Jumaat, 10 Februari 2012

Apelah nak jadi Dang Suria ?

Kutuk Peserta Uji Bakat Sebab Fizikal…Dang Suria Nafi Kejam

Kutuk Peserta Uji Bakat Sebab Fizikal...Dang Suria Nafi Kejam
PETALING JAYA – Pengacara, Dang Suria menyifatkan kritikan pedas yang diberikan kepada peserta-peserta yang mencuba nasib dalam rancangan On Air adalah tidak kejam kerana dia punya sebab-sebab tersendiri dan bukannya untuk memalukan mereka.
Dang Suria juga menjelaskan kritikan ‘celupar’ mengenai paras rupa dan fizikal yang diberikan adalah untuk kebaikan dan kepentingan kepada peserta-peserta yang mencuba nasib dalam rancangan itu.
Dia berkata apa yang dipertontonkan di dalam televisyen melalui saluran Astro Ria tidaklah seperti yang terjadi ketika sesi uji bakat sedang dijalankan sebaliknya rakaman itu banyak disunting untuk meningkatkan rating penonton.
“Biasalah dalam show business sesebuah program itu akan disunting untuk menampakkannya lebih menarik. Dan ya, saya nampak kejam dalam On Air, tetapi tak kisah tentang hal itu kerana ia adalah perkara normal dalam sesebuah penerbitan televisyen walaupun saya sebenarnya tidaklah sekejam seperti yang ditonton.
“Malah, anak perempuan saya marah dan menganggap saya seorang juri yang teruk ketika itu,” kata Dang Suria seperti yang dipetik dalam Mstar.com.
Bagaimanapun, Dang Suria mengakui kritikan itu sedikit kasar dan dia enggan memberikan harapan palsu kepada para peserta yang berusaha mencuba dalam uji bakat tersebut.
Malah, Dang Suria mahukan kritikan itu menjadi pembakar semangat buat peserta-peserta supaya lebih memajukan diri jika ingin terbabit dalam dunia seni negara.
“Kadang kala, kebenaran adalah perkara yang menyakitkan. Saya hanya bercakap jujur kepada para peserta dan tidak mahu memberi harapan menggunung kepada mereka. Ini kerana, apabila kita cakap berlapik, jangan terkejut jika mereka (peserta) akan ke lokasi-lokasi lain untuk mencuba nasib lagi,” kata Dang Suria.
Tambah pengacara popular itu, setiap peserta perlu menjalani kritikan dari awal lagi kerana apabila sudah menyertai dunia hiburan, mereka sekurang-kurangnya telah bersedia daripada segi mental dan fizikal apabila berdepan dengan sebarang cabaran.
Bukan itu sahaja, Dang Suria ingin mengingatkan kepada semua peserta bukan mereka sahaja yang akan dikritik oleh juri-juri yang ada sebaliknya juga akan dikritik dan dikecam oleh masyarakat yang memandang penampilan dan fizikal dahulu sebelum bakat.
Sementara itu, Pengurus Saluran Astro Ria, Raqim Ahmad Ramli berkata, kritikan yang diberikan oleh Dang Suria sepatutnya tidak perlu dijadikan isu kerana pengacara itu sememangnya ditugaskan untuk membuat penilaian daripada segi penampilan.
Selepas rancangan uji bakat On Air disiarkan malam Rabu lalu, suasana menjadi kecoh apabila kebanyakan penonton-penonton bengang dengan kritikan ‘celupar’ yang dikeluarkan oleh Dang Suria yang secara terang-terang telah mengkritik fizikal dan rupa paras seorang peserta lelaki dan perempuan yang mencuba nasib dalam uji bakat itu.
Selain Dang Suria, pengacara Suhaimi Sulaiman, Normala Samsudin dan Aznil Nawawi turut ditugaskan sebagai juri dalam iji bakat On Air yang diadakan di beberapa lokasi terpilih sebelum ini.

p/s :berfikir sebelum berkata-kata.kita pun x sempurna..jadi x perlu harapkan ksempurnaan drpada org lain 
Comments
1 Comments

1 ulasan:

  1. orang lain komen jugak,tapi dengan cara yg btol,x sakitkn aty org lain...boleh fikir dgn ok lg..awk ni da melampau sangat..sape x mrah?kan ?padanlah muke ank sendiri da benci!

    BalasPadam

Asaalamualaikum...
jangan lupa tinggalkan komen anda yerp:)