Khamis, 25 April 2013

.:KHALID AL-WALID /PEDANG ALLAH (PART1) :.


GAMBAR HIASAN

Nama Khalid Bin Walid r.a sudah tepahat dalam sejarah sebagai seorang panglima 
yang luar biasa dalam bidang peperanagn terutama dalam strategi perang, 
Khalid mendapatkan gelaran "Saifullah" iaitu pedang Allah . Khalid berasal 
daripada kaum Quraisy, sejak kecil Khalid di didik ilmu ketangkasan peperangan
yang lazim pada zaman itu; berkuda, menggunakan berbagai jenis senjata. Siapakah yang tidak pernah mendengar kisah berkaitan Khalid al Walid r.a seorang panglima islam yang digeruni oleh musuh-musuh Islam. Khalid al Walid r.a ialah seorang yang tangkas, kuat, hebat dan berketrampilan tinggi yang selalu dipilih oleh Rasulullah SAW untuk mengetuai tentera Islam. Pernah Nabi SAW melarang dari membunuh tawanan perang, tetapi Khalid al Walid r.a melanggarnya namun masih tetap Nabi SAW memilih Khalid al Walid r.a sebagai panglima perang disebabkan ketangkasan beliau. Juga ketangkasan Khalid ini pernah direkodkan iaitu ketika persiapan untuk melawan musuh, Khalid al Walid r.a, beliau dengan kudanya menuju dr Iraq ke Mekah unutk menunaikan haji tanpa seorang pun dikalangan tentera Islam sedar akan ketiadaan Khalid al Walid r.a itu. Namun berita ini telah disampaikan kepada Abu Bakar As Sidiq (berita yg disampaikan oleh jemaah haji yang nampak Khalid al Walid r.a) lalu Abu Bakar As Sidiq menghantar surat amaran kepada Khalid al Walid r.a supaya tidak diulangi perkara yang sedemikian, begitulah ketangkasan Khalid al Walid r.a …manusia yang digelar pedang Allah ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Asaalamualaikum...
jangan lupa tinggalkan komen anda yerp:)