Al-Fatihah Buat Allayarham Osman Kering
Takziah diucapkan buat keluarga Allahyarham Osman Kering yang disahkan meninggal dunia di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) Cheras, dekat sini kira-kira pukul 3.45 petang tadi.
Allahyarham meninggal dunia akibat kegagalan fungsi otak selepas mengalami batuk berdarah di rumahnya di Bandar Sri Permaisuri, Cheras pada 11 Jun lalu.
Beliau meninggal dunia di sisi isterinya Che Norhayati Che Omar,48, dan tujuh orang anak berusia antara 10 tahun hingga 28 tahun.
Anak kedua Allahyarham iaitu Nur Ain,25, yang dihubungi mStar Online petang Jumaat berkata, sejak dimasukkan ke hospital, ayahnya berada dalam keadaan tenat serta tidak sedarkan diri sehinggalah dia meninggal dunia.
Jenazah Allahyarham akan disembahyangkan di Masjid Al-Najihin, Taman Tasik Permaisuri, Cheras selepas solat Maghrib dan jadualkan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Bukit Tandang.
p/s:Mati x mengira waktu..bila2 sahaja kita akan dijemput oleh ALLAH,..bersiap sedialah setiap masa agar saat dijemput,amalan kita mencukupi..aminn..Jom sedekahkan al-fatihah buat allayarham osman kering..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Asaalamualaikum...
jangan lupa tinggalkan komen anda yerp:)