Rabu, 28 November 2012

Drama Adam Dan Hawa (Sinopsis)

Assalamualaikum semue.hee :) Hari ni aku nak upload drama adam dan hawa.So boleh la korang tngok secara online bagi sesape yg x sempat tengok lagi tu okeyy.best kott citer die :)hehe.Tapi sebelum tu jom bace sikit sinopsis cerita ni :)hehe.


Adam dan Hawa mengisahkan dua insan disatukan dalam satu ikatan yang bukan dipinta mereka. Hanya kerana salah sangka dan berada di tempat kejadian yang salah, Ain Hawani akur dalam terpaksa diijabkabulkan dengan Adam Mukhriz.

Kenyataan yang baru saja berlaku masih lagi tidak dapat diterima Ain dan merasa takdir mempermainkan dirinya. Dia masih muda, masih jauh lagi perjalanannya untuk menikmati kehidupan, tetapi semua itu musnah kerana kini zaman solonya sudah berakhir.

Diarahkan Mohd Feroz Kader, siri drama meruntun kalbu itu tidak ketinggalan membariskan bakat-bakat baru termasuklah Anzalna Nasir, Elfaeza Ul Haq dan Dazrin Kamarudin.

Yang jelas, pergolakan ditonjolkan dalam siri ini bukan seperti kebiasaan kerana pada setiap episod, penonton bakal ditinggalkan dengan tanda tanya mengenai hubungan rumit Adam dan Ain.

Perkahwinan sekadar di atas kertas itu juga memaksa Ain melarikan diri daripada berhadapan realiti yang bukan dipintanya dan sekali gus meninggalkan Adam dalam keadaan ter-pinga-pinga. Dua-duanya tidak salah namun apalah maksud ikatan itu sekiranya tiada cinta hadir dalam diri masing-masing terutama sekali Ain.

Sementelah Ain jauh membawa diri, Adam pula menghitung hari-hari nan sepi menantikan kepulangan isterinya itu. Dalam diam, dia sebenarnya rindu dengan Ain, namun akur dengan keputusan 'isterinya' itu yang masih terkejut dan tidak dapat menerima suratan itu.

Lapan tahun berlalu, bagaikan satu keajaiban, mereka dipertemukan di satu tempat yang tidak terduga, namun pertemuan itulah akan merubah segala-galanya. Bagi Adam, inilah yang dinanti-nantikannya selama ini dan menganggap doanya termakbul manakala Ain sebaliknya terus membenci dan menganggap ikatan mereka sudah lama terputus.

Namun, pada masa sama, kerana pertemuan itu, perasaan Ain seperti diduga dan dia tiba-tiba gementar serta mula tidak keruan sejak bertemu Adam. Tetapi, keegoan mengatasi segalanya tatkala Ain sekeras-nya menidakkan perasaan yang dianggapnya cuma sementara itu.

Apakah kesudahan cinta agung antara dua insan ini dan benarkah takdir sudah menentukan mereka sememangnya ikatan itu adalah milik mereka? Jangan lupa saksikan episod pertama Adam dan Hawa di saluran Astro Mustika bermula 27 Ogos ini, jam 10 malam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Asaalamualaikum...
jangan lupa tinggalkan komen anda yerp:)