Selasa, 14 Mei 2013

ASMA' ABU BAKAR (PART 3)


Setelah usianya menginjak dewasa Asma' telah dinikahkan dengan Zubair bin Awwam r.a iaitu salah seorang di kalangan sepuluh sahabat yang dijanjikan syurga oleh Rasulullah s.a.w. Mereka dikurniakan beberapa orang anak iaitu: Abdullah, Urwah, Mundzir, Asim, Muhajir, Khadijah, Ummul Hasan dan 'Aisyah.

Asma' binti Abu Bakar berkata, "Ketika aku menikahi Zubair, dia belumpun mempunyai rumah, juga tidak mempunyai hamba. Dia tidak memiliki apa-apa di muka bumi ini selain kudanya. Akulah yang biasanya menggembala kudanya, memberinya makan, dan merawatnya. Selain itu aku juga yang menggiling kurma, menggembala unta, memberinya minum, dan membuat roti. Sebenarnya aku tidak begitu pandai membuat roti, jadi jiran tetanggaku di kalangan orang Ansarlah biasanya membuatkan roti untukku. Mereka adalah wanita-wanita yang ramah."

Asma' sering menjujung buah kurma di kepalanya dari hasil tanah milik Zubair yang telah dihadiahkan oleh Rasulullah s.a.w kepadanya. Tanah itu jauhnya sekitar 2 batu dari rumahnya. Suatu hari, Asma' sedang membawa bji-biji kurma itu di atas kepalanya, tiba-tiba di pertengahan jalan beliau telah bertemu dengan Rasulullah s.a.w dan sebilangan para sahabat r.a. Lalu Rasulullah s.a.w mempelawa Asma' untuk menaiki kenderaan baginda. Asma' merasa malu berjalan bersama laki-laki. Dan beliaupun segera teringat akan Zubair dan kecemburuannya. Karena Zubair termasuk orang yang kuat cemburunya. Dan ketika Rasulullah s.a.w melihat Asma' yang pemalu itu, baginda pun segera pergi meninggalkannya. Setelah itu, Asma' pun pergi menemui suaminya dan menceritakan kejadian tersebut, "Tadi Rasulullah s.a.w bertemu denganku ketika aku sedang menjunjung kurma di kepalaku. Ada sebilangan para sahabat bersama baginda. Baginda mendudukkan untanya supaya aku dapat menunggang unta itu, tetapi aku sangat malu dan aku tahu rasa cemburumu." Zubair berkata, "Demi Allah, engkau menjunjung biji kurma adalah lebih berat bagiku daripada kamu berkendaraan mengiku baginda"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Asaalamualaikum...
jangan lupa tinggalkan komen anda yerp:)