UMAR AL-KHATTAB SINGA ALLAH (PART 4)
UMAR AL-KHATTAB MASUK ISLAM
Umar memeluk Islam pada bulan Zulhijah tahun ke 6 kerasulan Nabi Muhammad, Umar memeluk Islam setelah dibacakan beberapa ayat al-Quran yang sungguh menakjubkan dan mempesonakan hati. Umar memeluk Islam setelah tiga hari Hamzah bin Abd Mutalib memeluk Islam. PengIslaman Umar merupakan sesuatu peristiwa besar dalam sejarah umat Islam dan juga merupakan sesuatu kemenangan bagi mereka, kerana Umar merupakan orang yang berpengaruh dan disegani oleh Musyrikin Makah.
Abu Nu’aim dan Ibn ‘Asakir meriwayatkan dari Ibn Abbas r.a, Umar al-Khattab telah menceritakan bagaimana beliau memeluk Islam. Umar keluar dengan pedang terhunus dalam perjalanan ia bertemu dengan pemuda Bani Makhzum, menurut Mahayudin Yahaya, lelaki itu bernama Nuaim bin Abdullah. lelaki itu bertanya: mahu kemana wahai Umar? Umar menjawab, aku mahu membunuh Muhammad. Lelaki itu berkata, bagaimana kamu boleh selamat dari tindak balas keluarganya dari Bani Hasyim dan Bani Zuhrah? Umar menjawab, aku nampak awak juga telah menukar agama dan meninggalkan agama yang dianuti selama ini. Lelaki itu menjawab, kalaupun aku melakukannya, telah melakukannya orang yang lebih besar haknya keatasmu, lebih daripada aku. Umar bertanya, siapa? Lelaki itu menjawab: adikmu dan iparmu. Dengan marah Umar menuju ke rumah adiknya. Ketika itu Khabab bin al-Arat sedang membaca al-Quran untuk adik Umar dan iparnya. Apabila mendengar suara Umar, Khabab terus menyembunyikan diri di dalam rumah dan Fatimah bin al-Khatab sahifah (kertas yang tertulis) dengan ayat-ayat al-Quran. Umar terus menerkam iparnya dan menamparnya sehingga terjatuh. Sebelum Umar bertindak lebih lagi adiknya Fatimah menghalang. Lalu Umar menampar Fatimah sehingga berdarah mukanya. Fatimah berkata: yang benar bukan agama yang kamu anuti selama ini. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan lain melainkan Allah, dan aku naik saksi Nabi Muhammad pesuruh Allah.
Tiba-tiba Umar terasa sedih terhadap adiknya dan menyesal diatas kekasarannya. Lalu Umar pun berkata kepada adiknya: lalu Umar berkata berikan lembaran (al-Quran) itu, aku mahu melihatnya. Adiknya menjawab: Kau masih najis. Surat ini tidak boleh disentuh melainkan oleh orang-orang yang bersuci. Umar pun pergi mandi. Setelah selesai ia mengambil lembaran itu, tiba-tiba didalamnya ia terbaca firman Allah:
Yang bermaksud: Taa’ Haa, Kami tidak menurunkan Al-Quran kepadamu (Wahai Muhammad) supaya Engkau menanggung kesusahan. Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang-orang Yang takut melanggar perintah Allah, (Al-Quran) diturunkan dari (Tuhan) Yang menciptakan bumi dan langit Yang tinggi. Iaitu (Allah) Al-Rahman, Yang bersemayam di atas Arasy. Dia lah jua Yang memiliki Segala Yang ada di langit dan Yang ada di bumi serta Yang ada di antara keduanya dan juga Yang ada di bawah tanah basah di perut bumi. (Thaha: 1-6)
Setelah membacanya Umar berkata: “Nama-nama yang baik lagi suci.”
Umar meneruskan bacaannya, sambil berkata: “Alangkah indahnya dan baik kata-kata ini. Aku masuk Islam. Tunjukkan kepadaku di mana Rasulullah?” Khabab yang sedang bersembunyi meluru keluar dan berkata: Bergembiralah wahai Umar. Aku berharap engkaulah yang dimaksudkan dengan doa rasulullah: Ertinya: Ya Allah, ya tuhanku, kuatkanlah Islam dengan salah seorang daripada dua Umar (Umar al-Khatab dan Amr bin Hisyam).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Asaalamualaikum...
jangan lupa tinggalkan komen anda yerp:)