Khamis, 25 April 2013

.:KHALID AL-WALID /PEDANG ALLAH (PART2) :.




Awal masuk Islam

Pada awalnya Khalid al-Walid ialah penetang Rasulullah.Tetapi setelah 
peperangan menentangislam, beliau tergerak hatinya (hidayah) untuk masuk islam.
Jika melihat sejarah memang aneh, saat Rasulullah SAW menyampaikan awal dakwah 
di Mekah Khalid belum tergerak untuk memasuki Islam. Khalid merupakan musuh 
Kaum Muslimin saat itu, musuh yang paling digeruni kerana kemampuan 
bertempurnya yang hebat. Bahkan disaat Perang Uhud (perang lanjutan setelah 
Perang Badar), perang antara kaum Muslimin dengan Musyrikin Quraisy, Khalid 
sendiri yang memimpin pasukan berkuda kaum Quraisy dan memberikan tentangan 
sengit kepada kaum muslimin, dengan menyerang hendap secara tiba-tiba  setelah 
berudur dari medan pertempuran disaat pasukan pemanah kaum muslimin meninggalkan 
kawasan atas bukit.

Akhirnya hidayah pun datang kepadanya, selepas seketika Perang Uhud, 
Khalid datang ke Kota Madinah untuk menyatakan ikrarnya masuk Islam di hadapan
Rasulullah s.a.w. Subhanallah,Allah memberikan petunjuk dan hidayah kepada sesiapa
pun yang Dia kehendaki. Khalid telah  menjadi mukmin dan ada dialog yang 
menarik dalam proses awal keislamannya. 
 
Khalid : Ya Rasulullah mohon ku minta 
ampunkan untukku terhadap semua tindakan masa lalu ku yang menghalang 
perjuangan di jalan Allah. Rasulullah menjawab :Sesungguhnya 
keislaman itu telah menghapus segala perbuatan yang telah lampau. 
Khalid : Sekalipun demikian ya Rasulullah. Maka Rasulullah SAW berdoa :Ya Allah 
aku mohon engkau ampuni dosa Khalid ibnul Walid terhadap tindakannya 
yang menghalangi jalan-Mu di masa lalu. Keislaman Khalid saat itu diikuti 
juga oleh Amr bin Ash dan Utsman bin Thalhah. Selepas kemasukan Islam 
Khalid, maka Khalid bergabung menjadi pendukung perjuangan menegakkan  Islam 
bersama  Rasulullah SAW.

Semasa Khalid dalam perjuangan Islam terutama di medan jihad, 
pertempuran untuk menjaga keagungan panji Islam, sudah menjadi kebiasaan
bagi dirinya. Dalam Perang Mukta'ah melawan Romawi Timur, Khalid bin 
Walid berhasil memimpin pasukan Muslimin dari kehancuran melawan 
pasukan Romawi yang berjumlah puluhan kali ganda. Dengan strateginya Khalid 
berhasil membawa pasukan Muslimin yang telah dikepung rapat untuk berundur dari 
medan peperangan setelah sebelumnya membuat kekacaun kepada pasukan 
Romawi. Dalam peristiwa Kota Mekah Khalid termasuk 
salah seorang sahabat yang ditunjuk Rasulullah untuk memimpin pasukan 
Muslimin.Dengan izin Allah SWT pasukan Muslimin dapat membebaskan Mekah dari 
Kaum Musyrikin Quraisy tanpa pertumpahan darah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Asaalamualaikum...
jangan lupa tinggalkan komen anda yerp:)