Rabu, 20 Jun 2012

♥ Kisah Tujuh Keajaiban Dunia ♥




Ketika satu persidangan saintis-saintis seluruh dunia bersidang

Sekumpulan saintis dari pelbagai negara bersidang serta bermesyuarat untuk  mengenal pasti untuk memperbaharui “Tujuh Keajaiban Dunia.”

Pada awal kajian, mereka diminta untuk membuat senarai apa yang mereka fikir merupakan “Tujuh Keajaiban Dunia” ketika ini.
Walaupun ada beberapa pihak dari mereka yang tidak dapat mengumpulkan, tetapi sebahagian besar senarai ini diperolehi:

Taj Mahal, India
Christ the Redeemer Statue
Great Wall of China
The Colosseum, Rome, Italy
Petra, Jordan
Machu Picchu, Peru
Chichén Itzá, Mexico
Ketika mengumpulkan senarai pilihan, ketua saintis memperhatikan seorang saintis dari negara mesir, seorang gadis yang pendiam, yang belum mengumpulkan kertas kerjanya.

Jadi, ketua saintis bertanya kepadanya apakah dia mempunyai kesukaran membuat senarainya.

Gadis pendiam itu menjawab, “Ya, sedikit. Saya tidak dapat memilih kerana sangat banyak.”

Ketua saintis berkata, “Baik, katakan pada kami apa yang kamu miliki, dan mungkin kami dapat membantu memilihnya.”

Gadis itu ragu sejenak, kemudian membaca, “Saya fikir, “Tujuh Keajaiban Dunia” adalah. Dia ragu sebentar, dan kemudian menyambung,

Lihat, Mata
Dengar, Telinga
Sentuh, Jari
Menyayangi, Hati
Merasakan, Jiwa
Tertawa, Mulut
Cintai, Hati
Hanya pada satu tempat ‘keajaiban’ ini dapat dikumpulkan tanpa perlu berhijrah berjauh-jauh batu untuk mengkaji dan sebagainya.

Ruang dewan tersebut sunyi seketika. Alangkah mudahnya bagi kita untuk  melihat pada eksploitasi manusia dan menyebutnya “keajaiban”.

Sementara  kita lihat semua yang telah Tuhan kurniakan untuk kita, kita menyebutnya sebagai “biasa”. padahal semua itu luar biasa dan ajaib.

Dengan spontan ketua saintis itu bertanya, “Adakah saudari sudah berpunya atau pun tidak?”

“Tidak”

Begitulah, setelah melalui dan berakhir persidangan panjang itu, akhirnya gadis itu dilamar oleh ketua saintis itu atas ‘keajaiban’ akal yang luar ‘biasa’.

“Ya Allah! Masukkanlah kami, umat NabiMu Muhammad saw kedalam syurgaMu dan selamatkan kami dari api neraka”.

p/s:Subhanallah. Sungguh indah jika kita sebagai manusia yang sentiasa bersyukur dengan segala niat yang dikurniakan kepada kita ini dan digunakan dengan sebaiknya.

1 ulasan:

Asaalamualaikum...
jangan lupa tinggalkan komen anda yerp:)