wudhuk bagi mengerjakan solat melainkan berlaku yang membatalkan wuduk selepas mandi itu.











BAB TAHARAH (BAHAGIAN 2)


SOALAN 9:MAKANAN DIMASUKI SEMUT

Soalan:Adakah benar kenyataan umum menyatakan makanan/minuman yang dimasuki semut boleh melemahkan minda orang yang makan?Adakah makanan dan minuman ini perlu dibuang?
Jawapan :Semut yang masuk ke dalam makanan itu perlu dibuang,dan makan itu boleh dimakan kerana yang dilarang adalah makan semut /serangga yang dianggap keji.Tidak dilarang makan makanan itu selepas semut itu dibuang.
SOALAN 10:MEMBERSIHKAN BARANG BUNDLE

Soalan:Bagaimana cara menyucikan pakaian atau barangan bundle yang dibeli kerana tidak mengetahui pemilik asalnya,sedangkan kebanyakannya dibawa dari luar negara?
JawapanSekiranya disyaki barang itu suci,maka sunat membasuh sekurang kurangnya sekali hingga bersih.Tapi sekiranya diyakini barang itu tidak suci,membasuhnya adalah wajib.
SOALAN 11:BANGKAI DALAM AIR

Soalan :Saya pernah bermain air banjir dan ternampak.bangkai anjing berhampiran tempat saya bermain itu.Adakah saya perlu menyamak badan saya?
Jawapan:Tidak wajib samak  sekiranya bangakai anjing itu tidak bersentuhan dengan anggota badan saudara.Melainkan sekiranya berada di dalam air sedikit seperti di dalam kolam yang kecil,wajib dibasuh.
SOALAN 12 :VETERINAR (PAKAR HAIWAN) MEMEGANG ANJING.

Soalan:Seseorang muslim bekerja sebagai veterinar.Ada pelanggan yang mahu anjingnya dirawat.Adakah boleh beliau memegang anjing dalam situasi ini?
JawapanSekiranya boleh dirawat dengan memakai sarung tangan,maka perlu memakai sarung tangan.Tetapi sekiranya,tidak boleh memakai sarung tangan,wajib membasuh tangan selepas merawat anjing itu dengan tujuh kali basuhan dan salah satu basuhan itu adalah dengan air tanah.
SOALAN 13 :MENTAYAMUNKAN MAYAT.

Soalan:Sekiranya tiada air bagi memandikan mayat,adakah boleh mentayamumkan mayat itu?
Jawapan :Sekiranya tidak ada air bagi memandikan mayat,wajib tayamumkan mayat itu sebagai ganti kepada mandi.Demikian juga boleh tayamumkan mayat atas sebab keadaan mayat tidak boleh dimandikan seperti mayat yang terbakar ataupun seumpamanya.Sekiranya dimandikan,boleh menyebabkan tercabut daging ataupun kulitnya.














BAB TAHARAH (BAHAGIAN 1)



