ASIAH SI RATU SYAHADAH (PART AKHIR)
Kelebihan Asiah
Pertama, tidak ramai isteri yang mampu menanggung apa yang ditanggung oleh Asiah.
Kedua, Asiah Berjaya membuat kita bingung memikirkan bagaimana beliau boleh bertahan dengan suaminya, bukan manusia yang jahatnya biasa-biasa tetapi manusia ingkar yang mengaku dirinya Tuhan.
Ketiga, Asiah juga kita kagumi ini kerana bagaimana beliau boleh menundukkan nafsunya. Mana tidaknya, harta dan kemewahan di depan mata, yang diidam-idam oleh setiap wanita. Sudah tentu wanita yang cintakan dunia tertunduk dengan semua itu.
Keempat, dialah wanita paling bijaksana dan berpandangan jauh. Tidak membuat keputusan untuk melarikan diri daripada suaminya yang mengingkari Tuhan. Namun, memilih untuk bersabar. Beliau menunggu ganjaran Allah dan langsung tidak kisah dengan apa yang menimpa dirinya kerana keyakinannya yang begitu tinggi bahawa tiada sia-sia setiap ketetapan Allah itu walaupun derita yang diperolehnya setiap saat. Ganjaran dan tujuan hidupnya sangat jelas iaitu hidup dan mati kerana Allah.
Kelima, mulianya Asiah walaupun menyedari dirinya tinggal bersama suami yang hakikatnya sangat tidak layak dimiliki oleh mana-mana lelaki apatah lagi si Firaun, sedikitpun tidak gentar kerana Allah terpahat kukuh di hatinya. Bukan kerana nama Allah itu di hati semata tetapi keimanannya dan tiada rasa ragu sedikitpun di hati terhadap apa yang telah direncana oleh Tuhan. Itulah ketetapan Allah untuknya. Allah sahaja yang berhak ke atas diri dan kehidupannya.
Keenam, beliaulah salah seorang daripada empat wanita yang dijamin memasuki Syurga Allah.
Rasuluallah s.a.w bersabda:
“Ada empat wanita mulia yang juga penghulu segala wanita ,mereka itu ialah
Asiah Binti Muzahim (iateri firaun)
Maryam binti imran ( bonda isa)
Khadijah binti Khuwalid ( isteri rasuluallah) dan
Fatimah Binti Mohamad ( puteri kesayangan rasuluallah )
Asiah adalah simbol teladan bagi wanita beriman yang tetap mempertahankan keimananya kepada Allah, meskipun hidupnya sebumbung
bersama suaminya ,Firaun yang tidak beriman kepada Allah.
“Wahai Firaun, kau boleh seksa zahir aku, sedangkan batin aku tidak.
Engkau boleh potong badan aku, iman aku tidak.”
Ucapan penuh bernilai dari Asiah tatkala menerima siksaan dari Firaun
yang dilaknat…
Ketabahan Asiah memelihara syahadah mentauhidkan Allah SWT telah
diabadikan di dalam Al-Quran Al-Karim. Firman Allah SWT :
“Dan Allah membuat isteri Fir’aun perumpamaan bagi orang² yang
beriman, ketika ia berkata : “Ya Tuhanku, bangunkanlah untukku sebuah
rumah di sisi-Mu dalam Syurga dan selamatkanlah aku dari Fir’aun dan
perbuatannya dan selamatkanlah aku dari kaum yang zalim.” (At-
Tahrim : 11)
Begitulah keteguhan iman seorang srikandi Ummah. Namanya terus
terpahat di dalam sirah, sebagai qudwah hasanah kepada kita sebagai
umat-Nya. Keberaniannya menjaga aqidahnya seharusnya dicontohi oleh
kita semua, khususnya kepada kaum wanita dan umumnya buat kita
semua…
Semoga kita dikurniakan ketabahan hati seteguh Asiah, mujahidah
sejati…amin…
Hayati lagu ini kerana ia menceritakan kisah asiah.*
Engkaulah permaisuri di mahligai tirani
Teguh imanmu walau tersembunyi
Kasihmu kau buktikan sebagai isteri
Namun cintamu untuk Ilahi
Engkau masih isteri yang sejati
Ketika suami dimurka Allah
Istana bukan penjara nikmat yang alpa
Sinar imanmu tak kelam permata
Kau miliki jiwa hamba
Walau di sisimu singgahsana
Sejarah Asiah telah membuktikan
Iman bukanlah penjara di jiwa
Yang selamanya bersembunyi
Tapi kemerdekaan yang hakiki
Yang punya wajah dan jua rupa
Akhirnya imanmu bersuara
Lantas kau dipenjara dan diseksa
Oleh suamimu yang dihina
Di kejauhan istana keangkuhan
Menggamit mata sayunya di jiwa
Namun hatimu tak sudi ke sana
Iman dan akidah lebih utama
Ratu syahadah lalu bermadah
Oh Tuhan binakan istana untukku
Walaupun di dunia ku diseksa
Namun tak terbayar nikmat di syurga
Oh Asiah kau merubah rencana
Bila tanganmu menyentuh bayi
Yang hanyut menongkah arus Sungai Nil
Lembutmu mematahkan keangkuhannya
Firaun merancang kau menghalangnya
Musa terbuang jadi terbilang
Ya Allah…Ya Allah…
Senilagu: Putra Aiman (Hijjaz Records Sdn. Bhd.)
Senikata : Pahrol Md. Juoi (Hijjaz Records Sdn. Bhd.)
Hakcipta : Hijjaz Records Sdn. Bhd.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Asaalamualaikum...
jangan lupa tinggalkan komen anda yerp:)