Ahad, 16 Disember 2012

Suntikan Hpv

Assalamualaikum dan selamat malam semua kwan-kawan :) .Malam ni aku ade sedikit cerita yang menarik untuk dikongsikan dengan korang.Oke,pagi tadi,aku telah diberi suntikan pelalian HPV yang diwajibkan kepada gadis berumur 18 tahun dan ke atas.Tapi sebab mase umo 18 tu x sempat ambil..so pihak kesihatan telah datang ke ipt aku untuk bagi suntikan bagi yang belum dapat.Korang tahu tak ape itu HPV ? ia adalah akronim bagi perkataan Human Papilloma Virus .Suntikan ini diberi kepada kaum wanita untuk mengelakkan kanser servik yang menjadi kanser yang paling ditakuti wanita masa kini.Malah,sekiranya seseorang wanita itu ingin berkahwin pun,mereka perlu menjalani ujian pap smear kanser servik supaya tahap kesihatan mereka terjaga.
Oke , nak dijadikan cerita...lebih kurang pukul 10 pagi,aku dan kengkawan kelasku yang lahir tahun 93 bergerak ke dewan untuk mendengar taklimat mengenai suntikan hpv ni,Selepas tu , kiteorang diminta mengisi borang kebenaran suntikan ni..
cute je kad die.haha


Banyak jugak la prosedur die..Seriously,aku nebes gile mase taw nak kene cucuk!Ase nak nangis taw dak!!Jujur..aku memang takot dan fobia dan takut dengan jarum...last cucuk pun mase form 3..ingat tak...suntikan ape ntah....yang kancing gigi tu kan?...So bile nak kene cucuk balik ni rase cuak gile kott.Pulak tu lame gile nak sampai turn..lagi berdebar bile tengok kawan aku dicucuk.macam2 reaksi,,,adess!kuss semangat aku....Tapi bile sampai turn aku,..aku cube beranikan die...walaupau hakikatnya,,,ketaq lutut cek!...Memang aku langsung x pandang jarum uh...N nasib baik jugak nurse tu baik...die tenangkan aku,,,,so ase nak tergelak pun ade...haha...

Sebenarnya..nebes ni tak hilang lagi pun,...sebab ni baru dos pertama...! dos kedua dan ketiga akan menyusul 20.1.2013 dan 23.6.2013....fuhh!Nak kate sakit...ade la sakit tu...normal la kan..tapi kuatkan diri anda oukeyy! :) Suntikan ni ade effect jugak taw..

-Kita akan rasa sakit kat tempat cucuk.
-Tempat suntikan akan menjadi kemerahan
-Rase pening dan loya

Aku ade jugak rase pening dan loya tadi...tapi x de teruk sangat la..Alhamdulillah....Oh ye.lupe pulak nak cakap...klinik yang datang bagi suntikan tu adalah klinik LPPKP Nur Sejahtera Cawangan Dungun....(dekat je rupenyer )....Klinik ni banyak cawangan ..


