Jumaat, 29 Jun 2012
Al-Fatihah Buat Allayarham Osman Kering
Rabu, 27 Jun 2012
:: TANGISAN RASULULLAH KERANA WANITA ::
Selasa, 26 Jun 2012
Kisah Kebab,Sayur Dan Aku
Hye semua..assalamualaikum.. :)...ok...aku nak cerite sikit la..malam ni aku makan kebab...ala..makanan oranga arab tu..best jugak la....aku sebenarnya da lama x makan benda ni..huhu...x susah mane pun kalau korang nak buat..simple je...Kalau tak nak makan nasi pun..korang boleh gantikan dengan makanan camni...da cukup mengenyangkan la....lagipun..bahan2 dia seimbang...ade daging,sayuran...cukup bagus untuk kesihatan :)...dan x berlemak..sebab bahannya x menggunakan minyak yg banyak dan roti pun dibakar...so...mungkin ia boleh jadi satu hidangan yang bagus bagi mereka yang rasa bosan makan nasi tu kn..:)
Actually..aku masa kecik-kecik dulu sangatlah anti dengan sayur...sebutlah ape jenis sayur pun...memang aku tak akan makan!muntah balik!teruk,kan?sampai camtue skali...tapi lama-lama aku cuba atasi...aku mulakan dengan hirup tomyam...kebetulan mak aku masak lauk tomyam mase tu..aku cuba ratah sayur tu sikit-,sikit..aku cuba buang fikiran rase nak muntah makan sayur mase tu...dan finally,i made it!Aku da boleh makan sayur walaupun x semuanya...carrot,brokoli...itu antara kegemaran aku skarang!he2..:)..Korang semua jangan jadi macam aku yer!jadikan tabiat suka makan sayur sebab ia bagus untuk kesihatan !Kena biasakan barulah korang x rase janggal makan sayur! he2..alah bisa tegal biasa :)
Isnin, 25 Jun 2012
CARA RASULULLAH S.A.W MENJAGA KESIHATAN DIRI
7 jenis Mata Yang Dicintai Oleh Allah SWT.
Ahad, 24 Jun 2012
♥Al-Kisah Nama Blogger Di Radio♥
♥Hye..Assalamualaikum....ok..malam ni aku syok + happy + excited coz nama aku disebut on air kat salah satu stesen radio kat internet ni....First time dj tu sebut nama aku,terdiam kejap!aku tampa pipi aku ni..betol ke?mimpikah aku?haha..tapi bila cubit rasa sakit,ok aku tahu aku x mimpi...huahuahua....plus,aku ade buat permintaan lagu...saje la kan nak meriahkan suasana...tapi dj die sporting2 la semua..apa lagi..aku pun buat la request banyak -banyak gitu ! haha! Semuanya diputarkan..waAAAAh!..haha!..bestnyer!..ekeke...
Nampak gayanya,memang tiap-tiap malam la aku dengar stesen radio ni..haha...Bukan senang taw nama nak masuk radio...Beruntung sangat..hehe:)...
Deejaynya pulak semua baik-baik......especially dj adam.....ramai peminat taw!Mane taknye...die la yang bertanggungjawab putarkan lagu-lagu yang diminta oleh pendengar..:)..Tapi kadangakala aku tengok susah taw kerjaya sebagai deejay ni...yelah..sebab memerlukan kesabaran tahap maksimun! Yelah..bayangkan..nk penuhi permintaan pendengar ..macam-macam lagu yang diorang mintak...lepas tu,mungkin ade peminat yang berbeza..tapi mintak lagu yang sama...so..kenalah putarkan sekali lagi....bayangkan?Kalau orang yang tak de tahap kesabaran maksimum..memang da lame kene kan?yelah...penat buat kerja yang sama 2 -3 kali..kan?So jangan sesekali ingat menjadi deejay tu satu pekerjaan mudah..sekadar duduk dalam konti,blik hawa dingin...duduk kat kerusi..dan bercakap!nope!Ia bukan sekadar bercakap..tapi perlu ade kemahiran..Communication skill perlu ade..macamane nak berinteraksi dengan pendengar ..sebab pendengar tak nampak muka dj tu..so..dj kene bijak menggunakan kemahiran tu supaya peminat faham ape yang dia cuba sampaikan,right?
