Selasa, 18 Jun 2013

HANZALAH : Mati Syahid Dalam Keadaan Berjunub dan Dimandikan Malaikat.(PART 1)







Mukaddimah

Siapakah Hanzalah?

Hanzalah bin Abu Amir ialah anak timbalan ketua munafik di Madinah namun beliau memeluk Islam dan salah seorang sahabat serta jurutulis Rasulullah S.A.W yang terkenal. Gendang jihad dipalu dalam Peristiwa Uhud meyebabkan Hanzalah terpanggil untuk menyahut seruan tersebut, pada hal ketika itu beliau baru berkahwin Oleh kerana itu, Rasulullah mengecualikan beliau dari turut serta ke medan peperangan. Inilah cara Rasulullah untuk merayakan kebahagiaan sahabat baginda.. Dalam perang ini dikisahkan bahawa Hanzalah syahid dalam keadaan berjunub sehingga beliau dimandikan oleh Malaikat. 

Perkahwinan Hanzalah bin Abu Amir dengan sepupunya, Jamilah binti Ubay sudah siap diatur. Kebetulan pula, hari berlangsungnya perkahwinan Hanzalah bertembung dengan hari peperangan tentera Islam menentang musuh di Bukit Uhud. Hanzalah bin Abu Amir mendekati Rasulullah saw, “Saya bercadang menangguhkan sahaja perkahwinan saya malam nanti”. Pada masa itu, Nabi Muhammad saw dan tentera-tentera Islam di kota Madinah sibuk membuat persiapan akhir untuk berperang. “Tidak mengapa, teruskan sahaja perkahwinan ini”, balas Rasulullah saw. “Tetapi saya sungguh berhajat untuk menyertainya”, Hanzalah bertegas. Rasulullah saw berkeras supaya Hanzalah meneruskan perkahwinannya dan memberi cadangan supaya Hanzalah menyusuli tentera Islam di Bukit Uhud pada keesokan hari, setelah selesai upacara perkahwinan.


Love to be a blog writer,ana ♥ :
 photo 742DB9E578B15D087A44B17F43889636_zpsa5893cd8.png

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Asaalamualaikum...
jangan lupa tinggalkan komen anda yerp:)