Suatu hari Abu Jahal telah menghina dan mencerca Rasulullah s.a.w di Bukit Safa.Pada ketika itu,Saidina Hamzah sedang berburu.Dlam perjalanannya pulang,beliau diberitahu tentang penghinaan itu oleh 2 orang wanita.Saidina Hamzah amat marah dan mencari Abu Jahal yang sedang berbincang dengan oembesar Quraisy di Masjidil Haram.Beliau memukul kepala Abu Jahal dengan busar panahnya sehingga berlumuran darah.Kemudian beliau berkata "Sesiapa yang berani menghalang dan mencabar aku,silakan!"Telah jelas kepadaku bahawa Muhammad itu ialah Rasul Allah dan ajaran yang dibawanya adalah benar.Demi Allah,aku ialah pengikut Muhammad.Kalau kamu berani,halanglah aku ".Inilah detik pengislaman Saidina Hamzah.Sikap beliau ini didorong oleh perasaan kasih dan cinta kepada Rasulullah s.a.w serta kebenaran yang dibawa baginda.Pengislamannya ini menyebabkan umat islam semakin kuat dna dihormati.Oleh itu pemimpin Quraisy mulai gentar untuk menindas umat islam sesuka hati mereka.
Antara sumbangan utama Saidina Hamzah ialah melindungi Rasulullah s.a.w dari ancaman musuh serta penglibatan dan peranannya dalam semua peperangan yang melibatkan kamu muslimin.Beliau juga banyak berkorban untuk menegakkan agama Allah.Selain itu,beliau juga sentiasa mengambil berat akan persaudaraan tanpa mengira pangkat dan kedudukan.Saidina Hamzah juga banyak membantu perkembangan dakwah islam hingga dihormati masyarakat luar.
Dalam perang Uhud beliau telah gugur sebagau syuhada setelah ditikam curi dengan lembing oleh seorang hamba sahaya bernama Wahsyi bin Harb yang dijanjikan pembebasan oleh pemiliknya,Jubair bin Muth'im sekiranya dapat membunuh Saidina Hamzah.Setelah dibunuh,hati beliau telah dilapah oleh Hindun bin Uthbah,isteri Abu Sufyan kerana ingin membalas dendam di atas kematian bapanya,Utbah bin Rabi'ah.
Sekian .
p/s: Subahanallah,begitu hebat kasih sayang seornag bapa saudara dalam membantu tegakkan syiar islam.
Menulis untuk mengumpul cinta ilahi,ana ♥ :
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Asaalamualaikum...
jangan lupa tinggalkan komen anda yerp:)