* Allahuakbar.Sungguh hebat bukan,kisah 7 pemuda ini.Tak terbayangkan oleh kita bagaimana ditidurkan selama 309 tahun.Namun,itu semua boleh berlaku dengan kehendak ALLAH.Kun Fayakun (Jika Allah berkata jadi,maka jadilah ia.).Allah menunjukkan kekuasaanNYA dengan pelbagai cara yang tak kan mampu terjangkau dek akal dangkal lemah kita sebagai manusia.Sekian.
Khamis, 23 Mei 2013
ASHABUL KAHFI (PART 6/AKHIR)
ASHABUL KAHFI (PART 5)
ASHABUL KAHFI (PART 4)
ASHABUL KAHFI (PART 3)
ASHABUL KAHFI (PART2)
ASHABUL KAHFI (PART 1)
Rabu, 22 Mei 2013
AMINAH BINTI WAHAB IBU KEKASIH ALLAH (PART 3/AKHIR)
AMINAH BINTI WAHAB IBU KEKASIH ALLAH (PART 2)
AMINAH BINTI WAHAB IBU KEKASIH ALLAH (PART 1)
Seorang wanita berhati mulia, pemimpin para ibu. Seorang ibu yang telah dianugerahkan anak tunggal yang mulia pembawa risalah yang lurus dan kekal, rasul yang bijak pembawa hidayah. Dialah Aminah binti Wahab. Ibu dari Muhammad bin Abdullah yang diutus Allah sebagai rahmat seluruh alam. Cukuplah baginya kemuliaan dan kebanggaan yang tidak dapat dimungkiri, bahawa Allah azza wa jalla memilihnya sebagai ibu seorang rasul mulia dan nabi yang terakhir.
Selasa, 21 Mei 2013
SITI MUTI'AH WANITA PERTAMA MENGHUNI SYURGA.(PART 2/AKHIR)
SITI MUTI'AH WANITA PERTAMA MENGHUNI SYURGA(PART 1)
Isnin, 20 Mei 2013
NUSAIBAH BINTI KA'AB PEJUANG PERANG.(PART 2/akhir)
Nusaibah di Perang Yamamah
*Sekian kisah nusaibah.Kuat dan tabah kan Nusaibah ni?Jom ikut beliau..
NUSAIBAH BINTI KA'AB PEJUANG PERANG.(PART 1)
Nusaibah di Perang Uhud
KABSYAH BINTI RAFI : KESYAHIDAN PUTERANYA MENGGONCANG ARASY ALLAH.(PART 5/akhir)
Menghadap Sang Khalik
Setelah menempuh perjalan dan perjuangan yang panjang, Ummu Sa’ad akhirnya menyusul kedua putEranya, menemui Sang Khalik. Semoga Allah meredhainya..
Semoga Allah SWT mengumpulkan mereka di syurga Firdaus.
Tak inginkah kita berkumpul kembali di jannah dengan keluarga yang kita cintai ?
*tepuk dada tanya iman.Sekian.
KABSYAH BINTI RAFI : KESYAHIDAN PUTERANYA MENGGONCANG ARASY ALLAH.(PART 4)
Setiap perempuan berdusta dengan tangisnya, kecuali Ummu Sa'ad
"Arasy Allah yang Maha Pengasih bergoncang kerana kematian Sa'ad bin Mu'adz."
KABSYAH BINTI RAFI : KESYAHIDAN PUTERANYA MENGGONCANG ARASY ALLAH.(PART 3)
Peranan Kabsyah dalam Perang Badar
\Ummu Sa'ad / Kabsyah binti Rafi 'dalam Perang Khandak
KABSYAH BINTI RAFI : KESYAHIDAN PUTERANYA MENGGONCANG ARASY ALLAH.(PART 2)
Harapan mulia
KABSYAH BINTI RAFI : KESYAHIDAN PUTERANYA MENGGONCANG ARASY ALLAH.(PART 1)
Shahabiyah yang akan kita ikuti kisahnya kali ini, adalah seorang tokoh ibu yang sentiasa mendorong puteranya bersegera terjun ke medan jihad. Dia telah merelakan kedua puteranya syahid demi meninggikan kalimah Allah dan meraih jannah. Dialah Kabsyah binti Rafi 'bin Mu'awiyah bin' Ubaid bin al-Abjar al-Khudriyyah.