SOALAN 1 :MINYAK WANGI TANPA ALKOHOL
Soalan : 
Seorang menyapu minyak wangi tanpa alkohol pada tangan,kemudian mengambil air sembahyang.Apakah solatnya sah sedangkan baunya masih ada pada tangan ?
Jawapan : Sekiranya wangian itu adalah jenis yang tidak menghalang air sampai ke anggota wuduk,wuduknya sah.Dia tidak perlu membasuh kesan wangian itu dahulu sebelum mengambil wuduk.
Tetapi sekiranya wangian itu jenis berminyak disapu pada anggota wudhuk seperti pada tangan,maka ia perlu perlu dibersihkan dahulu sebelum mengambil wudhuk.
Sekiranya wangian itu bukan oada bahagian anggota wudhuk seperti pada leher,maka tidak mengapa mengambil wudhuk tanpan membersihkannya terlebih dahulu.
SOALAN 2 : PENGGUNAAN BOTOL ARAK.
Soalan :
Apakah boleh saya menggunakan botol arak bagi mengisi air minuman seperti air mineral untuk saya minum?
Jawapan :
Harus menggunakan botol arak bagi mengisi air /bahan lain dengan syarat botol itu dibasuh terlebih dahulu sehingga bersih.Manakala,label arak yang ada pada botol itu perlu dibuang atau ditutup supaya perkara yang diharamkan oleh agama tidak tersebar,
SOALAN 3 :SAMAK JAKET KULIT KHINZIR
Soalan :
Saya tinggal di luar negara.Suatu hari,saya tersentuh jaket kulit kawan saya yang diperbuat daripada kulit khinzir.Saya sudah samak tangan saya,tetapi apakah perlu saya menyamak baju kerana tersentuh jaket itu?
Jawapan:
Sekiranya jaket itu dan tangan saudara kering,tangan dan baju2 saudara itu tidak wajib dibasuh atau disamak.Tetapi,sekiranya jaket itu atau tangan saudara basah,wajib basuh tangan saudara kerana melekat najis dari jaket itu ke tangan saudara.
Caranya,basuh tangan dengan air tanah yang keruh kemudian bikas dengan air bersih sebanyak enam kali.
SOALAN 4 :BAWA LORI NAJIS
Soalan : Saya pernah mendengar pendapat menyatakan perbuatan ornag islam yang bawa lori najis adalah haram kerana membawa najis.Apakah pandangan ini berasas?
Jawapan :
Tidak haram membawa lori najis sebab bukan kita sengaja lumurkan najis itu pada badan.Pandagan ini tidak ada asasnya dalam agama islam.
SOALAN 5 :KASUT BERKULIT BABI
Soalan:
Seorang rakan  saya memakai kasut yang diperbuat daripada kulit babi.Adakah dia perlu menyamak kakinya?
Jawapan:
Sekiranya krtika menyentuh kulit kasut itu,tangan dan kasut itu kering,maka tidak wajib basuh kerana najis tidak berpindah ke tangan.Tetapi,sekiranya salah satu sama ada tangah ataupun kasut itu basah,wajib samak dengan membasuh tangan tujuh kali dan salah satu daripada tujuh kali itu dibasuh dengan air tanah.

SOALAN 6 : KEMEJA SUTERA CAMPURAN 


Soalan :
Kebanyakan kemeja batik sutera campuran yang dijual di terengganu mengandungi kira-kira 30 % sutera,Adakah harus ini dipakai oleh lelaki?
Jawapan:
Menurut pendapat yang muktamad dalam mazhab syafie,lelaki boleh memakai kain yang ditenun daripada benang sutera dan benang bukan sutera seperti benang kapas dengan syarat kandungan benang suter itu kurang daripada kandungan benang lain,
Ini juga pendapat sarjana fikah mazhab hambali.
SOALAN 7 :SAMAK KERETA TERKENA ANJING

Soalan:
Saya bekerja dengan majikan islam tetapi pejabatnya terletak berhampiran kedai pengusaha cina yang memelihara anjing.Setiap hari,kereta saya bersentuhan dengan anjing,malah anjing itu juga pernah tidur di bawah kereta saya.Apakah saya perlu samak kereta saya?Jika perlu,bagaimana caranya?
Jawapan :
Dalam keadaan seperti yang saudara ceritakan,tidak wajib membasuh kereta saudara sama ada di bahagian atas ataupun bhagian bawah kereta kecuali saudari nampak najis anjing itu pada kereta saudara.
Sekiranya memang ada najis anjing terkena pada pintu kereta,buang najis itu terlebih dahulu.Kemudian basuh tempat yang kena najis itu dengan air tanah dan dibasuh pula selepas itu dengan enam kali basuhan air bersih.
SOALAN 8 :ADAB MASUK TANDAS

Soalan :
Adakah perlu menutup kepala ketika ingin masuk ke dalam tandas membuang air besar darn kecil?
Jawapan :
Antara adab masuk ke tandas adalah menutup kepala sebagaimana yang disebut dalam kitan2 karangan sarjana islam.Oleh itu,sekiranya seseorang memasuki tandas tanpa menutup kepala,hukumnya tidak haram.Tetapi ia menyalahi adab yang baik.
                                                                                           (Rujukan Kitab SabilalMuhtadiin)









Selasa, 14 Mei 2013

ASMA' ABU BAKAR (PART 6)


