Khamis, 14 Jun 2012

♥ Tom Yam ♥

Tomyumm

Bahan-bahan 

½ ekor ayam (dipotong kecil)
2 biji bawang besar (dihiris bulat)
3 biji bawang putih (ditumbuk kasar)
15-20 batang cili padi merah (ditumbuk kasar)
2 batang serai (dititik)
1 sudu besar pes tom yam
4 helai daun limau purut
2-3 biji limau nipis (diambil jusnya)
3-4 cawan air
garam & perasa
sedikit minyak
sayur-sayuran (bunga kobis, jagung muda, tomato)

Cara-cara

Panaskan minyak dlm periuk. Tumis bawang putih hingga wangi dan perang.
Masukkan ayam, kacau sekejap dan tutup periuk sebentar (supaya jus ayam keluar).
Masukkan air dan biarkan mendidih. Setelah itu masukkan serai, bawang besar dan daun limau.
Masukkan cili padi, pes tom yam, garam serta perasa.
Kemudian masukkan sayur-sayuran dan biarkan sekejap.
Last skali, masukkan jus limau, kacau sekejap dan matikan api.
TIPS: Tom yam yg enak, ade sedikit rase pedas, masam dan wangi dari aroma daun limau.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Asaalamualaikum...
jangan lupa tinggalkan komen anda yerp:)