Kabsyah binti Rafi 'adalah ibunda Sa'ad bin Mu'adz al-Asyhali pembawa bendera kaum Anshar dan salah seorang anggota majlis syura ketika Perang Badar. Kesyahidannya menggoncang 'Arasy, membuat Allah tersenyum dan diiringi oleh 70 ribu malaikat.
Kabsyah berkata
Hidayatut taufik menembus keimanan Sa'ad bin Mu'adz melalui da'wah yang disampaikan Mush'ab bin 'Umair. Beliau adalah utusan Rasulullah SAW ke Yatsrib / Madinah. Atas izin Allah dengan cahaya Islam yang memancar di wajahnya dan lisan yang terbimbing, dua tokoh besar Madinah taslim, iaitu Sa'ad bin Mu'adz dan Usaid bin Hudhair.
Atas kemurahan-Nya juga keislaman Sa'ad bin Mu'adz diikuti oleh seluruh bani Abdul Asyhal, tidak seorangpun membantah seruannya sebelum matahari terbenam. Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar.
Tidak ketinggalan Ummu Sa'ad bin Mu'adz yaitu Kabsyah binti Rafi ', pada hari itu juga ia memeluk Islam. Kebersihan jiwa dan keikhlasan, mempermudah kemasukan cahaya iman kedadanya. Rasa syukur dan kebahagiaannya menjadi sempurna ketika rumah yang didiaminya menjadi pusat perkembangan da'wah kala itu. Sehingga Kabsyah mempunyai peluang turut memberi impak yang terbaik dalam menyebarkan kemuliaan Islam ke seluruh pelosok Madinah.
RUFAIDAH BINTI SA’AD DOKTOR WANITA PERTAMA DALAM ISLAM
Apakah keistimewaan Rufaidah?
Beliau merupakan seorang jururawat cemerlang yang telah dilatih oleh ayahnya yang merupakan seorang doktor di Madinah pada ketika itu. Rufaidah menjalani latihan secara praktikal dengan menjadi pembantu klinikal kepada ayahnya.
Sejarah mencatatkan bahawa Rufaidah adalah seorang jururawat yang cemerlang yang mempunyai banyak ciri-ciri pengamal perubatan yang sangat istimewa.
Di antaranya ialah :
1-Seorang yang sangat baik, dedikasi dan mempunyai empati yang tinggi.
2-Seorang pengurus dan ketua yang berkebolehan yang mampu menggerakkan pasukannya untuk menghasilkan tugas yang terbaik.
3-Berkemahiran klinikal tinggi dan tidak kedekut untuk berkongsi ilmu mengajar dengar jururawat-jururawat lain yang bekerja bersama-samanya.
4-Beliau tidak menghadkan tugasnya di dalam situasi klinikal sahaja, malah turut turun ke padang melihat sendiri keadaan masyarakat untuk menyelesaikan masalah sesuatu penyakit dari akar umbi.
5-Sumbangan Rufaidah tidak terhad kepada merawat orang sakit sahaja. Sifat ‘peduli ummah’ yang dimilikinya membuatkan Rufaidah bukan sekadar jururawat biasa.
Beliau juga bertindak sebagai seorang aktivis sosial yang gemar ‘ambil peduli’ dan menyelesaikan masalah masyarakat. Tenaganya banyak disalurkan kepada kerja-kerja kebajikan dan tanggungjawab sosial di kalangan masyarakat.
6-Pelbagai golongan muslim telah didekati Rufaidah sama ada yatim piatu mahupun orang kurang upaya. Mengajar anak-anak yang buta huruf juga menjadi sebahagian daripada rutin dalam jadual hidup wanita istimewa ini.
