Khamis, 14 Jun 2012

♥ Ikan Siakap Kukus ♥

Bahan-bahannya

seekor ikan siakap(sederhana besar)
-2 batang serai dititik
-satu inci halia dipotong halus
-daun bawang, sup
-sebiji bawang besar dihiris bulat
-cili besar(belah dua) dan asam boi
-rempah tomyam(botol),minyak jagung
-2keping nenas keping, jeruk mempelam
gula,garam & bahan perasa(secukup rasa)

Caranya

ikan dibersihkan dan diletakkan di dalam pinggan melengkung (yang sesuai).
masukkan lada merah, serai, hirisan halia, daun bawang/sup, dan asam boi.
hiaskan dengan nenas dan jeruk mempelam.
masukkan bancuhan rempah tomyam (setengah cawan),satu sudu makan minyak jagung,garam dan gula (secukup rasa) .Kukuslah selama lebih kurang 10 minit.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Asaalamualaikum...
jangan lupa tinggalkan komen anda yerp:)