Ahad, 3 Ogos 2014

::TUTORIAL KHUFI KHAT ::


Assalamualaikum wbt sahabat fillah yang dikasihi semua,Alhamdulillah ala kulli ni'mah.Setelah sekian lama menyepi dari berblogging kerana tuntutan jaduan sebagai seorang pelajar tahun akhir yang padat menyebabkan pemilik tidak dapat meluangkan untuk berblogging.Kini,Alhamdulillah,selesai tugas sebagai seorang pelajar di Tatiuc selama 3 tahun (Ketika entri ni ditulis,penulis sedang menunggu mase untuk konvokesyen akhir bulan 9 nanti :) ) .Baiklah,malas nak merapu banyak-banyak nah.Straight to the point,sebenarnya tujuan entri ni ditulis sebab ramai yang nak tahu cara mudah nak buat jenis tulisan yang makin dapat perhatian sekarang ni yakni tulisan khat Kufi.Oke,ape tu khat kufi?Yang tu kita cerita dalam other entri okeyh.Now,let's do some simple step tu make khat khufi ! Beri perhatian dan fokus ya ! Benda ni perlu banyak kesabaran.Tak fokus,tak menjadi,tak dapatlah ieyra nak tolong keyh  ! ^_^.

 1.Oke,pertama -tamanya sebelum mula ape-ape,start it with Bismillah oke ! . Dah? Alhamdulillah.Oke,Bende pertama yang kalian perlukan adalah F.O.C.K.S ni (Friend Of Khufi Square).Kalau takde benda nih,maka tak akan menjadi mahupun terhasil khufi khat kome semua 


2.Oke,dah save gambar F.O.C.K.S tu kan? Good.Now,Bende kedua yang kalian perlukan adalah Microsoft excel .Mostly semua laptop ade la bende ni kan.Yang selalu kalian guna untuk buat jadual tu.Got it,rite?





3.Ok,sekarang bila dah ade kedua dua bende ni,bila korang bukak Microsoft Excel tu,korang tekan Ctrl + A dekat keyboard laptop korang.Yang macam ni.Tekan serentak okeyh.Tujuan tekan benda alah dua ni untuk highlightkan semua kotak dalam microsoft excel tu.Ade paham ?

 

4.Okey ,setep berikutnya .Lepas dah tekan Ctrl + A tu,automatik semua kotak akan dihighlightkan macam ni kan? 

Okey,lepas korang dah highlight,korang nampak tak items FORMAT yang ieyra highlight tu? Sekarang,klik dekat item FORMAT tu,dan pilih "Columm Width".


Bila korang dah tekan Columm Width tu,kotak ni akan keluar (macam gambar dibawah ni ).Dalam petak tu,korang tulis saiz colum korang 2.2 .Okay.Faham setakat ni ? :)


Hasilnya,kolum atau petak korang akan jadi kecik-kecik cenggini haa ^_^


5. Baik,untuk memulakan buat tulisan khat khufi,korang tengok gambar F.O.C.K.S yang ieyra bagi masa mula-mula tadi.Contoh,kalau kita nak buat huruf  "BA".Untuk buat tulisan khat ni,pastikan korang tekan button Ctrl dekat keyboard laptop korang dan highlightkan petak mengikut huruf yang kornag tengok tadi secara serentak . { Maksudnya,sambil korang tekan ctrl,sambil korang highlight petak tu untuk membentuk huruf  "BA" . Macamane nak bentuk huruf ?Oke kalau tak faham tengok gambar di bawah ni ya ^_^. Nampak tak korang highlightkan je petak mengikut bentuk huruf macam mana yg korang nak dalam F.O.C.K S yg ieyra suruh korang save mula-mula tadi.




#Pesanan : Ketika korang highlightkan /nak bentukkan huruf huruf dekat petak ni,make sure korang setiasa tekan Ctrl okey.Sebab kalau korang terlepas Ctrl tu,korang terpaksa buat dari awal balik.Sebab tu ieyra cakap nak belajar buat bende ni kena pastikan banyak-banyak sabar okey.


* Kalau korang nak gabungkan pun boleh.Khat khufi ni memerlukan kreativiti korang.Mendidik otak kita lebih kreatif.Heh. :) Macam dalam gamabr kat bawah ni ieyra buat perkata "baca" .Dan ieyra gabungkan huruf  " Cha" dan "Alif".Korang boleh sambungkan huruf atau gabungkan mengikut kesesuai design huruf yg diberi dalam F.O.C.K.S yang korang suka.



6. Okey,lepas dah siap buat huruf atau ejaan yang korang nak,klik pada kotak "Fill" dekat bahagian atas untuk tukar warne huruf khat kufi korang.Barulah menarik,rite? ^_^. Contoh macam dalam gambar kat bawah ni


7.Okay,lepas dah siap buat khat tu,mesti nak letak background pulak kan ? .Oke,tengok gambar kat bawah ni.Sambil tekan Ctrl,pastikan korang highlightkan petak serentak.Stepnya sama je macam kita nak buat huruf tadi .Besar mana petak background korang nak,korang highlightkan jelah.Faham ? :)


Lepas korang highlightkan dan pilih warna dekat kotak "Fill" tu,hasilnya akan jadi macam nih 


8.Okey.Sekarang dah siap korang punya khat kufi dengan warna dan backgroundnya.Masa untuk save la pulak kan. Oke,dah siap semua khat,korang highlightkan semua khat berserta backgroundnya.Tak faham tengok gambar ni ye ^_^

Now,klik " Copy"



Lepas korang tekan copy tu,nampak tak akan keluar garis putus-putus tu ?


Oke,now korang paste kan aje dekat Photoscape ke,Adobe Ilustrator ke,dekat Photoshop ke,dekat Paint ke (Paint ni biasanya dah memang ade dalam laptop korang.So senang .Paste aje ) .Dah paste,kemudian save la format jpeg (gambar).Now dah siap khufi khat kita ! Yeay.Alhamdulillah ! :)

#Baiklah,sekian sahaja tutorial khufi khat untuk kali ini.Mudah kan ? :) Takyah nak install ape ape.Guna microsoft Excel aje.Tak faham tanya je ye. Boleh inbox ieyra kat Facebook.Thanks guys for spend time reading this tutorial ! Hope dapat ikut dan mudha untuk korang ! :)



Menulis untuk mengumpul cinta ilahi,ana ♥ :
 photo 742DB9E578B15D087A44B17F43889636_zpsa5893cd8.png






4 ulasan:

  1. Alhamdulillah, terima kasih atas ilmu yang telah dikongsi bersama. walaupun lambat2 saya 'merangkak' tp saya puas dan bersyukur dengan hasilnya.

    BalasPadam
  2. dah lama cari tutorial ni..syukran sis

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah, banyak benda, grafik, lagu dan sebagainya mencerminkan islamik.
    Tetapi sayang, dari gambar yang ditunjukkan bahawa anda menggunakan perisian sepertinya cetak rompak, ini kerana ianya tidak diaktifkan.
    Saya harap ianya bukan cetak rompak, ini kerana, akibat punca, semuanya sia-sia.

    BalasPadam
  4. perkongsian yg terbaik , moga Allah permudahkan sis, jangan lupa kunjungi blog saya juga, ibnuraha.blogspot.com, jemput2 ��

    BalasPadam

Asaalamualaikum...
jangan lupa tinggalkan komen anda yerp:)