Khamis, 14 Jun 2012

♥ Ayam Bakar Ala Bbq ♥

Bahan-Bahan:
  • 1 kg ayam (dipotong 16 bahagian)
  • 500 gm bawang merah
  • 49 gm kunyit basah
  • 40 gm halia
  • 4 batang serai
  • 30 gm bawang putih 3 sudu kecil madu lebah
  • 3 sudu kecil jintan putih
  • 3 sudu jintan manis
  • Sedikit minyak jagung
  • 3 sudu serbuk kunyit
  • Garam secukup rasa

Cara:
Ayam dipotong 16, dibasuh serta tuskan airnya. Masukkan bawang merah, kunyit basah, halia, serai, bawang putih, jintan manis dan jintan putih, cili yang telah dikisar halus, serbuk kunyit, madu dan garam.

Gaul sehingga ia sebati. Tuangkan sedikit minyak jagung, kemudian peramkan bahan-bahan tadi selama satu jam.

Selepas itu, bolehlah dibakar di atas pembakar sehingga ia masak. Hidangkan panas-panas dengan sos cili dan sebagainya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Asaalamualaikum...
jangan lupa tinggalkan komen anda yerp:)