LAMPIRAN A
SENARAI KLINIK NUR SEJAHTERA LPPKN
NEGERI JOHOR
Klinik Nur Sejahtera Johor Baharu
Kawasan Hospital Sultanah Aminah
80100 Johor Baharu, Johor.
Tel/Fax : 07-2235232
Klinik Nur Sejahtera Kluang
Jalan Hospital
86000 Kluang, Johor
Tel/Fax : 07-7713344
Klinik Nur Sejahtera Muar
Tingkat Bawah, Wisma M. Jayasingam
No. 52A, Lorong Pasamanickam,
Jalan Khalidi,
84000 Muar, Johor
Tel/Fax : 06-9514159
Klinik Nur Sejahtera Segamat
Kawasan Hospital Segamat
Jalan Muar
85000 Segamat, Johor
Tel/Fax : 07-9311003
Klinik Nur Sejahtera Batu Pahat
Lot G14 & G15, Plaza Lian Hoe,
Jalan Mohd Akil,
83000 Batu Pahat, Johor.
Tel : 07-4342315
Klinik Nur Sejahtera Pontian
No.202, Jalan Allsagoff
82000 Pontian, Johor
Tel/Fax : 07-6873696
Klinik Nur Sejahtera Kota Tinggi
Jalan Tun Habab,
81900 Kota Tinggi, Johor
Tel/Fax : 07-8831876
NEGERI KELANTAN & TERENGGANU
Klinik Nur Sejahtera Kota Bharu
Peti Surat 12,
Lot 29 & 31, Seksyen 20,
Wakaf Siku, Jalan Sultan Yahya Petra,
15200 Kota Bharu, Kelantan.
Tel/Fax : 09-7445634
Klinik Nur Sejahtera Kuala Terengganu
No.19, Tingkat 1,
Pusat Niaga Paya Keladi,
20700 Kuala Terengganu, Terengganu.
Tel : 09-6305211
Klinik Nur Sejahtera Dungun
JKR 6/3, Jalan Yahya Ahmad
23000 Dungun, Terengganu.
Tel/Fax : 09-8441108
Klinik Nur Sejahtera Besut
Tingkat 1, Lot 257, Jalan Mokmek,
22000 Besut, Terengganu.
Tel/Fax : 09-6972633
NEGERI SEMBILAN & MELAKA
Pusat Keluarga Seremban 2
Persiaran S2/B3, Seremban 2
70300 Seremban, Negeri Sembilan.
Tel : 06-6014443
Fax : 06-6014445
Klinik Nur Sejahtera LPPKN
Persiaran S2/B3, Seremban 2,
70300 Seremban, Negeri Sembilan.
Tel : 06-6014443
Fax : 06-6014445
Klinik Nur Sejahtera Kuala Pilah
Tingkat Bawah, No.1, Jalan 1,
Taman Damai
72000 Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
Tel : 06-4814518
Fax : 06-4810215
Klinik Nur Sejahtera Senawang
No. 50-G, Jalan TKS 7
Taman Komersial Senawang
70450 Senawang, Negeri Sembilan.
Tel : 06-6786602
Fax : 06-6786629
Klinik Nur Sejahtera Gemas
No. 8, Tingkat Bawah, Jalan Tampin
73400 Gemas, Negeri Sembilan.
Tel/Fax : 07-9482600
Klinik Nur Sejahtera Port Dickson
73G, Jalan Dato K.Pathmanaban,
71000 Port Dickson, Negeri Sembilan.
Tel : 06-6474544
Fax : 06-4814518
Klinik Nur Sejahtera Melaka
24A, Lorong Banda Kaba
75700 Melaka
Tel/Fax : 06-2839413
NEGERI PAHANG
Klinik Nur Sejahtera Bentong
No.43, Jalan Loke Yew,
28700 Bentong, Pahang
Tel/Fax : 09-2220689
Klinik Nur Sejahtera Temerloh
C-324, Jalan Kuantan
28000 Temerloh, Pahang
Tel/Fax : 09-2961319
Klinik Nur Sejahtera Raub
No.1 Jalan Perdagangan 1
Pusat Perdagangan Raub
27600 Raub, Pahang
Tel/Fax : 09-3552354
Klinik Nur Sejahtera Mentakab
38, Jalan Zabidin
28400 Mentakab, Pahang
Tel/Fax : 09-2771488
Klinik Nur Sejahtera Kuala Lipis
No.8, Jalan Bukit Pius
27200 Kuala Lipis, Pahang
Tel/Fax : 09-3121716
Klinik Nur Sejahtera Kuantan
No. 60, Tingkat Bawah
Jalan Putra Square 1
25200 Kuantan, Pahang.
Tel : 09-5173418
Fax : 09-5173401
NEGERI PERAK & KEDAH
Klinik Nur Sejahtera Ipoh
137, Jalan Dato' Onn Jaafar
30300 Ipoh, Perak.
Tel : 05-2548623
Fax : 05-2541807
Klinik Nur Sejahtera Tanjung Malim
No. 20, Taman Bunga Raya
35900 Tanjung Malim, Perak.
Tel/Fax : 05-4590082
Klinik Nur Sejahtera Bidor
Jalan Sungkai
35500 Bidor, Perak.
Tel/Fax : 05-4344400
Klinik Nur Sejahtera Manjung
No.166, Persiaran PM/2
Seri Manjung Business Centre
32040 Manjung, Perak.
Tel/Fax : 05-6884192
Klinik Nur Sejahtera Kampar
No.9, Jalan Market
31900 Kampar, Perak.
Tel/Fax : 05-4651548
Klinik Nur Sejahtera Parit Buntar
No. 2, Taman Sri Tenggara,
Jalan Keli
34200 Parit Buntar, Perak.
Tel : 05-7161399
Fax : 05-7172145
Klinik Nur Sejahtera Kuala Kangsar
No. 6 & 6A, Persiaran Putra 1
Off Jalan Taiping
33000 Kuala Kangsar, Perak.
Tel : 05-7765833
Fax : 05-7773358
8.
Klinik Nur Sejahtera Teluk Intan
Jalan Woo Saik Hong
36000 Teluk Intan, Perak.
Tel : 05-6222004
Fax : 05-6223412
Klinik Nur Sejahtera Taiping
30, Kompleks Kota Mulia
Lorong Long Jaafar
34000 Taiping, Perak.
Tel : 05-8072581
Fax : 05-8084772
K linik Nur Sejahtera Baling
71, Jalan Tuanku Badlishah
09100 Baling, Kedah
Tel/Faks : 04-4702133
NEGERI SELANGOR & WILAYAH PERSEKUTUAN
Pusat Keluarga Selangor
Jalan Sempadan 16/7, Seksyen 16,
Peti Surat 7080,
40720 Shah Alam, Selangor.
Tel : 03 55110915
Fax : 03-55100575
Klinik Nur Sejahtera Kelang
54, Leboh Tapah
Off Jalan Goh Hock Huat
41400 Kelang, Selangor
Tel/Fax : 03-33422546
Klinik Nur Sejahtera Selayang
No.8, Jalan 2A/2B, Taman Desa Bakti,
Selayang Baru,
68000 Batu Caves, Selangor.
Tel/Fax : 03-61380601
Klinik Nur Sejahtera Kajang
No. 11-1, Jalan Reko Sentral 9,
Reko Sentral,
43000 Kajang, Selangor.
Tel/Fax : 03-87367758
Klinik Nur Sejahtera Pelabuhan Kelang
No. 168, Persiaran Raja Muda Musa,
42000 Pelabuhan Kelang, Selangor.
Tel/Fax : 03-31688114
Klinik Nur Sejahtera Ampang
Lot 420, Tingkat 1, Wisma Saudagar,
Batu 5, Jalan Ampang,
68000 Ampang, Selangor.
Tel/Fax : 03-42560130
Klinik Nur Sejahtera OUG
No. 88, Jalan Mega Mendung, OUG
Batu 5, Jalan Klang Lama
58200 Kuala Lumpur.
Tel/Fax : 03-79827314
Klinik Nur Sejahtera Kepong
No. 12-1, Jalan Metro Perdana 8
Taman Usahawan Kepong Utara
52100 Kepong, Kuala Lumpur
Tel/Fax : 03-62500670
Klinik Nur Sejahtera Lembah Pantai
No.11-1, Jalan Pantai Murni 6,
Pantai Dalam, 59100 Kuala Lumpur.
Tel : 03-22400978
Faks 03-22408077
Klinik Nur Sejahtera Sungai Besi
No. 40-2, Jalan 7/108C
Taman Sg. Besi
57100 Kuala Lumpur
Tel/Fax : 03-79808296

