Khamis, 14 Jun 2012

♥ Ayam Masak Lemak Daun Kunyit ♥

Bahan-bahannya

Ayam seekor di potong ikut selera
- 5 ulas bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- Cili Api kampung 20 biji
- Sedikit halia
- Sedikit lengkuas
- dua biji tomato dibelah empat
- Sedikit kunyit serbuk
- Sehelai daun kunyit disimpul
- Santan RM1.00 bahagikan dua

Caranya 

 Kisarkan cili, bawang, halia, kunyit, dan lengkuas. Kemudian masukkan kedalam periuk. Masukkan ayam dan jerang diatas api yang sederhana.
Agak2 isi ayam dah memutih sedikit masukkan satu bahagian santan dan campur semangkuk air sejuk dan serbuk kunyit kacau hingga sebati dan biar dia menggelegak seketika.
Kemudian masukkan daun kunyit yang disimpul tadi dan buah tomato. Kacau biar sebati masukkan satu bahagian santan lagi.
Bila menggelegak masukkan garam, ajinomoto dan bolehlah padam api.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Asaalamualaikum...
jangan lupa tinggalkan komen anda yerp:)