Rabu, 14 Disember 2011

Daulat Tuanku

Hurmm...sedar x sedar..akhirnya...tamat sudah 5 tahun pemerintahan yang dipertuan agong ke 13-,Al- Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin dan Raja Permaisuri agong, Sultanah Nur Zahirah...yakni sultan dan sultanah negeri terengganu darul iman..negeri kelahiran cik yaya sendiri!(bangganyer..ahaha).Tugas baginda sebagai Yang Dipertuan Agong ke 13 tamat secara rasmi pada12/12/2011 baru-baru ini...

.Baginda berdua telah berangkat pulang ke negeri terengganu bersempena tamatnya tempoh pemerintahan sebagai Yang Dipertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong....Keberangkatan pulang baginda diiringi oleh menteri besar terengganu,datuk seri ahmad said dan menteri belia dan sukan,...Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, dengan pesawat khas yang diiringi dua jet pejuang Sukhoi  dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan selamat tiba di Lapangan Terbang Sultan Mahmud,Terengganu tepat pada pukul 2.02 petang.Ketibaan baginda berdua disambut oleh anakanda baginda sendiri,Tengku Muhamad Ismail yang juga pemangku Sultan Terengganu  ,ahli kerabat diraja terengganu,setiusaha kerajaan negeri,Datuk Mazlan Ngah,ketua-ketua jabatan dan pemimpin masyarakat negeri.
Di samping itu,kira-kira 15,000 rakyat jelata drpada pelbagai lapisan masyarakat termasuk penjawat awam,warga ipt,dan pelajar bertumpu ke jalan raya dari lapangan terbang sehinggan ke istana maziah sejauh 16 km bagi menyambut baginda berdua.
Sebaik sahaja tiba,Sultan Mizan memeriksa barisan kehormat yang terdiri daripada 3 org pgawai dan
103 anggota 18 rejimen askar melayu yg berpangkalan di kem seberang takir dan 21 das tembakan meriam dilepaskan.
.
 Baginda tiba di istana maziah pada jam 3.15 ptg untk majlis santapan petang yg dihadiri kira-kira 300 jemputan.Selesai acara santapan,baginda berdua menerima mengadap menteri pengiring untuk pulang ke kuala lumpur.Baginda berdua berangkat pulang ke istana nadirah,batu buruk pada pukul 5.10 minit petang.

Setelah selesai tugas baginda sebagai yang dipertuan agong,kini tibe giliran sultan kedah ,Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah dipilih sebagai Yang Dipertuan Agong yang ke 14 .Ia telah berkuatkuasa pada 13.12.2011.Sultan Abdul Halim akan mengambil alih peranan ini untuk tempoh yang same,laitu 5 tahun..Sementara itu,Sultan Kelantan,Sultan Muhamad V dipilih menjadi timbalan yang dipertuan agong untuk tempoh yang sama.

Bagi cik yaya,sultan mizan adalah seorang sultan yang berjiwa rakyat..Baginda boleh bergaul dengan sesiapa sahaja tanpa mengira latar belakang..malah,ketika baginda kecil2 dulu pn,baginda sering bermain bola sepak di padang bersama rakan-rakannya tanpa membezakan tarafnya sebagai kerabat diraja..:)


p/s:selamat menjalankan tugas sebagai sultan terengganu kembali,tuanku..:!daulat tuanku!dan diharapkan sultan kedah mampu menjalankan tugasnya dengan baik..:)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Asaalamualaikum...
jangan lupa tinggalkan komen anda yerp:)