Jumaat, 15 Jun 2012

♥ Blueberry Cookies ♥

Cookies

Bahan-bahan 

240g tepung
1sk baking powder
1 biji telur
80g gula halus
60g gula perang
1/2 biji kulit lemon-parut
beberapa titik esen vanila
100g mentega - suhu bilik
100g blueberry

Cara-cara

Pukul mentega sehingga jadi bentuk krim
Campurkan kedua-dua jenis gula. Kemudian masukkan sedikit demi sedikit ke dalam mentega tadi sambil dikacau.
Pukul telur dengan garfu dalam 3-4 kali. Kemudian masukkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan mentega tadi. Kacaukan.
Masukkan pula kulit lemon yang diparut dan juga esen vanila. Kacaukan.
Ayak tepung dan bp. Lepas tu masukkan ke dalam adunan mentega. Masukkan juga blueberry. Kacau rata.
Alas dulang dengan oven peper. ambik satu sudu adunan dan dropkan ke atas oven peper tadi. Buat sampai habis. Tekan sedikit cookies dengan bahagian bawah sudu untuk jadi rata. Sebelum tu, celupkan bahagian bawah sudu ke dalam tepung.
Bakar dalam oven selama 10-12 minit dengan suhu 180C

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Asaalamualaikum...
jangan lupa tinggalkan komen anda yerp:)