Khalid panglima perang Unggul
Sepeninggal Rasulullah SAW, kepemimpinan umat Islam diserahkan kepada sahabat
Abu Bakar Assidiq r.a. Kemurtadan dan nabi palsu merajalela, pemberontakan yang
paling kuat dipimpin oleh Musailamah yang juga mengaku dirinya Nabi di negeri
Yamamah. Pertempuran pun berlaku antara pemberontak kaum murtad di
pihak Yamamah dengan pasukan Muslimin di pimpin oleh Khalid Bin Walid. Awalnya
pasukan Muslimin dikejutkan oleh pasukan Musailamah yang berjumlah besar, dengan
ketegasan dan kebijaksanaan Khalid memerangi musuh islam atas izin Allah SWT,
Khalid mampu membalikkan keadaan menjadi kemenangan di pihak Kaum Muslimin.
Khalifah Abu Bakar Assidiq di Madinah terus melakukan sujud syukur atas nikmat
kemenangan yang Allah SWT berikan ditengah perpecahan umat Islam.
Tugas dan amanah yang diberikan kepadanya senantiasa dijalankan dengan penuh
tanggungjawab dan kedisiplinan tinggi. Karakter kepemimpinan yang tegas tapi
jauh dari kezaliman merupakan karakter dari Khalid bin Walid. Dalam setiap
pertempuran beliau selalu ingat pesan Rasulullah SAW untuk tidak menyakiti
penduduk atau orang awam yang tiada kaitan, hanya memerangi orang-orang yang
memerangi kaum muslimin. Peperangan yang di lakukan sentiasa berpegang dengan
keagungan nilai-nilai islam. Peperangan untuk menjaga dan mengagungkan panji
Islam bukan untuk kepentingan diri.Khalid bin Walid dapat menyelesaikan tugas
yang diamanahkan dengan kejayaan yang besar. Atas izin Allah SWT melalui tangan
Khalid kemenangan demi kemenangan dapat dicapai pasukan Kaum Muslimin dalam
peperangan melawan musuh Islam. Melalui dirinya sebagai ketua panji islam,
Parsi dapat ditaklukan. Kunci kejayaan Khalid bin Walid dalam setiap peperangan
adalah ketegasan dan pegangan yang kuat dengan ajaran Rasulullah
serta disiplin yang tinggi. Pandangannya ketiadaan disiplin satu atau dua
orang yang lari dari peperangan akan meruntuhkan kekuatan pasukan.
Sikapnya terhadap hal ini sangat tegas, hukumannya adalah hukuman mati.
Setelah Parsi ditakluk, perangan dengan Romawi pun tidak terus terjadi.
Perang Yarmuk berkecamuk. Khalid kembali menjadi Panglima
pasukan muslimin bersama Abu Ubaidah dan Ikramah. Pasukan Muslimin dengan
startegi Khalid bin Walid berhasil menguasai pertempuran walaupun
dengan jumlah yang lebih sedikit. Hidup mulia dan mati syahid menjadi semboyan
masing-masing perajurit muslim. Kekuatan apa yang dapat mengalahkan orang-orang
yang bertempur mencari kematian atas dasar keimanan kepada Allah SWT?.
3. Dari panglima tinggi menjadi tentera biasa
Saat pertempuran disaat akhir, sampailah seorang utusan kepada Khalid Bin Walid.
Utusan tersebut dating dari Khalifah yang baru, Umar Bin Khattab r.a yang
menggantikan Abu Bakar r.a yang telah wafat. Surat itu isinya pemberhentian
Khalid dari jawatannya sebagai panglima perang dengan Abu Ubaidah sebagai
pengganti. Dengan tenang Khalid bin Walid membaca surat dan meminta kepada
sahabatnya untuk tidak memberitahukan isi surat kepada siapapun sampai
peperangan berakhir. Pertimbangan Khalid saat itu adalah penting kerana khawatir,
keputusan Khalifah ini dapat memecah belahkan pasukan muslimin. Pertempuran
terus berlanjut sampai akhirnya pasukan muslimin dapat mencapai kemenangan.
Setelah perang tamat. Khalid menjumpai Abu Ubaidah untuk menyampaikan pesan
pengangkatannya sebagai panglima pengganti Khalid.
Adapun pemecatan Khalid oleh Umar Al-Khattab bukan sama sekali berlandaskan
perasaan benci atau tidak suka terhadap Khalid atau iri. Tapi lebih didasarkan
atas pandangan Umar untuk menyelamatkan aqidah umat dan Khalid. Kemenangan demi
kemenangan yang dicapai Khalid dalam pertempuran menjadikannya namanya harum
semerbak. Bahkan ada kecenderungan ketaksuban kehebatan khalid oleh
beberapa orang. Khalifah Umar khawatir umat islam terlalu taksub dengan
kehebatan Khalid dan ada kemungkinan akan mendapatkan fitnah yang besar.
Selanjutnya Khalid kembali berjuang sebagai mujahid tanpa memperdulikan
statusnya diturunkan pangkat. Ketika ditanya beliau menjawab : Aku
berperang bukan untuk Umar tapi kerana Allah SWT. Khalid bin Walid wafat
dengan hanya meninggalkan kuda perang dan pedang. Keinginan beliau ini
mati syahid tidak tercapai.Mungkin hikmah disebalik kehebatan serta
gelaran Saifullah kepadanya menyebabkan Allah SWT tidak memakbulakan
doanya untuk syahid di medan peperangan.
P/S :Setakat ini sahaja kisah Khalid Al-Walid yg ana boleh ceritakan :) Mohon maaf jika terkurang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Asaalamualaikum...
jangan lupa tinggalkan komen anda yerp:)