Jumaat, 14 Disember 2012

Brave 2012 (Download & Watch Online)

Plot: Determined to make her own path in life, Princess Merida defies a custom that brings chaos to her kingdom. Granted one wish, Merida must rely on her bravery and her archery skills to undo a beastly curse. 

The Collection (Watch Online)


Arkin escapes with his life from the vicious grips of "The Collector" during an entrapment party where he adds beautiful Elena to his "Collection." Instead of recovering from the trauma, Arkin is suddenly abducted from the hospital by mercenaries hired by Elena's wealthy father. Arkin is blackmailed to team up with the mercenaries and track down The Collector's booby trapped warehouse and save Elena.

Currently 2.87/5
(31 votes)
Released: September 21, 2012
Runtime: 82 mins
Genres: Action Horror Thriller
Director: Marcus Dunstan

Klik link di bawah untuk tonton :

Link 1
Link 2
Link 3


Dingin Lavenda (Watch Online)


Sinopsis Dingin Lavenda

DINGIN LAVENDA mengisahkan tentang Jannah yang menerima tawaran belajar di Melbourne, Australia. Pada masa yang sama, Hajah iaitu ibu kepada Azhar telah merisik Jannah. Mak Mah, ibu tiri kepada Jannah tidak setuju dengan keputusan Jannah yang ingin bertunang dahulu dan selepas empat tahun tamat pengajiaan Jannah baru melangsungkan perkahwinan. Mah Mah berasa bimbang kalau Jannah berubah hati nanti.

