Isnin, 29 April 2013

KHAULAH AL-AZWAR AL-KINDI (PART 2)

Khaulah Al-Azwar, Serikandi Medan Jihad

                   Dalam satu pertempuran yang sengit, panglima Khalid bin al-Walid telah memerhatikan
seorang penunggang kuda yang tinggi,berbekalkan serban hijau dan menggunakan skaf sebagai topeng di muka terus meluncur laju ke arah musuh,  seluruh mukanya bertutup, hanya kelihatan matanya
sahaja. Ternyata padanya tanda-tanda ketangkasan yang luar biasa. Dia seringkali berada di hadapan
lelaki, seumpama api yang marak membakar. Handal dan cermat mempamerkan kehandalannya berkuda dan bertempur dengan tombak. 
Beliau meluncur laju ke arah barisan musuh, membunuh seorang demi seorang dengan menggunakan tombaknya, lalu meluncur pula ke arah barisan musuh di bahagian lainnya pula lalu mencederakan dan membunuh musuh yang lain. Pertempurannya secara solo melawan musuh-musuh tanpa rasa gentar walaupun bersendirian. 
Dalam perang Yarmuk, perang utama yang menjadi medan kepada pembukaan kota Syam, beliau menjadi salah seorang yang menonjol dan memimpin kaum wanita yang turut serta terlibat Bahkan, beliau turut mengalami kecederaan di kepala dalam peperangan yang sangat bersejarah itu.
Namun, kisah kehandalannya bertempur yang paling masyhur adalah dalam satu operasi tentera Muslimin untuk menyelamatkan saudara lelakinya iaitu Dhirar yang telah ditawan tentera Rom sewaktu satu peperangan di sekitar Damascus. Lantas, Khaulah telah turut serta dalam operasi tersebut. Raafe bin Umaira, panglima skuad sebelum ketibaan Khalid mengungkapkan ketakjubannya tentang Khaulah yang ketika itu belum mengetahui bahawa beliau adalah Khaulah kerana ketika itu beliau bertopeng, ”Beliau berlawan seperti Khalid, namun jelas beliau bukan Khalid”.
 
 Kagum terhadap pemandangan yang menakjubkan tersebut, pasukan Muslimin masih belum dapat melihat siapa gerangan pejuang itu, kecuali bahwa dia adalah postur seorang anak muda dan sepasang mata yang tajam bercahaya di atas kudanya. Sang pejuang nampaknya seperti mahu membunuh diri kerana dengan pakaian dan tombak yang berlumuran darah dia kembali menyerang tentera Romawi. 
Keberanian sang pejuang memberikan semangat baru bagi kelompok Rafi yang semuanya hampir kalah sebelum kedatangan pasukan Khalid bin al-Walid, semangat yang ditunjukkan Khaulah membuatkan mereka terus terlupa akan kepenatan yang ada dan terus menyerbu ke arah medan perang dengan semangat juang yang tinggi.
Penunggang berani mati itu terus diikuti oleh pejuang yang lain lalu meneruskan pertempuran dengan tentera Romawi ketika seluruh pasukan kaum Muslimin menyerbu. Lalu  Khalid mendekati sang penunggang kuda itu lalu bertanya, “ Wahai pejuang, tunjukkanlah wajahmu!” Sepasang mata hitam berkilat menatap Khalid sebelum berbalik dan kembali menyerang tentara Romawi. Setelah selesai peperangan itu, semua pejuang muslimin yang lain tertanya-tanya siapakah gerangan beliau. Maka, Khalid Al-Walid telah memintanya membuka kain penutup wajahnya. Namun Khaulah enggan berbuat demikian. Setelah itu Khalid memintanya menyebutkan namanya. Itu juga tidak dipenuhi oleh beliau hingga menaikkan darah panglima itu.Tindakannya ini telah membuatkan
Khalid hilang kesabaran lalu menerpa ke arahnya, seraya menjerit, ''Biadap kau! Kau telah telah
mengacau hati orang ramai dan hatiku. Lebih baik kau perkenalkan saja dirimu dan dari mana
kamu datang?'

Kemudian beberapa orang tentera Khalid menyusulnya dan berkata kepadanya. “ Wahai pejuang yang mulia, ketuamu telah memanggilmu dan engkau telah pergi darinya! Tunjukkan kepada kami wajahmu dan sebutkan namamu agar engkau dapat dihormat selayaknya.” Sang penunggang kuda kembali pergi seolah dengan sengaja merahasiakan identitinya.
Ketika sang penunggang kuda kembali dari serangannya, dia berlalu di sisi Khalid, yang menyuruhnya dengan tegas untuk berhenti. Dia menarik kudanya berhenti, Khalid bertanya : “ Engkau telah berbuat banyak pekara yang memenuhi hati kami dengan kekaguman. Siapakah kamu ?”
Setelah melihat Khalid Al-Walid seakan marah kepadanya, lalu dia pun menjawab; “Aku Khaulah binti Al-Azwar. Aku sedang bersama sekumpulan wanita, kemudian datang kepadaku khabar yang mengatakan saudaraku Dhirar telah ditawan musuh. Maka, aku pun terus menunggang kudaku dan menyertai pertempuran ini.”
Khalid hampir terjatuh dari kudanya ketika dia mendengarkan jawapan dari penunggang kuda yang bertopeng, kerana yang didengarnya adalah suara seorang gadis. “Suara itu menjawab, ''Aku Khaulah binti al-Azwar. Ketika aku sedang bersama-sama
wanita lain, tiba-tiba datang satu berita memberitahuku, bahawa saudaraku Dhirar bin al-Azwar
telah ditawan. Maka aku tidak dapat menahan kesabaranku, lalu aku terus menunggang kuda
ke sini. Sesungguhnya aku terpaksa melakukan apa yang telah aku lakukan ini.''
Khalid al-Walid merasa begitu kagum lagi dengan jawapan dan tindakannya itu. Lantas
memuji-muji Khaulah atas keberanian dan keikhlasannya terhadap saudaranya itu. Maka Khalid
berkata kepada Khaulah lagi. ''Kita akan menggempur musuh sekali lagi selepas ini dan aku
berdoa kepada Allah agar kita dapat menemui saudaramu, supaya kau dapat
membebaskannya nanti.'' 
Khalid kagum dengan Al-Azwar, yang menjadi ayah kepada pejuang yang berani, baik lelaki mahupun perempuan. “ Kalau begitu bergabunglah bersama kami” ucap Khalid. Kesedihan dan kemarahan tentang berita tertawannya saudara lelaki yang amat dikasihinya iaitu Dhirar bin al-Azwar lantas membuatnya tampil ke medan perang sebagai pejuang, dan tidak lagi berada di barisan belakang sebagai merawati tentera yang terluka dan mengurus perbekalan sebagaimana yang dilakukan sebelumnya bersama para wanita yang ikut dalam peperangan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Asaalamualaikum...
jangan lupa tinggalkan komen anda yerp:)