Apakah pengiktirafan Rasulullah kepadanya?
Rufaidah telah mewakafkan dirinya untuk membantu barisan pejuang di Rasulullah saw.
Ketika Kota Madinah menjadi sebuah Negara Islam yang mengalami banyak proses perkembangan kemajuan, Rufaidah telah mengabdikan dirinya untuk merawat orang ramai yang sakit. Sebuah khemah perubatan telah dibina di luar Masjid Nabawi ketika suasana aman.
Manakala ketika Perang Badar, Uhud, Khandaq dan Khaibar, Rufaidah sentiasa bersedia di barisan belakang sebagai aktivis perubatan dan merawat tentera Islam yang tercedera.
Nabi Muhammad s.a.w sendiri memerintahkan perajurit yang cedera dirawat oleh Rufaidah.
Semasa Perang Khandaq, Panglima Sa’ad bin Mu’adz yang cedera telah dihantar ke khemah perubatan yang telah dibina dan kemudiannya Pahlawan yang berani itu kemudiannya telah dirawat oleh Rufaidah.
Dengan kepakaran yang dimiliki, Rufaidah telah berjaya mencabut anak panah yang terpacak di lengan Sa’ad Bin Mu’adz.
Rufaidah juga telah melatih sekumpulan sahabiah sebagai jururawat yang sentiasa bersedia untuk menghadapi peperangan.
Apabila Rasulullah s.a.w sedang sedia menuju ke lokasi Perang Khaibar, Rufaidah dan rakan-rakannya pergi bertemu Rasulullah s.a.w. untuk meminta kebenaran untuk turut serta menyertai rombongan para mujahidin itu ke medan perang.
Rasulullah s.a.w telah memperkenankan permintaan mereka. Dengan penuh semangat dan keazaman yang tinggi, kumpulan perubatan yang diketuai oleh Rufaidah telah menjalankan tugas dengan baik sehinggakan Rasulullah s.a.w mengurniakan sebahagian harta rampasan kepada mereka.
Bahagian yang diterima oleh Rufaidah sama banyak jumlahnya dengan seorang mujahid yang turun berjihad di barisan depan di medan perang.
Adakah pandangan anda terhadap kehebatan Rufaidah Binti Sa’ad ini?
Benarlah bahawa Rufaidah adalah seorang ’Ikon Peduli Ummah’ yang wajar diteladani kerana beliau adalah tokoh yang telah memenuhi objektif sabdaan Rasulullah yang bermaksud, ““Sebaik-baik manusia di antaramu adalah yang paling banyak manfaatnya bagi orang lain” (Hadith Riwayat Bukhari)
Peduli Ummah
Sekian kisah Rufaidah.
AINUL MARDIYAH KETUA BIDADARI SYURGA
Berjihad pada agama Allah merupakan satu amalan yang menjadi kesukaan Allah swt dan ini merupakan sunnah besar nabi SAW dan kalangan sahabat-sahabat. Setiap manusia yang mati walaupun berapa umurnya maka akan ditanya dimanakah masa mudanya dihabiskan.
Hayati Lagu ini kerana ia menceritakan tentang Ainul Mardiyah
Dirimu pembakar semangat perwira
Rela berkorban demi agama
Kau jadi taruhan berjuta pemuda
Yang bakal dinobat sebagai syuhada'
Itulah janji pencipta yang Esa
Engkaulah bidadari dalam syurga
Bersemayam di mahligai bahgia
Anggun gayamu wahai seorang puteri
Indahnya wajah bermandi seri
Menjadi cermin tamsilan kendiri
Untuk melakar satu wacana
Buatmu bernama wanita
Ainul Mardhiah
Kau seharum kuntuman di taman syurga
Menanti hadirnya seorang lelaki
Untuk menjadi bukti cinta sejati
Oh Tuhan
Bisakah dicari di dunia ini
Seorang wanita bak bidadari
Menghulurkan cinta setulus kasih
Di hati lelaki bernama kasih
Lagu : Putra Aiman
Hijjaz Record Sdn. Bhd.