Pelakon Dingin Lavenda: Eira Syazira, Zarina Zainoordin, Faralyna Idris, Azlee Khairi, Salleh Mahfuz.

Dingin Lavenda EP 1   ----- KLIK SINI
Dingin Lavenda EP 2   ------KLIK SINI
Dingin Lavenda EP 3   ------KLIK SINI
Dingin Lavenda EP 4   ------KLIK SINI
Dingin Lavenda EP 5   ------KLIK SINI
Dingin Lavenda EP 6   ------KLIK SINI
Dingin Lavenda EP 7   ------KLIK SINI
Dingin Lavenda EP 8   ------KLIK SINI
Dingin Lavenda EP 9   ------KLIK SINI
Dingin Lavenda EP 10 ------KLIK SINI
Dingin Lavenda EP 11 ------KLIK SINI
Dingin Lavenda EP 12 ------KLIK SINI
Dingin Lavenda EP 13 ------KLIK SINI

Warkah Cinta (Watch Online)

  • Episod 1 ---------- KLIK SINI
  • Episod 2 ---------- KLIK SINI
  • Episod 3----------  KLIK SINI
  • Episod 4 ---------- KLIK SINI
  • Episod 5 ---------- KLIK SINI
  • Episod 6 ---------- KLIK SINI
  • Episod 7 ---------- KLIK SINI
  • Episod 8 ---------- KLIK SINI
  • Episod 9 ---------- KLIK SINI
  • Episod 10 ---------KLIK SINI
  • Episod 11 ---------KLIK SINI
  • Episod 12(AKHIR) ---------KLIK SINI


