Isnin, 18 Jun 2012

♥10 Tips Menjadi Suami Soleh ♥



    1. Mengambil tanggungjawab 100% memenuhi segala tuntutan nafkah zahir dan batin isteri.
    2. Memimpin dan menyelesaikan segala konflik yang timbul dengan membuat keputusan berdasarkan akal logik dan rasional. Bukan ikut perasaan. Yang ikut perasaan biasanya si isteri.
    3. Tidak menyakiti hati isteri. Wanita mempunyai hati yang sensitif dan mudah terasa serta merajuk. Oleh itu, kalian jagalah hati isteri kalian. Jangan berkasar atau ‘naik tangan’ dengan dia. ‘A big no-no’ ye kalau main ‘naik tangan’ ni.
    4. Membimbing dan mendidik isteri dengan penuh kesabaran.
    5. Sentiasa berdoa kepada Tuhan agar isteri kalian tu menjadi seorang isteri yang solehah dan mempunyai iman yang teguh. Begitu juga untuk diri kalian sendiri.
    6. Tingkatkan ilmu keagamaan dengan cara rajin-rajinkan diri ke surau atau masjid untuk mendengar ceramah dan tazkirah. Setelah pulang ke rumah, kalian sampaikan lah pula ilmu-ilmu tersebut kepada isteri kalian selepas kalian berdua selesai solat berjemaah.
    7. Banyakkan membaca Al-Quran dan buku-buku agama.
    8. Kerapkan untuk bersolat berjemaah bersama isteri di rumah.
    9. Jangan sesekali memarahi isteri kalian di hadapan khalayak ramai. Kalian akan menjatuhkan maruahnya. Menjaga maruah isteri merupakan salah-satu tanggungjawab terbesar kalian ya sebagai suami.
    10. Suami menjadi tempat rujukan buat isteri tak kira soal-soal berkaitan dunia mahupun akhirat. Lengkapkan diri dengan seberapa banyak ilmu yang mungkin.

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan

    Asaalamualaikum...
    jangan lupa tinggalkan komen anda yerp:)