Lirik : ITO Lara
Gurindam Entertainment
ASIAH SI RATU SYAHADAH (PART AKHIR)
Kelebihan Asiah
Hayati lagu ini kerana ia menceritakan kisah asiah.*
ASIAH SI RATU SYAHADAH (PART 6)
Syahid Seorang Wanita
ASIAH SI RATU SYAHADAH (PART 5)
Tanda Kenabian
ASIAH SI RATU SYAHADAH (PART 4)
Kasih Sayang Ibu
Selepas mendapat keizinan daripada Firaun bagi membela Nabi Musa, Asiah pun mendapatkan pengasuh. Namun begitu, tidak ada seorang pengasuh pun dapat mendodoikan dan mententeramkan Nabi Musa dengan baik, malah Nabi Musa tetap menangis tanpa henti dan tidak mahu disusukan.
Akhirnya, Yukabad sendiri tampil bagi memberikan susu kepadanya. Nabi Musa terus sahaja berhenti menangis apabila berada dalam pangkuan ibunya yang sebenar. Oleh itu, Yukabad diterima sebagai pengasuh bagi mengasuh dan membesarkan anaknya sendiri di istana Firaun.
ASIAH SI RATU SYAHADAH (PART 3)
Mendapat Putera Bakal Nabi
SUNGAI NIL
ASIAH SI RATU SYAHADAH (PART 2)
Menjaga Akidah dan Kehormatan Diri
ASIAH SI RATU SYAHADAH (PART 1)
Khamis, 16 Mei 2013
BAB WUDHUK
SOALAN 1 :BERWUDUK DALAM KEADAAN TELANJANG
Soalan :Apa hukum megambil wudhuk tanpa menutup aurat atau bertelanjang ? Jawapan: Sarjana fikah yang muktabar melarang perbuatan bertelanjang ketika mengambil wudhuk.Tetpi dibenarkan bertelanjang semasa mandi wajib.Bagaimanapun,wudhuk yang diambil dalam keadaan telanjang itu adalah sah.
SOALAN 2 : WUDHUK DALAM KEADAAN TANGAN BERSIMEN
Soalan:
Saya keliru dengan ambil air wudhuk dalam keadaan tangan bersimen.Adakah saye perlu berwudhuk seperti biasa(membasuh muka sehingga ke kaki) kemudian bertayamum semula?ataupun,saya perlu bertayamum pada tangan yang bersimen sahaja?
Jawapan:
Sekiranya simen ada pada tangan kanan ,mulakan dengan berwudhuk dahulu,laitu basuh muka.Kemudian,tayamun pada tangan kanan tangan kanan bersimen.Selepas tayamun,sambung semula wudhuk dengan membasuh tangan kiri .Kemudian,sapu kepala,telinga dan basuh kaki seperti biasa.
(rujukan kitab fiqh manhaji doktor mustaffa al-bugha)
SOALAN 3 :UKURAN MATA KAKI DALAM WUDHUK.
Soalan:Apakah yang dimaksudkan dengan mata kaki dalam bab wudhuk?Jawapan:Mata kaki ialah buku lali laitu bulatan tulang yang timbul pada kedua belah kaki.Wajib membasuh dari hujung jari sampai melebihi kedua-dua buku lali itu ketika mengambil wudhuk.
SOALAN 4:MANDI WAJIB TANPA WUDHUK
Soalan :
Apakah sempurna mandi junub (wajib) tanpa berwudhuk.?Jawapan:Mandi bererti mengangkat hadas besar yang ada pada seseorang,sedangkan mengambil wudhuk bererti mengangkat hadas kecil.Sesiapa berhadas besar,maka wajib mandi hadas supaya hadas besar itu terangkat daripadanya dan sunat dia mengambil wudhuk.Hukum mengambil wudhuk baginya tidak wajib kerana aoabila berniat mengangkat hadas besar ketika mandi itu,hadas kecilnya juga terangkat sama.Hasilnya,seseorang yang melakukan mandi wajib tidak lagi perlu mengambil wudhuk bagi mengerjakan solat melainkan berlaku yang membatalkan wuduk selepas mandi itu.
