Isnin, 20 Mei 2013

ASIAH SI RATU SYAHADAH (PART 3)



Mendapat Putera Bakal Nabi

SUNGAI NIL

Suatu hari, Firaun bermimpi, Mesir ditimpa bencana kebakaran dan penduduknya mati melainkan bani Israel. Firaun memerintahkan ahli nujumnya supaya menafsirkan mimpi yang dialaminya itu. Mengikut firasat ahli nujum Firaun itu, kuasa negara yang diperintah oleh Firaun akan jatuh ke tangan seorang lelaki  daripada kalangan bani Israel. Menurut ahli nujum itu juga, seorang lelaki daripada bani Israel akan lahir dan lelaki itu akan menjatuhkan kekuasaan Firaun. Firaun berasa sangat takut dengan penafsiran mimpinya itu lantas dia memerintahkan kepada askar-asarnya supaya semua bayi lelaki yang baru lahir dibunuh hidup-hidup.  
Seorang ibu bernama Yukabad berasa gelisah kerana bimbang bayi lelakinya akan dibunuh oleh Firaun. Ibu yang bernama Yukabad ini adalah ibu kepada Nabi Musa. Kelahiran Nabi Musa dirahsiakan kerana beliau begitu bimbang dengan keselamatan Nabi Musa.
Askar-askar Firaun kemudiannya datang menggeledah rumah Yukabad. Nabi Musa diletakkan di dalam tempat pembakar roti bagi mengaburi pandangan mereka.
Ternyata Alah menyelamatkan Nabi Musa daripada terbakar. Namun, oleh sebab risau akan keselamatan anaknya, apabila Nabi Musa mencecah umur tiga bulan, Yukabad menghanyutkan bayinya ke Sungai Nil. Kakak Nabi Musa mengintip ke mana adiknya yang terapung di sungai itu dibawa arus. Kuasa Allah Yang Maha Agung, Nabi Musa yang dihanyutkan itu ditemui oleh Asiah ketika beliau sedang mandi.
Atas sifat keibuannya dan keinginannya untuk memiliki cahaya mata, Asiah membawa bayi itu pulang ke istana. Melihat isterinya membawa seorang bayi lelaki, Firaun dengan tidak teragak-agak menghunuskan pedang bagi membunuh Nabi Musa. Namun, Asiah meminta kepada Firaun supaya tidak membunuh bayi itu kerana dia ingin menjadikan bayi tersebut sebagai anak angkat kerana Asiah sendiri tidak mempunyai anak. Setelah mendengar permintaan daripada Asiah itu, Firaun menjadi tidak sampai hati untuk membunuhnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Asaalamualaikum...
jangan lupa tinggalkan komen anda yerp:)