Isnin, 17 Mac 2014

BAHAGIA


Assalamualaikum sahabat fillah semua.Pertama-tamanya,syukur dipanjat kehadrat Allah masih diberi izin olehNYA buat jari jemari ini menulis,dan mencoret di blog kesayangan ana ni :) Sekian lama berhabuk dan tidak bersentuh,lantaran kesibukan dan komitmen sebagai seorang student tahun akhir yang bakal tamat beberapa minggu sahaja lagi .Malah saat  mencuri masa menulis tinta di blog ini pun,diri  masih terikat dengan program DIPLOMA SHOW buat pelajar grafik tahun 3.Tapi dek kerana kerinduan untuk menulis dalam blog ni,ana cubar curi sedikit waktu buat menulis seketika.Perasaan bercampur baur ketika ini.Gembira,sedih semua jadi 1.Bercakap pasal gembira dan bahagia,hati nurani manusia mana yang tak nak bahagia sepanjang masa,dilimpahi kegembiraan sepanjang masa bukan? Tapi Allah itu Maha Tahu Lagi Maha Bijaksana.Diciptakan perlbagai emosi agar ada pro dan contra buat diri kita.Jika bahagia yang kita dapatkan sepanjang waktu,maka takkan kita kenali apa itu susah,apa itu derita dan dari situ menguatkan hati nurani kita.Begitu juga derita,jika derita yang kita dapatkan sepanjang waktu..mungkin hati kita tak kuat hadapinya.Allah tahu takkan mampu kita bersendiri meniti ujian dariNYA.

Bahagia itu juga,kadangkala tidak sentiasa kita akan miliki.Tapi tatkala kita mampu merasainya walau 1 saat,bersyukurlah.Hargailah.Andai kita tahu,di saat kita mendapat bahagia itu,masih ada insan-insan yang menanti Allah kurniakan bahagia buat mereka.Bahagia itu juga,bukan memiliki semua yang kita inginkan,tapi bersyukur dengan apa yang kita punya.Bila kita merasa cukup,kita akan bahagia dan lapang :).Kadang-kadang juga,walau kita tahu,kita mungkin bukan asbab di sebalik bahagia seseorang itu,tapi melihat dia bahagia,kita akan rasa gembira.Di situ kita belajar ikhlas dan redha akan kebahagiaan.Ana teringat pada satu kata-kata ni "Bukanlah kesabaran jika masih berbatas ,dan bukanlah keikhlasan jika masih rasa sakit".Wallahua'alam.Moga kita boleh menjadi seorang insan yang punya rasa sabar tanpa batas dan ikhlas dengan seikhlasnya.Moga secebis sifat Rasulullah s.a.w  itu ada pada diri kita.Assalamualaikum.

Sekian pena kali ini.Assif ala kulli hal jika ada kekurangan(masih mencari kisah baru untuk menulis).Allahumma Solli Ala Sayidina Muhammad,Wa Ali Muhammad . ! :) ~<3

 photo 742DB9E578B15D087A44B17F43889636_zpsa5893cd8.png