Rabu, 20 Jun 2012

♥ Beruntunglah Diciptakan Sebagai Wanita Islam♥


Nafsu mengatakan wanita cantik atas dasar rupanya, akal mengatakan wanita Cantik atas dasar ilmu dan kepandaiannya, dan hati mengatakan wanita cantik atas dasar akhlaknya


Bagi wanita bacalah dan lihatlah sendiri di mana Allah tempatkan darjat anda sebagai hamba yang disayangi. Janganlah kita salah gunakan!

Ingatlah akan kebesaran Tuhan, Allah itu Maha Adil. Jadi sayangilah mereka seadanya, ingatilah dan ingatkan mereka, nasihatilah mereka, kasihanilah, janganlah kita tempatkan mereka (lelaki) di tempat yang dimurkai Allah (bukan semua lelaki yang tidak bertanggungjawab)

Kaum wanita ingatlah dalam diri anda dikurniakan dengan 1 akal dan 9 nafsu yang boleh dijadikan anda lupa diri, riak, dengki, hilang sabar, marah, malas, hati kurang bersih, mengumpat, mudah terpengaruh dan sebagainya.

Saya kongsikan sedikat perihal berkaitan dengan keistimewaan wanita diciptakan 9 nafsu 1 akal.

Fungsi akal ialah memberi pertimbangan, pendapat atau memilih sesuatu. Biasanya akal menjadi lemah atau hilang pertimbangan jika menghadapi tekanan perasaan.


Di sini wanita lebih banyak menggunakan perasaan dan emosinya berbanding lelaki. Manakala lelaki banyak menggunakan akal daripada perasaan. Ini semua kerana fitrah, wanita diberi tugas biologi yang berbeza seperti mengandungi, menyusui, memelihara anak dan tugas-tugas lain yang lebih memerlukan emosi dan perasaan.

Perasaan dan emosi mempunyai nilai yang tinggi dan amat diperlukan sekali untuk mewujudkan kasih sayang sedangkan akal mengalahkan perasaan dan kasih sayang. Selalunya apabila seorang bapa memarahi dan memukul anaknya, si ibulah yang menenangkan kembali si anak dengan belaian kasih sayang.

Kekurangan akal bagi wanita bukanlah ianya tercela kerana kekurangan ini memang fitrah Ilahi, malah ia adalah kelebihan wanita dan yang patut di banggakan oleh wanita dengan fitrah femininnya.

Wanita juga kurang agamanya yang Allah melonggarkan hak kewajipan agama keatasnya misalnya wanita tidak perlu solat dan puasa semasa haidh dan nifas tidak wajib Juma’at dan berjama’ah di masjid dan tidak wajib ke medan jihad.

Kekurangan kewajipan agama bagi wanita bukanlah bererti wanita kurang pahala atau merendahkan taraf wanita. Masing-masing mendapat ganjaran pahala sesuai dengan tugas dan fitrah kejadian mereka.

Firman Allah: Bagi lelaki ada bahagian dari apa yang mereka usahakan; dan bagi wanita ada bahagian drpada apa yang mereka usahakan. (maksud: an Nisaa’:32)

Walau sealim mana kita, janganlah kita busuk hati. Jagalah nama sesama keluarga, sesama insan kerana tiada yang sempurna dalam dunia ini melainkan Allah s.w.t.

Bagi kita semua (lelaki dan perempuan) boleh melindungi sesama sendiri. Jadi fikirkanlah apa yang patut kita capai dan apa yang patut kita tinggalkan.

Insyallah masa itu akan mengubah segalanya, baik lambat atau cepat sentiasa ingat kepada Allah s.w.t.

Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yang akan ditarik masuk ke dalam neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka yang tidak memberikan hak kepada wanita.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Asaalamualaikum...
jangan lupa tinggalkan komen anda yerp:)