  • SINOPSIS WAKAH CINTA


     Amir Mukhlis adalah penuntut di Maahad Tahfiz Al-Quran dan ditakdirkan berkenalan dengan pelajar Naim Lilbanat iaitu Wardah dalam satu sesi pertemuan antara redaksi sekolah. Amir dibesarkan dalam keluarga yang subur dengan atmosfera agama. Beliau dididik dan dibesarkan oleh ibubapa yang faham asas-asas agama dengan baik. Malah, ibubapa Amir sering berbicara dan memberitahu bahawa Amir perlu menjadi pemimpin apabila beliau besar nanti. Disebabkan itu, Amir sangat fokus pada pengajian dan komitmennya amat tinggi terhadap pelajaran.
    Wardah pula berasal dari keluarga yang agak kucar-kacir disebabkan bapanya mempunyai beberapa karekter yang negatif. Bapa Wardah seorang yang materialistik dan tidak menyukai karekter agamawan. Dia juga tidak mahu Wardah belajar di sekolah agama kerana memandangkan jaminan kerjaya yang kurang cerah. Bagi bapa Wardah, belajar agama adalah membazir masa dan wang, kerana tiada pulangan besar yang diperolehi daripada ilmu agama. Berbeza dengan ilmu profesional yang lain. Wardah cuba menyedarkan bapanya bahawa tanggapan seperti itu adalah salah. Atas dasar itu, beliau mahu mencari bakal suami yang berprinsip dan boleh menjadi tauladan kepada keluarganya.
    Dari konflik keluarga itu membuatkan Wardah sentiasa mencari-cari lelaki ideal yang sesuai dijadikan tempat sandaran. Akhirnya, pertemuan secara tidak sengaja dengan Amir membuahkan cetusan rasa kagum dalam diri Wardah. Wardah mengambil langkah pro aktif dengan meminta sepupunya iaitu Rahim yang belajar di sekolah yang sama dengan Amir Mukhlis. Wardah cuba mencuri perhatian Amir melalui bantuan sepupunya Rahim, namun Amir tidak mahu memberikan respon. Dia berkeras tidak mahu bercinta demi menjaga kesucian agama dan status penghafaz al-Quran.
    Dalam diam, Amir menghormati Wardah dan mengkaguminya disebabkan Wardah dalah antara pelajar terbaik sekolah Naim Lil Banat. Secara berhati-hati Amir cuba memberi nasihat dan peringatan kepada Wardah agar tidak bercinta dan mengikut gelora emosi remaja yang mudah dibuai kasmaran. Wardah menjadi keliru adakah Amir menyukainya atau tidak? Beberapa kali Wardah cuba mendapatkan kepastian, namun Amir tetap menggantung jawapan.
    Amir pernah memberitahu kepada Wardah “Kalau ada jodoh, tidak ke mana. Takkan lari gunung dikejar” Dengan harapan Wardah mengerti bahawa dia akan setia. Malah, Amir juga cuba untuk tidak mencari orang lain. Namun, ungkapan seperti itu tidak mampu meyakinkan Wardah.
    Beberapa minggu sebelum Amir ke Mesir, beliau terlibat dengan satu kemalangan kecil. Iaitu dia terlanggar seorang pelajar maahad sewaktu mengundurkan kereta. Pelajar itu luka di tangan dan Amir memberikan sapu tangan kepadanya. Gadis yang luka itu adalah BALQIS. Dari insiden itu, Balqis terlupa memulangkan sapu tangan dan menyimpannya dengan baik. Pertemuan ini berlaku seketika sahaja (Bahagian ini sengaja tidak diketengahkan, hanya pembaca yang tekun akan menyedarinya)
    Beberapa tahun Wardah menggantung harapan dan berkomunikasi dengan Amir melalui surat dan telefon. Biarpun begitu, Amir tetap dengan sikapnya. Sehinggalah mereka menjejakkan kaki ke menara gading. Wardah ke Universiti Malaya dan Amir pula ke Universiti Al-Azhar, Kaherah. Wardah yang merasakan dirinya bertepuk sebelah tangan semakin tertekan dengan keegoan Amir. Ketika itu, Wardah pula dipaksa berkahwin dengan lelaki pilihan bapanya iaitu Syamsul.
    Bapanya memilih Syamsul dengan niat memisahkan anaknya daripada mengahwini Amir. Juga disebabkan Syamsul adalah seorang pemuda yang bergaji besar serta mempunyai pekerjaan yang mantap. Sedangkan Amir masih lagi bergelar mahasiswa dan belum tentu mendapat pekerjaan yang selesa. Akhirnya Wardah kecewa dengan sikap Amir dan merelakan dirinya dilamar. Akhirnya Wardah berkahwin dengan Syamsul.
    Sebaik menerima berita perkahwinan Wardah, Amir mula menyedari ada sesuatu kehilangan dalam dirinya. Dia mula merasakan kerinduan yang amat. Barulah dia sedar apa itu mencintai dalam diam. Namun, cintanya sudah dimiliki orang. Amir mula menyesal dengan sikapnya sendiri. Dia cuba mencari dimanakah kesilapannya? Dia sedar, selama ini dia terlalu rigid dan langsung tidak meluahkan perasaan sebenarnya. Disebabkan itu, dia berazam untuk bersikap dengan lebih matang dan rasional.
    Sewaktu Amir sedang meneruskan pengajian di Al-Azhar, Mesir. Amir menyimpan luka kesedihan yang dalam itu. Dia mahu mempastikan bahawa persepsi bapa Wardah adalah silap. Agamawan tidak akan merempat sekalipun mereka tidak menjadi seorang yang kaya raya. Dari situ, Amir memaksa dirinya bekerja keras, dia mula membina karisma seorang pemimpin. Dia terus mengaplikasikan ilmu-ilmu yang pernah dipelajari oleh guru-guru dan ustaz-ustaznya di maahad dahulu.
