Khamis, 2 Mei 2013

RABIATUL ADAWIYAH PENCINTA ILAHI.(PART 3/AKHIR )


Seperkara menarik tentang diri Rabi'ah ialah dia menolak lamaran untuk berkahwin dengan alasan:

"Perkahwinan itu memang perlu bagi sesiapa yang mempunyai pilihan.Adapun aku tiada mempunyai pilihan untuk diriku. Aku adalah milik Tuhanku dan di bawah perintah-Nya. Aku tidak mempunyai apa-apa pun."


Rabiatul Adawiyah  seolah-olah tidak mengenali yang lain daripada Allah. Oleh itu dia terus-menerus mencintai Allah semata-mata. Dia tidak mempunyai tujuan lain kecuali untuk mencapai keredaan Allah. Rabi'ah telahmempertalikan akalnya, pemikirannya dan perasaannya hanya kepada akhirat semata-mata. Dia sentiasa meletakkan kain kapannya dihadapannya dan sentiasa membelek-beleknya setiap hari (Masya Allah)


Selama 30 tahun dia terus-menerus mengulangi kata-kata ini dalam sembahyangnya:

"Ya Tuhanku! Tenggelamkanlah aku di dalam kecintaan-Mu supaya tiada suatupun yang dapat memalingkan aku daripada-Mu."
•Antara syairnya yang masyhur berbunyi:

"Kekasihku tiada menyamai kekasih lain biar bagaimanapun, Tiada selain Dia di dalam hatiku mempunyai tempat manapun, Kekasihku ghaib daripada penglihatanku dan peribadiku sekalipun, Akan tetapi Dia tidak pernah ghaib di dalam hatiku walau sedetik pun."



Rabiatul  telah membentuk satu cara yang luar biasa di dalam mencintai Allah.Dia menjadikan kecintaan pada Ilahi itu sebagai satu cara untuk membersihkan hati dan jiwa.Dia memulakan fahaman dengan menanamkan rasa takut kepada kemurkaan Allah seperti yang pernah diluahkannya ..

"Wahai Tuhanku! Apakah Engkau akan membakar dengan api hati yangmencintai-Mu dan lisan yang menyebut-Mu dan hamba yang takutkepada-Mu?"

Kecintaan Rabi'ah kepada Allah berjaya melepasi pengharapan untuk beroleh syurga Allah semata-mata.

"Jika aku menyembah-Mu kerana takut daripada api neraka-Mu maka bakarlah aku di dalamnya! Dan jika aku menyembah-Mu kerana tamak kepada syurga-Mu maka haramkanlah aku daripadanya! Tetapi jika aku menyembah-Mu kerana kecintaanku kepada-Mu maka berikanlah aku balasan yang besar, berilah aku melihat wajah-Mu yang Maha Besar dan MahaMulia itu."


Begitulah keadaan kehidupan Rabiatul Adawiyah yang ditakdirkan Allah untuk diuji dengan keimanan serta kecintaan kepada-Nya. Rabiatul Adawiyah  meninggal duniapada 135 Hijrah iaitu ketika usianya menjangkau 80 tahun.

Moga-moga Allah meredainya dan membimbing kita untuk mencari cinta ILAHI, amin!







Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Asaalamualaikum...
jangan lupa tinggalkan komen anda yerp:)