Tapi..dalam aku duk suke tu..ada la satu hamba ALLAH ni..mungkin die tengok status yang aku update kat facebook tu...aku excited nama aku disebut kat radio...dia pun hantar la chat kat aku...yang bertulis(sebab bunyi kalau bercakap...xde sound..haha..so bertulis jelah kan? ).."Ala...awak ni...kenapa erk excited bebenor nama ade kat radio tu?stakat nama je pun.ish2"..Hurmm..ade jugak kan orang yang dengki je bila kita happy....Ade aku kesah ?hakhak..at least nama aku ade jugak disebut di radio...ko ade?ade?tak ade kan...hahaha :P (ketawa sindir)...Bukan semua orang dapat peluang camni taw...bila da dapat..mestilah rase teruja kan?ape da....kan?orang nak happy sikit pun x boleh..hukhuk..
Nak tahu tak stesen radio mana yang aku maksudkan tu ?taraa!!!!!!!!!inilah die..stesen radio z.fm♥
dan deejay mana yang aku duk sebut-sebut tadi?haa..ni dia
*Dj adam
*Dj Zack..
terima kasih atas kesudian melayan permintaanku yang banyak itu..hehe..
Nak kasi pantun sikit la ..boleyh?ehem-ehem..(testing)
Terima kasih daun keladi,
Lain kali putarlah lagi !
haha (sounds bad ,right?)..sebab aku mane reti berpantun...aku tibai aje yang terlintas kat pikiran nih..
haa..selain tu..kalau korang nak dengar radio ni...korang boleh klik kat sini :
♥ http://zfmgroup.blogspot.com/ ♥
(promote2..hohoho)
Ok la..sekian sahaja entry aku pada malam ni..(err..malam ke?pagi la..hukhuk..da pukul 2.30pg)
♥ Assalamuaikum semua...muaah! ♥
Tak tido malam la aku..haha..duk termimpi nama ke udara!haha!
dan,,kalau nak buat request lagu & ucapan..sila klik link ni :)
https://www.facebook.com/groups/328151333907209/385535858168756/?notif_t=group_comment_reply
special thanks & credit to :
*Dj adam
*Dj Zack..
terima kasih atas kesudian melayan permintaanku yang banyak itu..hehe..
Nak kasi pantun sikit la ..boleyh?ehem-ehem..(testing)
Terima kasih daun keladi,
Lain kali putarlah lagi !
haha (sounds bad ,right?)..sebab aku mane reti berpantun...aku tibai aje yang terlintas kat pikiran nih..
haa..selain tu..kalau korang nak dengar radio ni...korang boleh klik kat sini :
♥ http://zfmgroup.blogspot.com/ ♥
(promote2..hohoho)
Ok la..sekian sahaja entry aku pada malam ni..(err..malam ke?pagi la..hukhuk..da pukul 2.30pg)
♥ Assalamuaikum semua...muaah! ♥
Tak tido malam la aku..haha..duk termimpi nama ke udara!haha!
dan,,kalau nak buat request lagu & ucapan..sila klik link ni :)
https://www.facebook.com/groups/328151333907209/385535858168756/?notif_t=group_comment_reply
special thanks & credit to :
Sabtu, 23 Jun 2012
Tips Jauhi Zina Hati
♥Sahabat♥..
Jumaat, 22 Jun 2012
Tujuh Perkara Yang Dituntut Dan Tujuh Perkara Yang Ditegah
Rabu, 20 Jun 2012
♥ Kisah Tujuh Keajaiban Dunia ♥
Ketika satu persidangan saintis-saintis seluruh dunia bersidang
Sekumpulan saintis dari pelbagai negara bersidang serta bermesyuarat untuk mengenal pasti untuk memperbaharui “Tujuh Keajaiban Dunia.”
Pada awal kajian, mereka diminta untuk membuat senarai apa yang mereka fikir merupakan “Tujuh Keajaiban Dunia” ketika ini.
Walaupun ada beberapa pihak dari mereka yang tidak dapat mengumpulkan, tetapi sebahagian besar senarai ini diperolehi:
Taj Mahal, India
Christ the Redeemer Statue
Great Wall of China
The Colosseum, Rome, Italy
Petra, Jordan
Machu Picchu, Peru
Chichén Itzá, Mexico
Ketika mengumpulkan senarai pilihan, ketua saintis memperhatikan seorang saintis dari negara mesir, seorang gadis yang pendiam, yang belum mengumpulkan kertas kerjanya.
Jadi, ketua saintis bertanya kepadanya apakah dia mempunyai kesukaran membuat senarainya.
Gadis pendiam itu menjawab, “Ya, sedikit. Saya tidak dapat memilih kerana sangat banyak.”