    Secara tidak langsung, Amir memasang cita-cita untuk menjadi penulis dan pendakwah. Dia memasuki team editorial dan menjadi pengarang utama di majalah mahasiswa Mesir. Dia mula menulis dan mengarang untuk melepaskan perasaannya itu secara estetika. Dia menulis catatan untuk memberikan motivasi dalam dirinya sendiri dan orang lain. Dia mahu sedarkan agamawan bahawa golongan ilmuan harus berjuang terus-terusan menyampaikan ilmu dalam semua bidang mahupun lapangan. Khususnya bidang seni serta penulisan.
    Beberapa tahun berlalu dan pengambilan mahasiswa-mahasiswi baru dari malaysia ke universiti Al-Azhar berlangsung. Suatu hari, satu insiden telah berlaku membabitkan Amir dengan seorang siswi baru yang bernama Balqis. Beliau telah menyelamatkan Balqis dari situasi genting. Disebabkan itu, Balqis yang baru kematian ibubapa cuba mencari seseorang untuk dijadikan sumber inspirasi. Dalam masa yang sama, secara kebetulan berlaku beberapa insiden ke atas diri Balqis, dan ternyata Amir juga yang mampu menyelesaikan kesemua masalah itu.
    Dalam diam, Balqis meminati Amir dan cuba mendekatinya. Melihat perwatakan dan mengenali prinsip diri beliau. Balqis mula meyakini bahawa Amirlah orang yang mampu menjaganya dunia dan akhirat. Amir masih cuba menjaga status pelajar agama dan seorang penghafaz Al-Quran, Amir tetap menjaga kesucian diri sekalipun Balqis mengharapkan perhatian darinya. Memandangkan beliau pernah bersikap ‘keras’ terhadap Wardah, Amir mahu membawa pendekatan baru dalam dirinya terhadap Balqis.
    Amir pernah menyelamatkan Balqis daripada terkena satu kemalangan, dia juga pernah mendapatkan semula beg duit Balqis yang pernah diragut seorang pencopet. Tetapi, semua jasanya itu sengaja ditutup serta dia meminta Izzuddin agar memberitahu secara umum. Secara tidak langsung balqis akhirnya mengetahui kebenaran, dia kagum dengan keikhlasan Amir. Beberapa kali dia cuba memberitahu perasaannya, namun Amir seakan menolak.
    Satu eksepedisi ke Jabal Musa atau Bukit Tursina telah berlangsung. Amir, Izzuddin dan Balqis turut serta dalam eksepedisi itu. Kali ini berlaku satu lagi insiden dan akhirnya Balqis benar-benar tidak dapat menahan perasaanya terhadap Amir. Balqis juga menunjukkan sapu tangan yang pernah diberikan oleh Amir ketika dia terlanggar Balqis. Amir baru tersedar, Balqis adalah gadis yang pernah ditemui secara tidak langsung di Malaysia dahulu. Tercetus dari situ, Amir mula berazam untuk menerima Balqis dengan baik.
    Malangnya, sebelum ekspedisi itu berakhir, Amir jatuh pengsan dan dibawa ke hospital. Lalu dia didapati menghidap tumor di kepala. Dia diramalkan oleh doktor akan mati tidak lama lagi.
    Hasrat Amir untuk menerima Balqis akhirnya menjadi kabur semula. Dia tidak mahu menerima Balqis seandainya dia terpaksa meninggalkan gadis itu sendirian selepas ini. Pasti situasi itu akan menyebabkan Balqis menderita. Dalam masa beliau membawa dilema yang besar. Ketika itu, dia mula berhadapan satu konflik dengan Izzuddin yang mempunyai perasaan terhadap Balqis. Amir cuba memberi jalan kepada Izzuddin yang mempunyai perasaan terhadap Balqis. Amir memilih untuk beralah. Namun, salah faham telah wujud antara mereka berdua. Ketika konflik kian meruncing, Amir ditimpa sakit yang kronik. Dia kian terbeban dengan harapan Balqis, tekanan sahabatnya dan masalah kesihatan.
    Amir perlu membuatkan keputusan besar dalam hidupnya. Sama ada di mahu pulang ke Malaysia dan menjalankan pembedahan, atau dia perlu meneruskan serta menamatkan pengajian tanpa memikirkan lagi soal hidup atau mati. Akhirnya dia memutuskan untuk terus belajar, sebaik keputusan akhir peperiksaan hampir diumumkan. Amir diterbangkan ke Malaysia. Ibubapa Amir baru mengetahui penyakit yang dihidapinya dan membuat keputusan agar Amir menjalani pembedahan.
    Balqis dan Izzuddin baru menyedari bahawa selama ini Amir berperang dengan perasaan sendiri demi menjaga perasaan orang lain. Malah Amir berperang dengan kesakitan dan penyakitnya, demi untuk tidak membebankan orang lain. Balqis masih berdoa agar jodoh antara mereka masih ada. Manakala Izzuddin hanya mampu merasa kesal dengan kebodohan sikapnya.
    Amir menjalani pembedahan. Dia selamat. Keputusan peperiksaan akhir juga diumumkan, Amir mendapat keputusan cemerlang sekalipun beliau menduduki peperiksaan dalam keadaan berperang dengan kesakitan. Semua sahabat Amir beranggapan bahawa Amir sudahpun meninggal dunia. Termasuk juga Balqis.
    Amir memilih untuk merahsiakan bahawa dirinya masih hidup.
    Sekian.