Itulah Asma' binti Abu Bakar r.a. seorang tokoh sahabiah yang sangat berani. Berani berkata hak di hadapan seorang penguasa walaupun terasa pahit. Asma' pernah menemui Hajjaj dalam keadaan buta. Asma' bertanya, "Di mana Hajjaj?" Mereka menjawab, "Hajjaj tiada di sini." Asma' berkata, "Katakanlah kepadanya bahawa aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda, "Ada dua orang laki-laki dari Thaif: Seorang adalah pendusta dan seorang lagi adalah perosak." Ketika pesanan itu disampaikan kepada Hajjaj, Hajjaj pergi mengunjungi Asma' binti Abu Bakar r.a. dan berkata kepadanya, "Puteramu telah menumpang di rumah ini dan Allah telah membuatnya merasakan siksaan yang pedih." Asma' menjawab, "Engkau berdusta. Dia berbakti kepada kedua orang tuanya, berpuasa dan solat, tetapi demi Allah, Rasulullah s.a.w memberitahu kami bahwa seorang pendusta akan muncul dari Thaqif, yang satu lebih buruk dari yang pertama, iaitu ia seorang perosak." Begitulah beraninya Asma' ini.

Sebelum kewafatannya, Asma' binti Abu Bakar r.a. mewasiatkan "Jika aku meninggal dunia kelak, mandikanlah dan kafankanlah aku, serta wangikanlah aku, tetapi jangan tinggalkan wangian di kain kafanku dan jangan bawa bersamaku api." Asma' binti Abu Bakar ra. meninggal dunia beberapa malam setelah puteranya Abdullah bin Zubair diturunkan dari salib. Abdullah bin Zubair telah terbunuh pada hari Selasa, 17 Jamadil-Awal tahun 73 Hijrah.

Semoga Allah s.w.t mengurniakan secebis sifat keberanian, kezuhudan, ketaqwaan Asma binti Abu Bakar ini kepada kita juga.

Kisah yang sarat pengajaran, nasihat dan tauladan dipetik dari blog rakan seusaha saudara


ASMA' ABU BAKAR (PART 5)


Ketika usianya semakin tua, Allah telah memberinya ujian, iaitu kedua belah matanya telah menjadi buta. Kezuhudan dan kecintaannya kepada akhirat telah banyak menjauhkan dirinya dari tipu daya duniawi. Pernah pada suatu ketika, puteranya iaitu Mundzir bin Zubair telah datang dari lraq. Dan beliau mengirim kepada Asma' binti Abu Bakar r.a. sehelai baju yang diperbuat daripada kain halus yang sangat lembut. Ketika baju itu sampai kepada ibunya, Asma' menyentuh kain itu dengan tangannya, lalu ia berkata, "Hussh kembalikan pakaian ini kepadanya semula!" Ternyata Asma' sangat gusar dengan hadiah tersebut. Melihat hal ini Mundzir berkata, "Wahai lbu, (baju) ini tidak tembus pandangan!" Asma' menjawab, "Jika tidak tembus pandangan, ia tembus cahaya." Disebabkan keenganan ibunya untuk menerima baju dari kain halus tersebut maka Mundzir telah memberikan kepada Asma' sebuah pakaian biasa dan Asma' pun menerimanya. Asma' berkata, "Aku akan memakai pakaian (biasa) seperti ini."

Pada suatu ketika, pada zaman pemerintahan Bani Umayyah, ketika Asma' telah berusia seratus tahun dan matanya telah menjadi buta, datanglah Abdullah bin Zubair menemui ibunya Asma'. Abdullah berkata, "Wahai ibuku! Orang-orang telah mengecewakanku. Aku tidak mempunyai pengikut, kecuali beberapa orang sahaja." Menanggapi kesedihan anaknya ini, lalu Asma' memberikan nasihat dan kata perangsang untuk membangkitkan semangat anaknya, Asma' berkata:

"Wahai anakku, engkau tentu lebih tahu tentang dirimu sendiri. jika engkau yakin yang engkau di atas kebenaran dan kepada kebenaran engkau menyeru manusia, maka teruskanlah! Sahabat-sahabatmu juga telah terbunuh di atas jalan kebenaran ini, jangan engkau jadikan batang lehermu dipermainkan oleh anak-anak bani Umayyah.

Tetapi, jika engkau hanya menginginkan dunia semata, maka engkaulah seburuk-buruk hamba! Engkau telah membinasakan dirimu sendiri, dan engkau telah membinasakan orang-orang yang telah terbunuh bersama-samamu.

Dan jika engkau berada di atas kebenaran, lalu sahabat-sahabatmu menghadapi kesulitan, apakah engkau mesti menjadi lemah? Demi Allah, ini bukanlah sikap orang-orang yang merdeka dan bukan pula sikap ahli agama. Berapa lama engkau akan tinggal di dunia ini? Adapun mati itu adalah lebih baik!"