Ketua saintis berkata, “Baik, katakan pada kami apa yang kamu miliki, dan mungkin kami dapat membantu memilihnya.”
Gadis itu ragu sejenak, kemudian membaca, “Saya fikir, “Tujuh Keajaiban Dunia” adalah. Dia ragu sebentar, dan kemudian menyambung,
Lihat, Mata
Dengar, Telinga
Sentuh, Jari
Menyayangi, Hati
Merasakan, Jiwa
Tertawa, Mulut
Cintai, Hati
Hanya pada satu tempat ‘keajaiban’ ini dapat dikumpulkan tanpa perlu berhijrah berjauh-jauh batu untuk mengkaji dan sebagainya.
Ruang dewan tersebut sunyi seketika. Alangkah mudahnya bagi kita untuk melihat pada eksploitasi manusia dan menyebutnya “keajaiban”.
Sementara kita lihat semua yang telah Tuhan kurniakan untuk kita, kita menyebutnya sebagai “biasa”. padahal semua itu luar biasa dan ajaib.
Dengan spontan ketua saintis itu bertanya, “Adakah saudari sudah berpunya atau pun tidak?”
“Tidak”
Begitulah, setelah melalui dan berakhir persidangan panjang itu, akhirnya gadis itu dilamar oleh ketua saintis itu atas ‘keajaiban’ akal yang luar ‘biasa’.
“Ya Allah! Masukkanlah kami, umat NabiMu Muhammad saw kedalam syurgaMu dan selamatkan kami dari api neraka”.
p/s:Subhanallah. Sungguh indah jika kita sebagai manusia yang sentiasa bersyukur dengan segala niat yang dikurniakan kepada kita ini dan digunakan dengan sebaiknya.
♥ Beruntunglah Diciptakan Sebagai Wanita Islam♥
Nafsu mengatakan wanita cantik atas dasar rupanya, akal mengatakan wanita Cantik atas dasar ilmu dan kepandaiannya, dan hati mengatakan wanita cantik atas dasar akhlaknya
Bagi wanita bacalah dan lihatlah sendiri di mana Allah tempatkan darjat anda sebagai hamba yang disayangi. Janganlah kita salah gunakan!
Ingatlah akan kebesaran Tuhan, Allah itu Maha Adil. Jadi sayangilah mereka seadanya, ingatilah dan ingatkan mereka, nasihatilah mereka, kasihanilah, janganlah kita tempatkan mereka (lelaki) di tempat yang dimurkai Allah (bukan semua lelaki yang tidak bertanggungjawab)
Kaum wanita ingatlah dalam diri anda dikurniakan dengan 1 akal dan 9 nafsu yang boleh dijadikan anda lupa diri, riak, dengki, hilang sabar, marah, malas, hati kurang bersih, mengumpat, mudah terpengaruh dan sebagainya.
Saya kongsikan sedikat perihal berkaitan dengan keistimewaan wanita diciptakan 9 nafsu 1 akal.
Fungsi akal ialah memberi pertimbangan, pendapat atau memilih sesuatu. Biasanya akal menjadi lemah atau hilang pertimbangan jika menghadapi tekanan perasaan.
Di sini wanita lebih banyak menggunakan perasaan dan emosinya berbanding lelaki. Manakala lelaki banyak menggunakan akal daripada perasaan. Ini semua kerana fitrah, wanita diberi tugas biologi yang berbeza seperti mengandungi, menyusui, memelihara anak dan tugas-tugas lain yang lebih memerlukan emosi dan perasaan.
Perasaan dan emosi mempunyai nilai yang tinggi dan amat diperlukan sekali untuk mewujudkan kasih sayang sedangkan akal mengalahkan perasaan dan kasih sayang. Selalunya apabila seorang bapa memarahi dan memukul anaknya, si ibulah yang menenangkan kembali si anak dengan belaian kasih sayang.
Kekurangan akal bagi wanita bukanlah ianya tercela kerana kekurangan ini memang fitrah Ilahi, malah ia adalah kelebihan wanita dan yang patut di banggakan oleh wanita dengan fitrah femininnya.
Wanita juga kurang agamanya yang Allah melonggarkan hak kewajipan agama keatasnya misalnya wanita tidak perlu solat dan puasa semasa haidh dan nifas tidak wajib Juma’at dan berjama’ah di masjid dan tidak wajib ke medan jihad.
Kekurangan kewajipan agama bagi wanita bukanlah bererti wanita kurang pahala atau merendahkan taraf wanita. Masing-masing mendapat ganjaran pahala sesuai dengan tugas dan fitrah kejadian mereka.
