Pertama, tidak ramai isteri yang mampu menanggung apa yang ditanggung oleh Asiah.
Kedua, Asiah Berjaya membuat kita bingung memikirkan bagaimana beliau boleh bertahan dengan suaminya, bukan manusia yang jahatnya biasa-biasa tetapi manusia ingkar yang mengaku dirinya Tuhan.
Ketiga, Asiah juga kita kagumi ini kerana bagaimana beliau boleh menundukkan nafsunya. Mana tidaknya, harta dan kemewahan di depan mata, yang diidam-idam oleh setiap wanita. Sudah tentu wanita yang cintakan dunia tertunduk dengan semua itu.
Keempat, dialah wanita paling bijaksana dan berpandangan jauh. Tidak membuat keputusan untuk melarikan diri daripada suaminya yang mengingkari Tuhan. Namun, memilih untuk bersabar. Beliau menunggu ganjaran Allah dan langsung tidak kisah dengan apa yang menimpa dirinya kerana keyakinannya yang begitu tinggi bahawa tiada sia-sia setiap ketetapan Allah itu walaupun derita yang diperolehnya setiap saat. Ganjaran dan tujuan hidupnya sangat jelas iaitu hidup dan mati kerana Allah.
Kelima, mulianya Asiah walaupun menyedari dirinya tinggal bersama suami yang hakikatnya sangat tidak layak dimiliki oleh mana-mana lelaki apatah lagi si Firaun, sedikitpun tidak gentar kerana Allah terpahat kukuh di hatinya. Bukan kerana nama Allah itu di hati semata tetapi keimanannya dan tiada rasa ragu sedikitpun di hati terhadap apa yang telah direncana oleh Tuhan. Itulah ketetapan Allah untuknya. Allah sahaja yang berhak ke atas diri dan kehidupannya.
Keenam, beliaulah salah seorang daripada empat wanita yang dijamin memasuki Syurga Allah.
Rasuluallah s.a.w bersabda:
“Ada empat wanita mulia yang juga penghulu segala wanita ,mereka itu ialah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Asaalamualaikum...
jangan lupa tinggalkan komen anda yerp:)