Isnin, 29 April 2013

KHAULAH AL-AZWAR AL-KINDI (PART 1)




  Nama Khaulah al-Azwar al-Kindi adalah sinonim dengan sifat keberanian dan
kepahlawanan serta ketangkasan menunggang kuda, sehingga namanya tercatat megah dalam
sejarah. Khaulah telah dibesarkan dalam sebuah rumah keberanian, kemuliaan serta
kewibawaan, mempunyai susuk tubuh tinggi lampai dan tegap. Ayahnya al-Azwar terbunuh
ketika mempertahankan Rasul S.A.W. Khaulah juga adalah saudara perempuan kepada Dhirar
bin al-Azwar, iaitu antara penunggang kuda yang terkenal dikalangan bangsa arab.
Khaulah telah keluar bersama-sama saudaranya dalam satu pasukan tentera muslimin
yang menuju untuk menakluki negeri Rom di bawah pimpinan Khalid bin al-Walid. Khaulah turut
berjuang di dalam peperangan itu di samping kaum lelaki.

Dalam Perang Yarmuk, beliau menjadi salah seorang yang menonjol atau memimpin kaum wanita yang turut serta terlibat. Bahkan, beliau turut mengalami kecederaan di kepala dalam peperangan yang sangat bersejarah itu.

Namun, kisah kehandalannya bertempur yang paling masyhur adalah dalam satu operasi tentera Muslimin untuk menyelamatkan saudaranya Zirar yang telah ditawan tentera Rom sewaktu satu penggempuran di sekitar Damascus. Khaulah turut serta dalam operasi tersebut. Dengan berpakaian hitam, serban hijau dan menggunakan skarfnyasebagai topeng, beliau yang menyertai pasukan Khalid al-Waleed meluncur laju ke arah musuh, bertempur dengan handal dan cermat, membantu tentera Muslimin yang ketika itu sudah keletihan berlawan. Raafae bin Umaira, panglima skuad sebelum ketibaan Khalid mengungkapkan ketakjubannya, 'Beliau berlawan seperti Khalid, namun jelas beliau bukan Khalid."

Khaulah mempamerkan kehandalannya berkuda dan bertempur dengan tombak. Beliau meluncur laju ke arah barisan Rom di bahagian lain dan mencederakan atau membunuh tentera Rom yang lain. Pertempurannya secara solo itu ibarat menjadi satu pertunjukan kepada tentera Muslimin yang lain di samping membangkitkan semangat mereka untuk terus berjuang. Beliau akhirnya mendedahkan identitinya yang pasti mengejutkan sesiapa yang mengetahui (dicatatkan Khalid hampir-hampir terjatuh dari kudanya). Akhirnya, tentera Muslimin, bersama Khaulah berjaya membebaskan panglima Zirar dalam satu operasi serangan berikutnya di Beit Lahiya, Gaza, Palestin.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Asaalamualaikum...
jangan lupa tinggalkan komen anda yerp:)