Firman Allah: Bagi lelaki ada bahagian dari apa yang mereka usahakan; dan bagi wanita ada bahagian drpada apa yang mereka usahakan. (maksud: an Nisaa’:32)
Walau sealim mana kita, janganlah kita busuk hati. Jagalah nama sesama keluarga, sesama insan kerana tiada yang sempurna dalam dunia ini melainkan Allah s.w.t.
Bagi kita semua (lelaki dan perempuan) boleh melindungi sesama sendiri. Jadi fikirkanlah apa yang patut kita capai dan apa yang patut kita tinggalkan.
Insyallah masa itu akan mengubah segalanya, baik lambat atau cepat sentiasa ingat kepada Allah s.w.t.
Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yang akan ditarik masuk ke dalam neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka yang tidak memberikan hak kepada wanita.
Atuk Kecewa Cinta Hampa
Selasa, 19 Jun 2012
♥ Berkahwin Ketika Belajar? ♥
FASA BARU...melangkah alam perkahwinan bermakna mahasiswa melangkah fasa baru penuh cabaran dan dugaan. - Gambar hiasan |
PELBAGAI CABARAN...dunia pengajian penuh dengan pelbagai dugaan, justeru mahasiswa perlu bersedia berdepan segala kemungkinan andai kata mengambil keputusan untuk berkahwin. - Gambar hiasan |
Isnin, 18 Jun 2012
♥5 Perkara Jangan oleh Lelaki kepada Wanita ♥
ustaz azhar idrus |
♥10 Tips Menjadi Suami Soleh ♥
- Mengambil tanggungjawab 100% memenuhi segala tuntutan nafkah zahir dan batin isteri.
- Memimpin dan menyelesaikan segala konflik yang timbul dengan membuat keputusan berdasarkan akal logik dan rasional. Bukan ikut perasaan. Yang ikut perasaan biasanya si isteri.
- Tidak menyakiti hati isteri. Wanita mempunyai hati yang sensitif dan mudah terasa serta merajuk. Oleh itu, kalian jagalah hati isteri kalian. Jangan berkasar atau ‘naik tangan’ dengan dia. ‘A big no-no’ ye kalau main ‘naik tangan’ ni.
- Membimbing dan mendidik isteri dengan penuh kesabaran.
- Sentiasa berdoa kepada Tuhan agar isteri kalian tu menjadi seorang isteri yang solehah dan mempunyai iman yang teguh. Begitu juga untuk diri kalian sendiri.
- Tingkatkan ilmu keagamaan dengan cara rajin-rajinkan diri ke surau atau masjid untuk mendengar ceramah dan tazkirah. Setelah pulang ke rumah, kalian sampaikan lah pula ilmu-ilmu tersebut kepada isteri kalian selepas kalian berdua selesai solat berjemaah.
- Banyakkan membaca Al-Quran dan buku-buku agama.
- Kerapkan untuk bersolat berjemaah bersama isteri di rumah.
- Jangan sesekali memarahi isteri kalian di hadapan khalayak ramai. Kalian akan menjatuhkan maruahnya. Menjaga maruah isteri merupakan salah-satu tanggungjawab terbesar kalian ya sebagai suami.
- Suami menjadi tempat rujukan buat isteri tak kira soal-soal berkaitan dunia mahupun akhirat. Lengkapkan diri dengan seberapa banyak ilmu yang mungkin.
♥ Tips Untuk Menjadi Isteri Solehah♥
- Jangan sesekali kalian meninggikan suara kalian kepada suami.
- Dengar dengan penuh teliti dan sepenuh perhatian serta tidak berkata apa-apa (jika tidak ditanya) ketika suami kalian sedang berbicara dengan kalian.
- Jalankan tugasan rumahtangga dengan penuh amanah.
- Menjaga maruah keluarga dan status diri serta adab ketika berhadapan di khalayak ramai.
- Tidak mengaibkan atau “membuka pekung di dada” tentang cerita-cerita mengenai hal peribadi kalian dan suami dengan rakan-rakan kalian.
- Sentiasa beri semangat dan motivasi kepada suami dalam kerjaya dan apa juga perancangan masa depan dia demi kebaikan bersama.
- Tidak meninggalkan rumah tanpa izin suami kalian terlebih dahulu.
- Elakkan mencabar atau mengarah-arah suami kalian untuk lakukan sesuatu perkara. Kaum lelaki ni, amat pantang jika ego mereka agak tercabar.