Khamis, 16 Mei 2013

BAB WUDHUK


SOALAN 1 :BERWUDUK DALAM KEADAAN TELANJANG

    Soalan :
Apa hukum megambil wudhuk tanpa menutup aurat atau bertelanjang ?
Jawapan:
Sarjana fikah yang muktabar melarang perbuatan bertelanjang ketika mengambil wudhuk.Tetpi dibenarkan bertelanjang semasa mandi wajib.Bagaimanapun,wudhuk yang diambil dalam keadaan telanjang itu adalah sah.

SOALAN 2 : WUDHUK DALAM KEADAAN TANGAN BERSIMEN

Soalan:
Saya keliru dengan ambil air wudhuk dalam keadaan tangan bersimen.Adakah saye perlu berwudhuk seperti biasa(membasuh muka sehingga ke kaki) kemudian bertayamum semula?ataupun,saya perlu bertayamum pada tangan yang bersimen sahaja?
Jawapan:
Sekiranya simen ada pada tangan kanan ,mulakan dengan berwudhuk dahulu,laitu basuh muka.Kemudian,tayamun pada tangan kanan tangan kanan bersimen.Selepas tayamun,sambung semula wudhuk dengan membasuh tangan kiri .Kemudian,sapu kepala,telinga dan basuh kaki seperti biasa.
(rujukan kitab fiqh manhaji doktor mustaffa al-bugha)

SOALAN 3 :UKURAN MATA KAKI DALAM WUDHUK.


Soalan:
Apakah yang dimaksudkan dengan mata kaki dalam bab wudhuk?
Jawapan:
Mata kaki ialah buku lali laitu bulatan tulang yang timbul pada kedua belah kaki.Wajib membasuh dari hujung jari sampai melebihi kedua-dua buku lali itu ketika mengambil wudhuk.

SOALAN 4:MANDI WAJIB TANPA WUDHUK


Soalan :

Apakah sempurna mandi junub (wajib) tanpa berwudhuk.?
Jawapan:
Mandi bererti mengangkat hadas besar yang ada pada seseorang,sedangkan mengambil wudhuk bererti mengangkat hadas kecil.Sesiapa berhadas besar,maka wajib mandi hadas supaya hadas besar itu terangkat daripadanya dan sunat dia mengambil wudhuk.
Hukum mengambil wudhuk baginya tidak wajib kerana aoabila berniat mengangkat hadas besar ketika mandi itu,hadas kecilnya juga terangkat sama.
Hasilnya,seseorang yang melakukan mandi wajib tidak lagi perlu mengambil wudhuk bagi mengerjakan solat melainkan berlaku yang membatalkan wuduk selepas mandi itu.











Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Asaalamualaikum...
jangan lupa tinggalkan komen anda yerp:)