Jumaat, 10 Mei 2013

UMAR AL-KHATTAB SINGA ALLAH (PART 3)


KISAH UMAR MEMBUNUH ANAK PEREMPUANNYA.
Rasanya semua mengetahui bahawa Umar pernah menanam anak perempuannya hidup2 setelah dicabar oleh Abu Lahab kerana masyarakat jahilian waktu itu akan menanam anak perempuan hidup-hidup.. Umar mengheret anak perempuannya yang baru pandai berjalan yang satu kawasan yang jauh dari rumahnya. Ketika beliau menggali lubang, debu2 pasir terkena jubah. Anaknya datang lalu menyapu debu2 yang terkena pada baju ayahnya. Apabila lubang siap digali, Umar al-Khattab berehat sebentar melepaskan penat. Anaknya datang lalu menyapu pasir2 halus yang melekat pada janggut ayahnya. Memang ketika itu ada kasihan di hatinya, namun kerana EGO dan KEJAHILAN lebih menguasai fikiran warasnya, dia meneruskan jua niatnya untuk menanam anaknya hidup2. Diangkatnya anak perempuannya, dihumban ke dalam lubang, lalu ditimbus dengan pasir. Satu saat selepas memeluk Islam, Umar pernah menangis kerana menyesali tindakannya itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Asaalamualaikum...
jangan lupa tinggalkan komen anda yerp:)