.:KHALID AL-WALID /PEDANG ALLAH (PART 4) :.
Melepaskan Jawatan.
Selepas pemerintahan khulafa ar Rasyidin berpindah daripada Abu Bakar As Sidiq, kepada Umar Al Khattab, Umar al Khattab telah menghantar surat supaya mengarahkan tugas jeneral/komander tentera Islam berpindah daripada Khalid al Walid r.a kepada orang muda yang hebat iaitu Abu Ubaidah al Jarrah. Hal ini mengakibatkan ramai yang tertanya-tanya, namun bagi Khalid al Walid r.a ianya satu perintah yang harus ditaati dan dipatuhi oleh beliau tanpa berasa ragu-ragu dengan kepimpinan khalifah Umar al Khattab. Lalu, Khalid al Walid r.a dengan senang hati meninggalkan jawatan tersebut dengan kata-katanya yang hebat “aku tidak berperang kerana umar tetapi kerana tuhan umar”…
Apakah yang tersirat disebalik perlucutan jawatan ini? Ianya adalah untuk menunjukkan bahawa setiap perjuangan tentera islam tidak bergantung harap kepada Khalid al Walid r.a semata-mata, bahkan ianya hanyalah semata-mata ketentuan Allah, maka dengan sebab yang sedemikian mengakibatkan Umar al Khattab melakukan perkara yang sedemikian rupa. Ini juga untuk mengelakkan ketaksuban serta fanatic kepada seseorang pemimpin tersebut sehingga mampu gugat akidah umat Islam itu sendiri.
Hal yang demikian tidak sedikitpun “diambil pusing” oleh Khalid al Walid r.a kerana beliau berjuang atas dasar Islam iaitu hanya mengharapkan keredhaan Allah semata-mata tanpa mengharapkan sebarang “habuan” didunia yang sementara. Khalid al Walid r.a merasakan berhak keatasnya untuk mentaati pemerintah selagi pemerintah itu tidak lari dari syariat islam yang sebenar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Asaalamualaikum...
jangan lupa tinggalkan komen anda yerp:)