BAB TAHARAH (BAHAGIAN 2)
SOALAN 9:MAKANAN DIMASUKI SEMUT
Soalan:Adakah benar kenyataan umum menyatakan makanan/minuman yang dimasuki semut boleh melemahkan minda orang yang makan?Adakah makanan dan minuman ini perlu dibuang?
Jawapan :Semut yang masuk ke dalam makanan itu perlu dibuang,dan makan itu boleh dimakan kerana yang dilarang adalah makan semut /serangga yang dianggap keji.Tidak dilarang makan makanan itu selepas semut itu dibuang.
SOALAN 10:MEMBERSIHKAN BARANG BUNDLE
Soalan:Bagaimana cara menyucikan pakaian atau barangan bundle yang dibeli kerana tidak mengetahui pemilik asalnya,sedangkan kebanyakannya dibawa dari luar negara?
JawapanSekiranya disyaki barang itu suci,maka sunat membasuh sekurang kurangnya sekali hingga bersih.Tapi sekiranya diyakini barang itu tidak suci,membasuhnya adalah wajib.
SOALAN 11:BANGKAI DALAM AIR
Soalan :Saya pernah bermain air banjir dan ternampak.bangkai anjing berhampiran tempat saya bermain itu.Adakah saya perlu menyamak badan saya?
Jawapan:Tidak wajib samak sekiranya bangakai anjing itu tidak bersentuhan dengan anggota badan saudara.Melainkan sekiranya berada di dalam air sedikit seperti di dalam kolam yang kecil,wajib dibasuh.
SOALAN 12 :VETERINAR (PAKAR HAIWAN) MEMEGANG ANJING.
Soalan:Seseorang muslim bekerja sebagai veterinar.Ada pelanggan yang mahu anjingnya dirawat.Adakah boleh beliau memegang anjing dalam situasi ini?
JawapanSekiranya boleh dirawat dengan memakai sarung tangan,maka perlu memakai sarung tangan.Tetapi sekiranya,tidak boleh memakai sarung tangan,wajib membasuh tangan selepas merawat anjing itu dengan tujuh kali basuhan dan salah satu basuhan itu adalah dengan air tanah.
SOALAN 13 :MENTAYAMUNKAN MAYAT.
Soalan:Sekiranya tiada air bagi memandikan mayat,adakah boleh mentayamumkan mayat itu?
Jawapan :Sekiranya tidak ada air bagi memandikan mayat,wajib tayamumkan mayat itu sebagai ganti kepada mandi.Demikian juga boleh tayamumkan mayat atas sebab keadaan mayat tidak boleh dimandikan seperti mayat yang terbakar ataupun seumpamanya.Sekiranya dimandikan,boleh menyebabkan tercabut daging ataupun kulitnya.
BAB TAHARAH (BAHAGIAN 1)
Soalan : Seorang menyapu minyak wangi tanpa alkohol pada tangan,kemudian mengambil air sembahyang.Apakah solatnya sah sedangkan baunya masih ada pada tangan ? Jawapan : Sekiranya wangian itu adalah jenis yang tidak menghalang air sampai ke anggota wuduk,wuduknya sah.Dia tidak perlu membasuh kesan wangian itu dahulu sebelum mengambil wuduk. Tetapi sekiranya wangian itu jenis berminyak disapu pada anggota wudhuk seperti pada tangan,maka ia perlu perlu dibersihkan dahulu sebelum mengambil wudhuk. Sekiranya wangian itu bukan oada bahagian anggota wudhuk seperti pada leher,maka tidak mengapa mengambil wudhuk tanpan membersihkannya terlebih dahulu.