    Sabtu, 8 Disember 2012

    Kenali 5 Karakter Lelaki Ketika Memandu

    Assalamualaikum...sini2..nak bisik jap ngan korang ni..psst..Jila korang nak tahu karakter sebenar teman lelaki korang,ajak dia untuk menyertai percutian bersama keluarga anda / rakan2 yang memerlukan dia memandu untuk tempoh yang lama.Kenapa?
    *Kajian terbaru Universiti Montreal,Kanada mendapati sikap sebenar lelaki dapat diketahui melalui caranya memandu kenderaan bagi tempoh masa yang lama.Diketuai oleh Julie Langois,kajian itu menjelaskan sikap penyabar,berhati-hati dan ketegasan seorang lelaki akan terserlah menerusi posisis tubuh mereka saat mengendalikan kenderaan bagi tempoh yang lama.

     1.Duduk santai sambil membongkok dengan satu atau dua tangan berada di bahagian bawah stereng.

    - Jika dia memandu dalam posisi seperti ini tatkala jalan lenggang ataus sesak,itu tandanya dia termasuk dalam golongan lelaki yang gemar melakukan perkara spontan sesuai dengan keinginan hatinya.Dia kuarng menggemari peraturan yg terlalu mengongkong dirinya/pasangan yg gemar mengongkong.

    -Selain itu dia juga mudah menyerah saat cintanya x berbalas.Baginya,daripada mengejar wanita yg tidak menginginkannya,lebih baik mencari wanita yg mahu menerima dia seadanya.Oleh itu,jika mhu berpasangan dgn lelaki sebegini,jgn jual mahal.Jika suka,cakap suka dan jika tidak,cakap tidak.


    2.Duduk santai sambil bersandar di kerusi dengan satu tangan berada di sisi atas stereng

     
    -Kebanyakan lelaki dgn gaya ini cenderung bersikap dominan.Posisi tangan di atas stereng menunjukkan dia mempunyai kuasa mutlak ke atas kenderaannya dan juga individu yang berada di sekelilignya.Dia juga memiliki ego tinggi membuatkan dia begitu mengawal pasangannya.Tidak hanya itu,dia juga kurang sabar dan suka memaksa keinginannya untuk dipenuhi.

    -Dia amat yakin dalam soal cinta.Apabila dia yakin anda adalah pilihan tepat buat dirinya,dia akan segera ungkapkan perasaannya.Jika sebaliknya,dia akn membiarkan anda tertanya akan staus hubungan kalian.


    3.Duduk tegak dengan tangan di kanan dan kiri stereng


    -Lelaki sebegini tergolong dalam kelompok lelaki serba ringkas.Dia tidak bersikap pura2 dan mudah dibaca fikirannya. Namun begitu,dia berpegang teguh pada prinsip terutama dlm soal kwangan dan kepercyaaan.Hubungan kalian mudah tergugat jika anda x hormati prinsipnya.Dia juga cerewet dan tegas terhadap perkara yg bertentangan dgn prinsipnya kecuali jikan anda berjaya memberi hujah yg bernas mengenainya.


    4.Duduk santai dengan satu tangan di sisi stereng dan satu tangan lagi memegang objek lain.

     


    -Posisi ini menunjukkan die x begitu mempedulikn sesuati perkara.Dia juga kurang fokus dan cenderung untuk bersikap lepas tangan dalam mengendalikan sesuatu perkara /masalah.Dalam hubungan cinta die mudah tergoda dengan wanita lain walaupuan setia cintanya.Sikapnya yang acuh tak acuh memerlukan anada bersikap tegas terhadap dirinya.Jangan terkejar-kejar dirinya krana itu akan membuatkan dia besar kepala.Sebaliknya tunjuk anda juga punya harga diri .Lambat laun dia sendiri akan memikat anda.


    5.Duduk tegak,cenderung ke depan dengan kedua belah tangan berada di sebelah atas stereng. 


    -Dia mempunyai trauma dengan hubungan lalau dan gemar mengalah.Dia x akan berrsikap dominan dlm cinta. Tapi itu x bererti dia tak manyayangi ataux menghargai diri anda.Dia juga kurang tegas dalam melakukan sesuatu perkara / masalah hingga perlukan nasihat drpd anda.Dia amat menjunjung tinggi sikap kompromi,bertimbang rasa dan penyayang.Amat sesuai untuk wanita yang bersifat dominan / agresif.Jika ingin jadi pasangannya,perlu bersikap rasional dan banyak idea bagi membantunya membuat keputusan.



    So,which one korang punyer karakter wahai kaun adam? :)



    Sekian sahaje entry ni.Wasso wasso,ieyra!


    Nak follow,klik button bwah ni okeyy <3

    .