Isnin, 20 Mei 2013

ASIAH SI RATU SYAHADAH (PART 1)


Di negeri Mesir pada suatu ketika dahulu, ada sebuah keluarga yang  terkenal sebagai keluarga yang baik-baik iaitu keluarga Imran. Keluarga Imran mempunyai seorang anak gadis yang bernama Asiah. Asiah adalah seorang yang warak dan taat kepada Allah. Selain mempunyai budi pekerti yang baik, Asiah juga memiliki rupa paras yang cantik. Tidak hairanlah sekiranya banyak lelaki yang jatuh hati kepadanya. Personaliti hebat beliau menjadi bualan orang pada ketika itu sehinggalah pada suatu hari, bualan ini juga sampai pada pengetahuan Firaun, raja Mesir yang zalim dan tidak berperikemanusiaan.
Perkhabaran menarik ini membuatkan Firaun mahu memperisterikan Asiah lantas Firaun mengutuskan seorang menterinya, Haman untuk merisik Asiah.
Walaupun keinginan itu disambut baik oleh kedua ibu bapa Asiah, namun Asiah menolak lamaran tersebut. Kenyataan bahawa Firaun mempunyai harta yang sangat banyak langsung tidak dipeduli oleh Asiah kerana beliau tahu, Firaun adalah raja yang angkuh dan zalim.
Penolakan lamaran itu sampai ke pengetahuan Firaun menyebabkan dia menjadi marah sehingga bertindak keras terhadap Asiah. Firaun kemudiannya menyampaikan surat perintah melalui utusannya untuk menangkap kedua-dua ibu bapa Asiah. Ibu bapa Asiah diseksa dan dirantai serta diperlakukan secara kasar dan dikurung dalam penjara. Betapa kejamnya Firaun!
Melihat kepada perlakuan zalim Firaun kepada kedua-dua ibu bapanya, Asiah tidak punyai pilihan lain. Beliau tidak rela melihat kedua ibu bapanya terus diseksa. Asiah terpaksa akur menerima pinangan Firaun tetapi dengan bersyarat iaitu kedua-dua ibu bapanya perlu dibebaskan seterusnya disediakan untuk mereka tempat tinggal yang lengkap dan selesa. Firaun juga diminta supaya memberikan jaminan bagi menjaga kesihatan ibu bapanya di samping makan dan minum mereka.
Selepas Firaun bersetuju dengan semua syarat yang dikehendaki Asiah, akhirnya mereka berkahwin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Asaalamualaikum...
jangan lupa tinggalkan komen anda yerp:)