Isnin, 17 Jun 2013

BILAL BIN RABAH :MUAZIN PERTAMA DALAM ISLAM (PART 1)





MUKADIMMAH TENTANG BILAL BIN RABAH 

Bilal bin Rabah, sahabat nabi yang berkulit hitam, adalah muazin pertama dalam Islam dan juga bekas hamba abdi yang dilantik oleh Rasulullah S.A.W untuk melaungkan azan lima kali setiap hari. Sehinggakan apabila tibanya waktu solat, golongan malaikat begitu ternanti-nanti laungan azan dari Bilal.
Terdapat satu kisah, saorang sahabat meminta keizinan dari Nabi Muhammad S.A.W untuk melaungkan.
Namun, Rasulullah S.A.W agak keberatan untuk membenarkannya. Selepas puas memujuk Rasulullah membenarkannya untuk melaungkan azan Subuh.

Sewaktu ingin menunaikan Solat Zohor, “penduduk langit”  iaitu malaikat turun untuk bertemu Baginda S.A.W dan bertanya kepadanya’  “Wahai Rasulullah, adakah kamu tidak solat Subuh pagi tadi??”. 
Baginda menjawab, “Sudah tentunya aku Solat Subuh pagi tadi.”

Malaikat berkata lagi, “tetapi mengapa kami tidak mendengar azan dilaungkan Subuh tadi??”
Baginda terus berkata, “Bukan Bilal Bin Rabah yang melaungkan azan Subuh pagi tadi tapi sahabatku yang lain.”

Rasa berat hati Rasulullah S.A.W benar-benar ada sebabnya. Baginda S.A.W merasakan hati sahabat tersebut mempunyai masalah menyebabkan laungan azan yang cukup merdu didengar Subuh tadi, dengan penuh tajwid, harakat dan tarannumnya serta penampilannya yang hebatdari segi pakaian, rupa parasnya yang tampan beserta wangiannya yang mahal tidak mampu didengar oleh penghuni langit.

Adapun Bilal Bin Rabah yang kulitnya hitam legam, pakaian yang amat sederhana dan suara tidak semerdu sahabat tadi, azan yang dilaungkannya dapat didengar oleh penghuni langit. Itulah tanda keikhlasan Bilal Bin Rabah.

Selepas kewafatan Rasulullah S.A.W, Bilal tidak dapat melaungkan azan lagi kerana hatinya akan menjadi begitu sebak dan air matanya terus mengalir. Kasih sayang Bilal kepada Rasulullah S.A.W begitu tinggi dan melebihi kasih sayangnya terhadap manusia lain.

Penolakan Bilal Bin Rabah menjadi muazin selepas kewafatan Rasulullah S.A.W bukanlah disebabkan ketiadaan Rasulullah, tetapi kerana Bilal tidak mampu melaungkannya lagi disebabkan perasaan hibanya tatkala menyebut nama ‘Muhammad Rasulullah’. Menariknya, laungan azan oleh Bilal pernah menyebabkan tentera Islam berjaya menawan Kota Baitulmaqdis. 


Penat tapi suka menulis,sincerly,ana:
 photo 742DB9E578B15D087A44B17F43889636_zpsa5893cd8.png

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Asaalamualaikum...
jangan lupa tinggalkan komen anda yerp:)