Selasa, 14 Mei 2013

ASMA' ABU BAKAR (PART 6)


Itulah Asma' binti Abu Bakar r.a. seorang tokoh sahabiah yang sangat berani. Berani berkata hak di hadapan seorang penguasa walaupun terasa pahit. Asma' pernah menemui Hajjaj dalam keadaan buta. Asma' bertanya, "Di mana Hajjaj?" Mereka menjawab, "Hajjaj tiada di sini." Asma' berkata, "Katakanlah kepadanya bahawa aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda, "Ada dua orang laki-laki dari Thaif: Seorang adalah pendusta dan seorang lagi adalah perosak." Ketika pesanan itu disampaikan kepada Hajjaj, Hajjaj pergi mengunjungi Asma' binti Abu Bakar r.a. dan berkata kepadanya, "Puteramu telah menumpang di rumah ini dan Allah telah membuatnya merasakan siksaan yang pedih." Asma' menjawab, "Engkau berdusta. Dia berbakti kepada kedua orang tuanya, berpuasa dan solat, tetapi demi Allah, Rasulullah s.a.w memberitahu kami bahwa seorang pendusta akan muncul dari Thaqif, yang satu lebih buruk dari yang pertama, iaitu ia seorang perosak." Begitulah beraninya Asma' ini.

Sebelum kewafatannya, Asma' binti Abu Bakar r.a. mewasiatkan "Jika aku meninggal dunia kelak, mandikanlah dan kafankanlah aku, serta wangikanlah aku, tetapi jangan tinggalkan wangian di kain kafanku dan jangan bawa bersamaku api." Asma' binti Abu Bakar ra. meninggal dunia beberapa malam setelah puteranya Abdullah bin Zubair diturunkan dari salib. Abdullah bin Zubair telah terbunuh pada hari Selasa, 17 Jamadil-Awal tahun 73 Hijrah.

Semoga Allah s.w.t mengurniakan secebis sifat keberanian, kezuhudan, ketaqwaan Asma binti Abu Bakar ini kepada kita juga.

Kisah yang sarat pengajaran, nasihat dan tauladan dipetik dari blog rakan seusaha saudara


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Asaalamualaikum...
jangan lupa tinggalkan komen anda yerp:)