Khamis, 14 November 2013

SAIDINA HAMZAH R.A : SAYYIDUS SYUHADA (PART 1)


Saidina Hamzah r.a adalah bapa saudara 
kepada Rasulullah s.a.w ,laitu dari sebelah bapa baginda.Beliau dilahirkan di Kota Makkah Al-Mukarramah pada tahun 570 Masihi.Beliau sangat rapat dengan Rasulullah s.a.w sejak kecil.Beliau amat gemar memanah dan memburu.Suatu ketika dulu beliau memukul Abu Jahal kerana menampar Rasulullah s.a.w.Gelaran bagi beluar ialah Asadullah (Singa Allah) kerana keberaniannya di medan perang.Beliau juga digelar sebagai Sayyidus Syuhada (penghulu bagi orang yang mati syahid) kerana mati dalam peeprangan uhud pada tahun ke 3 Hijrah dan dimakamkan berdekatan bukit uhud.

Beliau merupakan seorang yang sangat menjaga penampilan,tingkah laku,dan tidak pernah terlibat dengan adab jahiliah seperti berjudi,berzina dan berfoya-foya.Beliau juga adalah seorang yang gagah dan berani.Di dalam peperangan Badar beliau menyahut cabaran melaan 2 orang tentera musyrikin.Beliau merupakan pemegang panji di dalam beberapa peperangan.Banyak musuh yang dibunuhnya ketika perang Uhud.Beliau juga melindungi Rasulullah s.a.w daripada ancaman pihak Quraisy.

Oleh kerana beliau seorang yang cekal dan pantas bertindak,beliau telah dilantik untuk ditugaskan sebagai Ketua Peninjau pergerakan musuh di antara Makkah dan Syam.Beliau juga adalah seorang panglima perang yang dipilih oleh Rasulullah s.a.w dalam perang Badar.Beliau merupakan seorang yang bijak mengatur startegi perang dan melancarkan serangan dengan tersusun ketika perang meletus hingga memberikan kemenangan kepada pihak Muslimin.





Menulis untuk mengumpul cinta ilahi,ana ♥ :

 photo 742DB9E578B15D087A44B17F43889636_zpsa5893cd8.png

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Asaalamualaikum...
jangan lupa tinggalkan komen anda yerp:)