Soalan : Apakah boleh saya menggunakan botol arak bagi mengisi air minuman seperti air mineral untuk saya minum? Jawapan : Harus menggunakan botol arak bagi mengisi air /bahan lain dengan syarat botol itu dibasuh terlebih dahulu sehingga bersih.Manakala,label arak yang ada pada botol itu perlu dibuang atau ditutup supaya perkara yang diharamkan oleh agama tidak tersebar,
Soalan : Saya tinggal di luar negara.Suatu hari,saya tersentuh jaket kulit kawan saya yang diperbuat daripada kulit khinzir.Saya sudah samak tangan saya,tetapi apakah perlu saya menyamak baju kerana tersentuh jaket itu? Jawapan: Sekiranya jaket itu dan tangan saudara kering,tangan dan baju2 saudara itu tidak wajib dibasuh atau disamak.Tetapi,sekiranya jaket itu atau tangan saudara basah,wajib basuh tangan saudara kerana melekat najis dari jaket itu ke tangan saudara. Caranya,basuh tangan dengan air tanah yang keruh kemudian bikas dengan air bersih sebanyak enam kali.
Soalan : Saya pernah mendengar pendapat menyatakan perbuatan ornag islam yang bawa lori najis adalah haram kerana membawa najis.Apakah pandangan ini berasas? Jawapan : Tidak haram membawa lori najis sebab bukan kita sengaja lumurkan najis itu pada badan.Pandagan ini tidak ada asasnya dalam agama islam.
Soalan: Seorang rakan saya memakai kasut yang diperbuat daripada kulit babi.Adakah dia perlu menyamak kakinya? Jawapan: Sekiranya krtika menyentuh kulit kasut itu,tangan dan kasut itu kering,maka tidak wajib basuh kerana najis tidak berpindah ke tangan.Tetapi,sekiranya salah satu sama ada tangah ataupun kasut itu basah,wajib samak dengan membasuh tangan tujuh kali dan salah satu daripada tujuh kali itu dibasuh dengan air tanah.
SOALAN 6 : KEMEJA SUTERA CAMPURAN
Soalan :SOALAN 7 :SAMAK KERETA TERKENA ANJING
Kebanyakan kemeja batik sutera campuran yang dijual di terengganu mengandungi kira-kira 30 % sutera,Adakah harus ini dipakai oleh lelaki?
Jawapan:
Menurut pendapat yang muktamad dalam mazhab syafie,lelaki boleh memakai kain yang ditenun daripada benang sutera dan benang bukan sutera seperti benang kapas dengan syarat kandungan benang suter itu kurang daripada kandungan benang lain,
Ini juga pendapat sarjana fikah mazhab hambali.
Soalan:SOALAN 8 :ADAB MASUK TANDAS
Saya bekerja dengan majikan islam tetapi pejabatnya terletak berhampiran kedai pengusaha cina yang memelihara anjing.Setiap hari,kereta saya bersentuhan dengan anjing,malah anjing itu juga pernah tidur di bawah kereta saya.Apakah saya perlu samak kereta saya?Jika perlu,bagaimana caranya?
Jawapan :
Dalam keadaan seperti yang saudara ceritakan,tidak wajib membasuh kereta saudara sama ada di bahagian atas ataupun bhagian bawah kereta kecuali saudari nampak najis anjing itu pada kereta saudara.
Sekiranya memang ada najis anjing terkena pada pintu kereta,buang najis itu terlebih dahulu.Kemudian basuh tempat yang kena najis itu dengan air tanah dan dibasuh pula selepas itu dengan enam kali basuhan air bersih.
Soalan :
Adakah perlu menutup kepala ketika ingin masuk ke dalam tandas membuang air besar darn kecil?
Jawapan :
Antara adab masuk ke tandas adalah menutup kepala sebagaimana yang disebut dalam kitan2 karangan sarjana islam.Oleh itu,sekiranya seseorang memasuki tandas tanpa menutup kepala,hukumnya tidak haram.Tetapi ia menyalahi adab yang baik.
(Rujukan Kitab SabilalMuhtadiin)
Langgan:
Catatan (Atom)