Khamis, 14 Jun 2012

♥ Ikan Keli Panggang Masak Lemak Cili Padi ♥

Bahan-bahannya

1 kilo ikan keli [dipanggang]
4 ulas bawang merah 
1 ulas bawang putih
7 biji cili padi(kalau nak pedas tambah lagi)
1 mangkuk santan pekat
sedikit santan cair
sedikit buah cekur
hirisan daun cekur
sedikit garam
sedikit perasa

Caranya

Tumbuk cili padi, bawang merah, bawang putih,
dan buah cekur sehingga lumat.
Masukkan ikan keli dalam periuk. Campurkan 
dengan bahan-bahan yang ditumbuk tadi dalam periuk.
Masukkan santan cair. Kemudian didihkan pada api yang
sederhana.
Apabila sudah mendidih masukkan pula santan pekat,
gram dan serbuk perasa. Biarkan hingga mendidih.
Akhir sekali taburkan dengan daun cekur tadi.. 
Senang jerkan ....kalau pedas lagi best..
Selamat mencuba

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Asaalamualaikum...
jangan lupa tinggalkan komen anda yerp:)